Kipidap Malaysia!!!

Malaysia 6, Sri Lanka 0. Tahniah pasukan Malaysia sebab berjaya menumbangkan pasukan kerdil Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Shah Alam pada 28 April baru-baru ini. Ok la. Sekurang-kurangnya dapat mengubat kekecewaan rakyat Malaysia dengan kedudukan ranking bolasepak dunia yang kian merudum. Kalau kalah memang tak patut la..

tiket malaysia vs sri lanka

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Wan Zack Haikal (2), Ahmad Hazwan (3) dan Azamudin Akil (1). Tahniah buat Ahmad Hazwan kerana berjaya menjaringkan hatrik walaupun ini adalah penampilan sulungnya bersama skuad Harimau Malaya. Sekurang-kurangnya ada jugak pelapis kepada Safee Salee.

Saksikan video highlight perlawanan tersebut:

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: