nikotin dalam rokok

Kisah Aku dan Rokok

nikotin dalam rokok

Nikotin di dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan

Masyarakat dan perokok

Rokok.. Amat sinonim dengan masyarakat kita. Di kiri kanan aku ada orang merokok. Rakan-rakan aku ramai yang merokok. Dulu masa di universiti, hampir 70% rakan-rakan aku adalah perokok. Mereka seolah-olah tidak tahu akan keburukan merokok.

Tapi kini peratusan rakan perokok sudah menurun. Rakan-rakan baru ramai yang tidak merokok.

Pengalaman pertama kali hisap rokok

Aku pun di suatu waktu dahulu adalah juga seorang perokok. Masa itu aku masih belajar di tingkatan 2. Aku kenal rokok daripada rakan baik aku. Masih aku ingat pertama kali aku merokok adalah di panggung wayang Rex Kuala Terengganu (sekarang dah tak ada). Masa tu ada tayangan filem “Dark Angel” kalau tak silap aku.

Hari itu adalah hari Khamis, hari terakhir sebelum cuti hujung minggu. Pada hari itu pelajar-pelajar asrama dibenarkan pulang ke kampung masing-masing. Jadi sebelum pulang ke rumah kami merayau-rayau la dulu di bandar Kuala Terengganu. Keputusan untuk tengok wayang diambil apabila melihat baki wang tunai masih agak banyak dalam poket masing-masing.

budak sekolah perempuan hisap rokok

jika dulu pelajar lelaki yang biasa dilihat menghisap rokok, sekarang pelajar perempuan pun dah sama naik

Semasa menonton wayang itulah rakan aku menghulurkan sebatang rokok “Salem Light” kepada aku. Tak tahulah rokok Salem ni ada lagi tak sekarang. Aku ambik dengan tujuan untuk tahu apa rasa merokok. Api dicucuh dan aku mula menyedut asap rokok tersebut.

Tetapi tidak rasa apa-apa seronok sebab aku hanya hisap dan hembus asap macam tu saja. Maklum la, orang tak pernah hisap rokok. Sekejap saja rokok dah tinggal separuh.

Namun pengalaman pertama kali merokok telah bertukar menjadi lebih mencabar apabila rakan aku mengajar cara sebenar menghisap rokok iaitu dengan cara menghisap dalam-dalam asap rokok dan menghembusnya dengan perlahan-lahan.

Pening

Lepas itu aku mula terasa pening. Mungkin kerana nikotin telah cuba mempengaruhi aku. Memang pening. Rakan aku gelakkan aku.

“Releks ar. Takkan hisap Salem Light pun pening…” katanya sambil gelakkan aku.

Aku pun mula berlagak biasa supaya tidak digelakkan lagi.

Bermula daripada hari itu aku sudah terbiasa dengan rokok. Tapi aku masih bernasib baik kerana aku belum sampai tahap ketagihan rokok. Aku merokok hanya untuk mengambil hati rakan-rakan.

Biasanya kami merokok sewaktu berada di luar kawasan sekolah semasa keluar melalui “lubang khas” di pagar belakang asrama. Aku biasanya akan keluar bila terasa lapar. Kebetulan di belakang asrama merentasi parit air ada sebuah gerai nasi lemak yang sangat best!!!

Mendapat hukuman

Aktiviti kami akhirnya dihidu dan mendapat hukuman setimpal. Aku dibuang asrama. Memang terkejut la aku. Kepala pantas berfikir macamana lah aku nak ke sekolah. Rumah aku memang jauh daripada sekolah.

Yang lebih menakutkan aku ialah macamana la kalau berita ni sampai ke telinga mak bapak aku. Aku tak rela mereka tahu. Aku tak rela menghampakan mereka. Memang aku tidak sanggup.

Masa itu memang aku menyesal. Selepas aku dipanggil mengadap pengetua, aku merayu supaya jangan menghantar surat pemberitahuan kepada emak dan ayah aku. Aku berjanji di depan pengetua yang aku tidak akan menghisap rokok dan keluar asrama tanpa kebenaran lagi.

Aku memang bernasib baik kerana pengetua masih lagi mendengar rayuan aku. Surat tidak dihantar ke rumah. Aku diterima kembali untjuk terus tinggal di asrama dengan syarat yang cukup ketat iaitu jika aku didapati bersalah melakukan kesalahan berat seperti itu lagi, tiada lagi amaran akan diberi. Aku akan dibuang terus dari asrama.

Bebas dari rokok

Alhamdulillah. Bermula saat itu aku memang tidak lagi menghisap rokok. Memang tidak menjadi kesulitan kepada aku untuk meninggalkan tabiat itu. Sebabnya aku masih lagi di peringkat menghisap rokok secara suka-suka. Belum sampai tahap ketagih lagi.

Hendak berhenti merokok ini bukan senang. Ia perlu disertai dengan azam dan istiqamah yang cukup kuat dan jitu. Aku pernah melihat rakan-rakan aku yang ingin berhenti merokok, tetapi selang seminggu mereka kecundang dan kembali merokok.

Faktor gagal dan alasan

Antara faktor-faktor yang aku nampak ialah:

  • azam mereka tidak cukup kuat
  • mereka masih lagi dikelilingi oleh rakan-rakan yang menghisap rokok

Alasan yang diberikan adalah stress dengan tugasan pembelajaran ataupun tugasan kerja. Aku rasa alasan itu tidak cukup kuat untuk mereka kembali merokok. Pokok pangkalnya ialah keazaman yang kuat dan fokus kenapa mesti berhenti merokok.

Aku harap rakan-rakan aku yang ingin berhenti merokok tetapi masih lagi gagal agar mencuba dengan nawaitu dan azam yang lebih kuat. Cubalah petua – petua untuk berhenti merokok daripada orang-orang yang dah berjaya berhenti merokok. Mintalah nasihat dan tips untuk berhenti merokok daripada mereka.

Pertolongan ilahi juga perlu. Angkatlah tangan dan berdoa kepadaNya. Mintalah pertolonganNya agar dikuatkan azam untuk berhenti menghisap rokok.

Rahsia berhenti merokok dalam masa 3 minggu

Oh ya. Ada satu ebook yang aku dah baca, yang aku rasa amat berguna untuk sahabat-sahabat yang ingin berhenti merokok. Penulis ebook tersebut berjaya berhenti dan bebas daripada belenggu rokok dalam masa 3 minggu sahaja.

Anda boleh klik link ini:

>> Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu <<

Moga usaha anda akan menemui jalan kejayaan. Aameen.

38 comments

    • sohoque 1 April, 2015 at 10:53 Reply

      bg perokok tegar mmg susah utk mereka berhenti. harga naik macamana sekalipun mereka tetap setia. melainkan yg sudah betul berazam mahu berhenti. pokok pangkalnya azam mesti kuat. kalau tak takkan kemana

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: