Kisah Pelik FAM

Skuad Harimau Muda

Hasrat rakyat malaysia utk melihat pasukan Harimau Muda B22 melangkah lebih jauh dalam kejohanan Piala Asia 2013 nampaknya telah musnah. Ini adalah gara-gara badan rasmi bolasepak negara FAM enggan membuat bantahan secara rasmi kepada AFC tentang kesalahan Myanmar menurunkan pemain yang melebihi umur sewaktu menentang Malaysia tempohari.

Dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia telah tumpas 1-2 kepada Myanmar, sekaligus meranapkan peluang Malaysia untuk maju lebih jauh dalam Piala Asia. Selepas perlawanan tersebut pihak kita telah mengesan penipuan umur di dalam skuad Maynmar. Dan semua pihak menggesa supaya bantahan dibuat kepada AFC. Perkara ini diwar-warkan di suratkhabar-surathabar tempatan keesokan harinya. Ini sedikit sebanyak memberi sedikit pengharapan kepada rakyat Malaysia yang inginkan kemajuan di dalam bolasepak kita.

FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM

Namun hari ini, tup-tup aku dapat berita yang mengatakan FAM tidak menghantar pun bantahan secara rasmi kepada badan induk bolasepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

afc logo

Konfederasi Bolasepak Asia, AFC

Mengikut peraturan AFC, sebarang bantahan harus dikemukakan bantahan rasmi dalam masa 48 jam. Dan tempoh tersebut telah tamat pada pukul 7 petang semalam. Ini disahkan oleh Setiausaha Agug FAM, Datuk
Azzuddin Ahmad.

“Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. “Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Keengganan FAM untuk menghantar bantahan rasmi itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila diberitakan bahawa jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletakkan jawatan berikutan kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri. Walaubagaimanapun Kim Swee yang dihubungi malam tadi enggan mengulas lanjut kerana beliau sedang bercuti.

Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya,Yangon United seperti disiarkan Berita Harian semalam serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum
cukup meyakinkan FAM.

Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura yang menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC dengan Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay turut menyatakan pihaknya sedia melakukan siasatan andai menerima bantahan FAM sambil menganggap isu penipuan umur sebagai serius.

“Sesiapa yang langgar peraturan mesti dihukum. Kredibiliti kejohanan bawah umur mesti dijaga dan AFC tegas dalam perkara ini. Tapi semua kena ikut prosedur. Jika ada bantahan, kita akan rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib AFC dan terpulang kepada mereka melakukan bentuk siasatan,” jelas Soosay ketika dihubungi, semalam.

Kenapa FAM bertindak sedemikian? Kita nantikan penjelasan mereka.

 

Sumber

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: