gambar kucing liar

Kisah Unit Trust Consultant Hebat Dengan Seekor Kucing

Hari Sabtu baru-baru ni, aku ke Kuantan untuk menghadiri seminar tentang cara-cara untuk membuat jualan korporat untuk bisnes Unit Trust aku. Memang membuat jualan korporat dalam Unit Trust ini memerlukan pendekatan yang berbeza. Cara menerangkan kepada prospek, input tentang produk dan tahap konfiden amat berlainan dengan membuat jualan kepada prospek yang biasa.

Usai majlis tersebut aku sempat minum sambil bertukar-tukar fikiran tentang idea dan cara-cara memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada klien dengan beberapa orang UTC yang hebat-hebat di cawangan Kuantan. Kami berbincang di sebuah restoren berhadapan dengan syarikat Unit Trust aku bernaung syarikat Unit Trust aku bernaung tersebut.

Duduk bertentangan dengan aku di meja makan restoren tersebut adalah seorang Pengurus Agensi wanita yang hebat di cawangan Kuantan. Saban tahun beliau akan melayakkan diri ke trip luar negara yang diberi kepada UTC yang telah melepasi quota jualan yang disasarkan.

gambar kucing liar

Sedang kami berbual-bual datang seekor kucing ke arah meja makan kami. Sesampai di meja makan kami ia terus menuju ke arah wanita tersebut. Dalam hati aku terdetik:

“Hebat juga aura wanita ini hingga menyebabkan kucing memilih dia. Mesti dia ni seorang yang penyayang”

Wanita tadi lantas menunduk berbual-bual dengan kucing tersebut. Antara bualannya yang aku sempat dengar ialah:

“Nak ke mana ni sayang… Dah makan ke belum?”.

gambar makanan kucing

Sejurus selepas itu beliau lantas bangun dan menuju ke kereta beliau. Dikeluarkannya satu tabung makanan kucing. Lalu ditaburnya makanan tersebut kepada kucing tadi. Aku memerhatikan sahaja kucing “gelandangan” yang memakan makanan yang diberi tadi dengan lahapnya.

gambar makanan kucing

memberi kucing makan juga adalah sedeqah yang boleh menjadi tips untuk menjemput rezeki

Memang perbuatan beiau menguntum rasa kagum dalam diri aku. Lantas aku bertanya:

“Selalu ke kau buat macam ni…?”

Beliau menjawab:

“Owh.. ni memang dah jadi habit aku. Aku akan bawak makanan kucing ke mana saja aku pergi. Ada je aku nampak kucing memang aku bagi makanan ni.”

“Kau memang beli banyak ke makanan kucing tu..”

Aku bertanya lagi dengan penuh minat.

“Sebenarnya aku ada bela kucing kat rumah aku. Jadi memang aku beli dengan kuantiti yang banyak makanan kucing ni. Selain daripada aku bagi makan kucing peliharaan aku kat rumah aku bawak tabung ni untuk bagi kucing kat luar”

jelas beliau.

Patutlah rezeki dia murah. Selalu dilapangkan urusan dalam membuat bisnes Unit Trust. Ini amalan beliau rupanya. Selalu bersedeqah walaupun dengan kucing. Allahuakbar.

Jadi ilmu yang aku dapat dalam trip aku ke Kuantan, bukan sahaja ilmu bagaimana untuk membuat jualan korporat untuk Unit Trust, malah ada lagi ilmu yang tidak kurang hebat daripada itu iaitu ilmu bersedeqah untuk menjemput rezeki. Selama ini aku nampak bersedeqah hanya dengan manusia. Rupanya bersedqah dengan haiwan juga adalah satu cara bersedeqah.

Jom amalkan petua murah rezeki ini. Tak payah pun nak buat. Moga ianya akan menjadi penyumbang pahala kepada kita secara berterusan. Moga ianya dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah kepada kita. Aameen.

Syukur ya Allah atas ilmu yang aku telah perolehi.

18 comments

  1. kamsiah 23 April, 2014 at 11:36 Reply

    Rasulullah adalah contoh,bagaimana baginda melayan dan menyayangi kucing..
    teringat juga kes Kakimotong…yg membela kucing yg dipotong kakinya tu..

  2. In Shaa Allah 5 October, 2016 at 11:59 Reply

    Mohon maaf tuan moderator. Kita terapkan ilmu penyampaian bersedekah kpd public itu mengikut konteks perjanjian roh kita dgn Yang Maha Pencipta iaitu kita diciptakan utk memakmurkan bumi dan beribadah kpdNya.

    Semoga tanggapan bersedekah utk menjemput rezeki itu dpt difahami melalui niat ibadah (instead of niat ingin menjemput rezeki melalui sedekah), krn rezeki akan menyusul kemudian mengikut kehendakNya.

    Semoga kita sama2 kekal berada pd amalan yg berteraskan niat utama.

    In shaa Allah.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: