Klon Wolverine Dalam Logan

Wolverine, watak yang glamer dalam X-Men. Di samping muncul dalam filem sequel X-Men, Wolverine ada filem dia sendiri. Bermula daripada filem pertama Wolverine iaitu “X-Men Origins: Wolverine”, kemudian diikuti dengan sequel kedua; “The Wolverine”, sequel filem ini diteruskan lagi dengan sequel ke tiga, Logan.

logan

Filem ini merupakan filem terakhir Jack Hughman sebagai Wolverine. Watak Wolverine sebelum ini ada di ke semua movie berkaitan dengan X-Men kecuali Deadpool.

Patrick Stewart juga turut membintangi filem ini sebagai Profesor Charles Xavier. Ini juga filem lakonannya yang terakhir sebagai Prof X.

Dalam filem juga ada Caliban. Mutant yang punya kebolehan mengesan mutant lain. Sebelum ni watak Caliban pernah muncul dalam sequel terkini X-Men iaitu “X-Men: Apocalypse”. Dalam filem itu Caliban menolong Wolverine menjaga Prof X.

Filem ni dengar khabarnya akan ditayangkan dalam bulan Mac 2017. Lambat lagi tu. So sebab aku tak sabar nak tengok, aku tulis dulu pasal ni. Hahaha.

Aku bagi sedikit sinopsis filem Logan ni:

Berkisar tahun 2024, masa ni populasi mutant semakin sedikit. Selepas diburu oleh sentinel (dalam X-Men: Days of Future Past), yang tinggal hanya segelintir sahaja. Yang masih ada adalah Wolverine, Prof X dan beberapa orang lagi.

Wolverine dah semakin hilang kuasa mutantnya. Yang paling ketara ialah “healing factor”. Dengan sebab itu badannya dah menjadi semakin tua.

Prof X pulak yang sedang mengidap penyakit Alzheimer semakin lemah. Penyakitnya dah melarat ke otak.

Dalam masa yang sama Mr Sinister sedang memburu mutant-muntant yang tinggal untuk dijadikan research dan senjata perang. Ada seorang budak perempuan yang sedang diburu Mr Sinister. Budak perempuan (X-23) itu dikatakan klon kepada Logan (Wolverine). Prof X dan Wolverine cuba mempertahankan budak ni daripada buruan Mr Sinister.

X-23, Klon Logan

X-23, Klon Logan

Tu jer sedikit sebamyak sinopsis filem ini. Selebihnya kena tunggu awal tahun depan lah. Hhehehe. Yang pastinya, filem ni mesti menarik. Aku memang tak sabar nak tengok ni.

Korang yang minat filem ni macam aku, boleh layan trailer ni sementara keluar trailer yang lain. Ni trailer pertama filem ni. Minggu lepas baru keluar ni kalau tak silap aku.

Nah layan…!

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: