GTR fast and furious 7

Koleksi Pewangi Kereta Fast and Furious 7 Edisi Terhad Daripada Ambi Pur

Kereta sebagai rumah kedua

Kereta boleh diibaratkan sebagai rumah kedua bagi aku. Malah ia juga merupakan pejabat bergerak aku. Menjadi Perunding Kewangan seperti aku memaksa aku membawa segala fail pelanggan dan borang unit trust dan takaful bersama ke mana sahaja aku pergi. Ini untuk menyenangkan aku menyemak segala butiran mereka di saat aku memerlukan untuk berbuat demikian.

Memang segala data tersebut ada di dalam komputer riba, tetapi ada dokumen yang tidak boleh disimpan di dalam laptop. Contohnya IC fotokopi. Ia perlu dikepilkan bersama borang pelaburan dan takaful sewaktu penghantaran borang tersebut di kaunter.

GTR fast and furious 7

Kereta yang dipamerkan semasa pameran promosi pewangi kereta Fast and Furious 7 Edisi Terhad Ambi Pur

Kebersihan

Apabila menganggap kereta sebagai rumah kedua dan juga pejabat, beberapa perkara perlu diambil perhatian. Antaranya ialah kebersihan. Ia perlu dijaga untuk memastikan kita selesa berada di dalam kereta sendiri. Ini termasuklah menjaga supaya tiada bau-bau yang tidak menyenangkan bermaharajalela di dalam kereta. Bau yang tidak menyenangkan boleh memberi kesan kepada mood kita sebenarnya.

Ada pelbagai jenis pewangi kereta di pasaran. Ada jenis yang perlu digantung, ada yang perlu diletkkan di atas dashboard kereta dan ada yang hanya perlu diselitkan di bahagian tempat keluar (lubang) pendingin udara.

Aku lebih suka jenis yang ketiga. Hanya selitkan di lubang pendingin udara. Senang dan ringkas.

Untuk jenis ini aku suka memilih Ambi Pur, salah satu diantara jenama pewangi kereta terbaik untuk mewangikan kereta Honda Civic aku. Selain daripada senang diselitkan di tempat keluar pendingin udara, pilihan pewanginya yang pelbagai juga menjadi faktor pemilihan aku. Ada bermacam-macam bau. Daripada yang kuat sehinggalah yang lembut baunya.

pewangi fast and furious 7

Pewangi kerata Fast and Furious 7 di dalam Honda Civic

Pewangi kereta Fast and Furious 7 Edisi Terhad Ambi Pur

Sempena dengan tanyangan filem FF7 yang hangat diperkatakan sekarang, Ampi Pur telah tampil dengan 3 varian pewangi kereta yang eksklusif.

sinopsis filem Fast and Furious 7

Pewangi tersebut adalah klip Premium Fresh Drift dan Turbo Fresh yang mampu menghilangkan bau selama 60 hari. Satu lagi ialah Mini turbo fresh yang boleh melenyapkan bau selama 30 hari. Tiga varian ini adalah edisi limited.

Pewangi ini dilancarkan serentak dengan penayangan filem FF7. Pameran pewangi ini telah dibuat bermula 1hb April baru-baru ini selama 5 hari di dataran khas Pusat Membeli Belah 1 Utama (sayap baru) iaitu di tingkat bawah (Ground Floor) di bawah pawagam GSC.

Harga Pewangi Kereta Ambi Pur FF7 Edisi Terhad

Pewangi kereta Fast and Furious 7 (foto kredit:

Pewangi kereta Fast and Furious 7 (foto kredit: ruby.my)

Klip Premium Fresh Drift Fast & Furious Ambi Pur – RM19.90
Klip Premium Turbo Fresh Fast & Furious Ambi Pur – RM19.90
Klip Mini Turbo Fresh Fast & Furious Ambi Pur – RM12.90

Info lain tentang pewangi kereta FF7 Ambi Pur

Facebook: www.facebook.com/AmbiPurMy
Youtube: www.youtube.com/user/AmbiPurMalaysia

untuk mengikuti segala perkembangan media sosial tentang promosi ini, anda bolehlah menggunakan hashtag berikut:

#AmbiPurMy
#FastFurious7
#FF7

Kepada sesiapa yang belum mendapatkan koleksi pewangi ini, terutama kepada peminat FF7, sila dapatkannya segera sebelum kehabisan stok. Pewangi ini adalah edisi terhad yang mana anda tidak boleh mendapatkan koleksinya selepas tamat waktu promosi.

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: