Komen Pembaca Masuk Dalam Spam

Dashboard sohoque.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni bukak jer blog, terus terpandang ada 70 komen dalam spam. Biasanya tak sampai banyak macam tu dalam spam aku. Aku biasanya delete terus komen-komen spam ni.

So, aku pun review lah satu-satu komen tadi. Review punya review ada banyak komen daripada otai-otai blogger yang masuk dalam spam. Antaranya ialah Akubio Med (6 komen), Cik Tom (5), Donnyien (2), Nurul (1), titan (1), Bahrain (1) dan Noorikmal (1). Ish, macamana boleh jadi macam ni?. Diorang ni dah jadi macam guru aku dah sekarang ni. Sebab banyak yang aku dah belajar tentang blog ni semenjak dua menjak follow dan baca blog diorang.

So, terpaksalah aku un-spam semula komen-komen diorang tu satu persatu.

Kenapa ya komen pembaca masuk dalam spam. Maksud aku komen pembaca blog yang valid la. Yang ada proper email, yang ada proper blog atau website dan yang bagi komen yang relevant. Sebab biasanya komen pembaca masuk dalam spam ni adalah komen-komen yang tak relevan dan lebih kepada nak promotekan barangan mereka yang entah apa-apa. Ada jugak yang ada unsur porno.

Apa-apa pun aku mintak maaf kepada otai-otai blog tadi sebab komen mereka masuk dalam spam. Dan aku dengan berbesar hati ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi singgah dan beri komen kepada entri aku.

Terima kasih rakan-rakan blogger.

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: