penyelasaian masalah cinta

Kontes Review Klinik Cinta

kontes review di blog klinik cinta

Kontes review anjuran blog Klinik Cinta

Pening juga hendak menulis dengan kata kunci yang diberikan dalam kontes review anjuran blog Klinik Cinta ini sebenarnya. Kontes yang menggunakan Kata kunci yang bercampur-campur antara Bahasa Inggeris (ataupun Bahasa Inggeris yang dimelayukan) iaitu kontes review dan Bahasa Melayu iaitu klinik cinta. Keliru sudah aku dibuatnya. Yang mana bahasa melayu dan yang mana bahasa Inggeris. Tapi tak apa la kan. Ini pertandingan menulis secara santai. Jadi lepas ni terpaksa lah aku ikut kata kunci yang diberikan walaupun dalam kekeliruan.

Terlebih dahulu tahniah aku ucapkan kepada pasukan penulis blog klinik cinta kerana berjaya mengadakan kontes review blog mereka. Serius, aku tabik kepada anak-anak muda di dalam barisan penulis blog klinik cinta ini. Ada yang aku kenal dan selalu jumpa, dan ada yang aku belum pernah jumpa di alam nyata.

review sakit cinta

Doktor Cinta

Hendak menganjurkan sesuatu kontes seperti ini bukan satu perkara yang mudah pada pandangan aku. Ianya memerlukan komitmen dan idea yang jitu. Hadiah juga memerlukan kos yang tersendiri dan dari poket sendiri melainkan jika ada penaja. Jika hadiah cikai, pastinya kontes jadi tidak menarik dan blogger susah untuk turut serta. Terutama blogger-blogger otai. Mereka ini pastinya akan sertai jika hadiah kontes yang disertai berbaloi untuk mereka.

Blog klinik cinta,  jika di review dari segi susun atur dan kekemasan blog memang berjaya menarik hati aku. Kategori, ruangan ataupun segmen tentang isu-isu yang dibincangkan berjaya disusun dan dibahagikan dengan baik. Ia akan menyenangkan pembaca untuk terus ke segmen yang mereka inginkan tanpa perlu membelek satu persatu ruangan di dalam blog.

gambar blog klinik cinta

susun atur blog klinik cinta yang kemas dan tampak professional berjaya menambat hati aku

Tema blog juga kemas dan menarik. Aku suka. Template yang dipilih amat sesuai dengan tema dan niche blog. Bersih dengan latar belakang yang cerah. Ia memang menambat hati aku. Aku memang lebih suka blog yang latar belakangnya putih cerah kerana ia tidak membuatkan mata aku berpinar bila membacanya. Lagipun pada pandangan aku, blog seperti ini adalah lebih kelihatan professional dan matang.

Dari segi pengisiannya pula, aku terpaksa masuk ke dalam blog klinik cinta, membelek dan membaca beberapa artikel dari setiap kategori untuk melayakkan aku berketak dan berkokok di sini. Kalau tidak aku pasti akan menulis apa yang aku tidak tahu. Macamana hendak menulis untuk kontes ini jika aku tidak tahu apa blog ini cuba kongsikan dengan pembacanya. Betul tak?

Yang tak seronoknya, jika jalan mudah itu yang aku pilih, ia seperti membodohkan diri aku sendiri dengan review aku nanti. Buat apa macho dan kacak jika kelihatan bodoh, ya tak?

klinik haiwan

Cinta remaja adalah cinta monyet

Terus terang aku katakan, inilah pertama kali aku taip url www.klinikcinta.com terus ke dalam kotak url di bahagian atas browser aku ini. Sebelum ni aku ada singgah beberapa kali tetapi aku datang melalui link ataupun pautan yang ditinggalkan di facebook.

Bukannya tak sudi tetapi aku rasa blog ni bukan untuk aku. Ia bukan untuk orang peringkat umur seperti aku yang sudah punya isteri yang cantik dan anak-anak yang comel seramai 3 orang. Aku berpendapat blog klinik cinta ini adalah blog cinta remaja sahaja.

Tunggu.. jangan negatif dengan aku dahulu dengan kenyataan aku. Sebenarnya apabila orang di luar sana berpendapat seperti aku maka itu bermakna blog ini sudah berjaya menempatkan diri dikalangan pembaca walaupun ia bukan untuk golongan pembaca peringkat umur aku seperti aku. Maknanya dengan membaca nama blog ini sahaja orang sudah tahu dan sudah punya persepsi blog ini tentang apa.

Syabas! Sungguh tertumpu niche blog ini rupanya. Telahan aku selama ini ternyata meleset. Selama ini aku sangkakan blog ini merapu tentang cinta remaja sahaja. Merapu tentang cinta monyet, merapu tentang orang yang kecewa ber kasih dan sebagainya. Rupanya ia lebih jauh daripada itu semua. Pengisiannya agak mantap. Syabas aku ucapkan sekali lagi.

Untuk kontes ini, tiada komen yang serius daripada aku tentang blog ini. Setelah di review, hanya ada sedikit idea untuk menambah baik sahaja. Itupun jika barisan penulis blog Klinik Cinta bersetuju dengan pendapat aku. Jika tidak, anggaplah aku mengomel sekadar untuk sertai kontes sahaja. Antaranya:

1. Selitkan sedikit unsur-unsur agama

Di sini lah peluang untuk admin berdakwah sedikit. Kongsilah sedikit ilmu berkenaan cinta dari sudut yang sedikit berbeza. Contohnya cinta kepada ilahi. Cinta kepada agama. Ataupun Cinta selepas kahwin. Pembaca-pembaca remaja biasanya kurang tertarik jika nasihat agama diberikan secara terus kepada mereka.

kontes review klinik cinta: cinta selepas kahwin

Cinta yang benar cinta kepada suami kerana Allah adalah tiket ke Syurga

Jadi di sinilah peluang buat admin untuk selitkan sedikit nasihat agama kepada mereka dengan cara berhikmah. Nasihat boleh dimasukkan dalam bentuk cerita seperti kisah cinta Rabiatul Adawiyyah kepada tuhannya, kasih para nabi kepada Allah dan sebagainya.

kontes review klinik cinta: cinta kepada manusia kerana Allah

cinta kan manusia kerana Allah adalah suatu ibadah

Moga usaha admin dalam memasukkan unsur-unsur dakwah akan mendapat ganjaran setimpal. Dan ingat, ilmu dan dakwah ini akan menjadi saham akhirat untuk kalian semua. Sambil menulis sambil beramal.

Ia akan menjadi berganda lagi jika ada pembaca yang kongsikan pautan di laman media sosial. Lumayan bukan pahalanya?

2. Kategori, ruangan ataupun segmen “resipi” tidak perlu ada

Pada pandangan aku, kategori resepi sedikit lari daripada konsep ataupun niche cinta yang cuba diketengahkan. Mungkin untuk kegunaan carian di enjin carian Google ataupun Bing, kategori ini kelihatan seperti menarik kerana resipi adalah salah satu kata kunci yang selalu dicari oleh pembaca. Ini akan menolong memperbanyakkan kata kunci organik yang akan masuk ke blog ini sekali gus membawa masuk trafik unik yang banyak.

Ruangan Resipi tidak perlu kerana blog Klinik Cinta sepatutnya mengetengahkan isu berkenaan cinta sahaja. Kekalkan niche tersebut. Ia akan menjadi sandaran yang kuat untuk blog ini nanti. Kekalkan trade mark ini. Biar pembaca kenal blog ini dengan niche cintanya. Biar sampai ke tahap apabila orang ingat cinta dan perkara yang seangkatan dengannya, terus sahaja orang ingat blog klinik cinta. Tak perlu selitkan dengan niche yang lain.

Akhirul kalam, moga blog Klinik Cinta akan terus maju. Moga ia menjadi satu jenama yang akan dirujuk apabila berbicara tentang cinta. Moga ia bukan sahaja menjadi tempat perkongsian ilmu dan tempat penyelesaian masalah cinta, malah ia boleh menjadi tempat penyebaran dakwah tentang cinta dalam konteks yang lebih luas, iaitu cinta kepada Allah dan rasul.

Wassalam

Oh ya berikut adalah senarai penaja untuk kontes ini:

33 comments

    • sohoque 19 October, 2013 at 20:58 Reply

      hijau pon tak per bro. join kontes ni sbg menunjukkan sokongan kpd rakan blogger yg lain. nnti kita buat kontes diorg join pulak.. tp kalau menang, alhamdulillah

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: