gambar orang cuci kereta

Kuala Terengganu Tiada Kumar?

gambar orang cuci kereta

Kumar sedang mencuci kereta. (gambar: shakiddo.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelmarin aku balik kampung aku di Kuala Terenganu. Pulang semula ke ibu kota malam tadi. Ada beberapa objektif trip balik kampung pada kali ini. Dan alhamdulillah 80 peratus objektif tercapai.

Balik kampung naik Malindo Air. First time naik Pesawat udara ini. Ok la. Tempat duduk macam luas sikit daripada syarikat penerbangan tambang murah yang pernah aku naik sebelum ini. Cuma agak terkilan kerana terlepas tawaran menarik sempena ulangtahun Malindo Air. Tawaran tiket sehala dari KL ke Kuala Terengganu hanya RM55. Memang murah sangat berbanding dengan harga biasa lebih daripada RM100.

gambar malindo air

pesawat Maindo Air yang aku naiki tempohari

makanan dalam kapal terbang

kudapan dalam Malindo Air

ruang dalam pesawat Malindo Air

ruang dalam pesawat Malindo Air

Balik ke KL naik Bas Sani Express. Memang sudah improve pengangkutan darat ini. Seatnya agak comfortable. Aircond pun secukup rasa. tak sejuk dan tak panas.

gambar tiket bas

tiket Sani Express daripada Kuala Terengganu ke Shah Alam adalah RM50.000

suasan dalam bas Sani Express untuk trip perjalanan malam

suasan dalam bas Sani Express untuk trip perjalanan malam

kaunter tiket Sani Express

kaunter tiket Sani Express

Oh ya ada satu cerita tentang insan berhati mulia semasa aku di Kuala Terengganu semalam. aku singgah untuk makan tengahari di Salah satu restoren menarik di Kuala Terengganu iaitu Warung Batu Bersurat. Aku lantas memilih meja yang agak hujung kerana bertujuan untuk buat kerja menggunakan laptop.

Di sekeliling warung ini ada banyak tempat parking. Dan ia memang dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan bagi orang berkerja di kawasan sekitar. Namun tidak nampak pula Kumar seperti diceritakan oleh Abam Kid di dalam entrinya Hati Seorang Pencuci Kereta. Dengan puluhan kereta yang parking kat situ aku rasa kalau Kumar ada menawarkan servis mencuci kereta kat situ pendapatannya mungkin sebanyak pendapatan Kumar yang pernah Abam Misai Eyriqazz buatkan kira-kira gaji beliau di dalam entrinya Gaji Seorang Pencuci Kereta.

Seperti kata Sifu Eizil tentang kisah kumar yang memberi motivasi ini, aku sungguh kagum dengan kegigihan Kumar ini. Walaupun beliau hanya pendatang yang mencari rezeki di negara kita, tapi dek kerana tidak memilih perkerjaan dan gigih dalam mencari rezeki, pendapatannya melebihi gaji seorang eksekutif yang berkerja di dalam suasana yang dingin dengan pendingin udara di Malaysia.

Teringat aku pada satu kisah yang aku baca dalam sebuah buku motivasi karangan Chef Li. Aku pernah kongsikan kisah ini di dalam entri aku yang bertajuk Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan yang mendapat banyak “SHARE” di Facebook oleh pembaca. Ia tentang seorang peniaga air soya berasal daripada Indonesia. Beliau hanya menjual air soya di stesen-stesen komuter. Tapi pendapatannya sungguh lumayan.

Berbalik kepada kisah aku di warung makan tadi. Mungkin kerana masih awal iaitu sekitar pukul 12 tengahari dan masih di luar waktu lunch, kedaan kedai agak lengang. Hanya 3 meja yang digunakan oleh pelanggan termasuk meja paling hujung yang aku pilih itu.

Kemudian datang seorang hamba Allah lelaki datang untuk menjamu selera ke warung itu. Dalam banyak meja yang kosong itu beliau memilih untuk duduk semeja denganku. Aku ok je. Tak der la pulak aku tak senang.

Kami hanya berbalas salam dan senyum. Lepas tu masing-masing buat kerja masing-masing. Beliau makan lunch beliau sambil menjawab beberapa panggilan telefon yang penting aku rasa. Aku pula berusaha menyiapkan draf-draf yang berlambak dalam folder draf blog aku ni.

Seusai beliau habiskan makanan beliau, beliau lantas bangun dan menuju ke kaunter bayaran. Kemudian beliau berlalu pergi.

Setengah jam kemudian, giliran aku pula untuk membayar makanan aku.

“Berapa ringgit saya makan tadi makcik?” aku suakan soalan kepada makcik warung tersebut yang sedang rancak bebrbual.

“Oh.. adik punya makanan encik tadi dah bayarkan” jawab makcik tersebut.

Wah. Sungguh pemurah lelaki itu. Aku yang tidak dikenalinya dibayarkan sekali. Ada lagi spesis orang baik macam ni kat dunia ni pada zaman sekarang ya.. So, aku sambut rezeki yang tidak disangka tersebut dengan rasa syukur.

Idea ini pernah aku terfikir untuk amalkan. Tetapi sampai sekarang tak teramal. Alasan duit masih tak cukup bukan alasan yang kukuh. Nak tunggu ada duit banyak baru nak bersedeqah, sampai bila lah kita tak bersedeqah kot. Duit ni selalu tak cukup pada kita.

Oleh kerana sebab di ataslah Allah menilai sedeqah seseorang dengan kadar keikhlasan pemberi sedeqah tersebut. Walaupun nilai yang disedeqahkan itu tidak banyak tapi ia datang dari hati yang betul-betul ikhlas pasti pahalanya juga lumayan.

Moga lelaki tersebut dimurahkan rezekinya oeh Allah atas amalan sedeqahnya tadi. Sesungguhnya sedeqah itu menjemput rezeki.

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: