Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh haiwan ini.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman haiwan ini dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda tentang kucing berikut:

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

gambar kucing dahaga

kucing sedang meminum air

Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah haiwan ini pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.

Tips Bagaimana Menjaga Kucing Comel

Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidah haiwan ini.

Hasil ujian:

  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  • Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
  • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa haiwan ini tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.

Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. haiwan ini juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh haiwan ini.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan haiwan ini yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.

Wallahu’alam…

sumber

Nota:

Terdapat banyak kelebihan memelihara kucing di dalam Islam. Namun untuk menjaga kucing juga sebenarnya perlukan ilmu. Ramai yang ada membela haiwan ini sebenarnya tidak tahu cara sebenar untuk menjaganya. Bagaimana nak mengetahui samada kucing peliharaan sihat atau sebaliknya. Bagaimana nak menjaga binatang peliharaan tersebut supaya nampak cantik dan sihat.

Jika ilmu tersebut tidak diketahui oleh pemilik kucing, apatah lagi orang yang baru bercadang hendak membela kucing. Jadi, panduan secara lengkap kepada pemilik dan bakal pemilik kucing tentang bagaimana untuk memelihara kucing dengan cara yang betul amat perlu.

Namun jangan risau..! Di zaman serba moden ini ilmu mudah dicari. Ada satu ebook yang membicarakan tentang penjagaan kucing ini. Buku yang membicarakan daripada A sampai Z perihal jagaan kucing ini amat baik dan berguna untuk dimiliki oleh pemilik dan bakal pemilik kucing.

Untuk yang inginkan panduan bagaimana untuk menjaga kucing secara terperinci anda boleh dapatkan buku: Panduan Menjaga Kucing!.

Moga buku ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada anda dalam pemeliharaan kucing yang comel.

94 Comments

  1. Pingback: Berbuat Baik Kepada Isteri Adalah Sunnah Nabi December 10, 2012
  2. Hisyam Hazani January 21, 2013
  3. nurhidayanto09 January 30, 2013
  4. budi supriyono February 12, 2013
  5. sani intan lestari April 21, 2013
  6. hamba Allah May 12, 2013
    • sohoque May 12, 2013
  7. mohd July 28, 2013
    • sohoque July 29, 2013
  8. Ana October 24, 2013
    • sohoque October 24, 2013
  9. fazlianaismail October 25, 2013
  10. FARA November 2, 2013
    • sohoque November 2, 2013
    • HABIBAH G ABDULLAH May 5, 2014
      • sohoque May 5, 2014
  11. syafa December 9, 2013
    • sohoque December 9, 2013
  12. ona January 17, 2014
    • sohoque January 17, 2014
    • haryati August 12, 2014
      • sohoque August 12, 2014
  13. Fauzi April 22, 2014
    • sohoque April 22, 2014
  14. Labu June 16, 2014
    • sohoque June 17, 2014
  15. Amin July 13, 2014
  16. iena August 4, 2014
    • sohoque August 4, 2014
  17. Marina Fera Karmila September 18, 2014
    • sohoque September 19, 2014
  18. Rasyid Ridho December 17, 2014
    • sohoque December 19, 2014
  19. Aariana Caruso January 16, 2015
  20. Ishak Ismail January 16, 2015
  21. Ishak Ismail January 16, 2015
  22. sara January 22, 2015
    • sohoque January 22, 2015
  23. syafiqah February 15, 2015
    • syafiqah February 15, 2015
      • sohoque February 15, 2015
  24. ibtisam_dhearty February 19, 2015
    • sohoque February 20, 2015
  25. masyitah March 23, 2015
    • sohoque March 23, 2015
      • masyitah March 24, 2015
        • sohoque March 24, 2015
  26. ariani March 28, 2015
    • sohoque March 29, 2015
  27. yana April 5, 2015
    • sohoque April 6, 2015
  28. neko chan April 5, 2015
    • sohoque April 6, 2015
  29. Ficky June 2, 2015
    • sohoque June 2, 2015
  30. Pecinta Kucing June 14, 2015
    • sohoque June 15, 2015
  31. eva June 25, 2015
    • sohoque June 25, 2015
  32. Eita Khan July 6, 2015
  33. Noor Zurani Noordin July 9, 2015
  34. alif September 29, 2015
    • sohoque September 30, 2015
  35. syakir November 27, 2015
  36. Mel Ben December 7, 2015
  37. jual obat telat bulan December 18, 2015
  38. Mech Vp Msj December 20, 2015
    • sohoque December 21, 2015
  39. Mech Vp Msj December 20, 2015
  40. jenis batu alam January 12, 2016
  41. nurul ain March 6, 2016
  42. Purba May 6, 2016
    • sohoque May 7, 2016
  43. yaya May 19, 2016
  44. icp capsule August 30, 2016
  45. kucobalagi.com August 30, 2016
  46. Oyong Ilham September 3, 2016
  47. mohd fauzi jamaludin September 28, 2016
  48. ICP Capsule October 5, 2016
  49. Hosting Murah Unlimited October 10, 2016
  50. Dini Septiani October 30, 2016
  51. rabiahtul January 10, 2017
  52. siti kamariah muhamad yusof February 3, 2017
    • sohoque February 3, 2017
  53. ludvi February 9, 2017
  54. hendrik naufal February 9, 2017
  55. ludvi February 11, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: