More

    Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

    Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.

    Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

    Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

    Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh haiwan ini.

    Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.

    Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

    Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman haiwan ini dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda tentang kucing berikut:

    Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

    gambar kucing dahaga
    kucing sedang meminum air

    Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah haiwan ini pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.

    Baca: Petua Murah Rezeki – Kisah Unit Trust Consultant Hebat

    Tips Bagaimana Menjaga Kucing Comel

    Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.

    Kajian Yang Dijalankan

    Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidah haiwan ini.

    Hasil ujian:

    • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
    • Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
    • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
    • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
    • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa haiwan ini tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

    Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.

    Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

    Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. haiwan ini juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.

    Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh haiwan ini.

    Hadith-Hadith Mengenai Kucing

    Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

    Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

    Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan haiwan ini yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.

    Wallahu’alam…

    Bacaan menarik: Jangka hayat kucing

    sumber

    Nota:

    Terdapat banyak kelebihan memelihara kucing di dalam Islam. Namun untuk menjaga kucing juga sebenarnya perlukan ilmu. Ramai yang ada membela haiwan ini sebenarnya tidak tahu cara sebenar untuk menjaganya. Bagaimana nak mengetahui samada kucing peliharaan sihat atau sebaliknya. Bagaimana nak menjaga binatang peliharaan tersebut supaya nampak cantik dan sihat.

    Jika ilmu tersebut tidak diketahui oleh pemilik kucing, apatah lagi orang yang baru bercadang hendak membela kucing. Jadi, panduan secara lengkap kepada pemilik dan bakal pemilik kucing tentang bagaimana untuk memelihara kucing dengan cara yang betul amat perlu.

    Namun jangan risau..! Di zaman serba moden ini ilmu mudah dicari. Ada satu ebook yang membicarakan tentang penjagaan kucing ini. Buku yang membicarakan daripada A sampai Z perihal jagaan kucing ini amat baik dan berguna untuk dimiliki oleh pemilik dan bakal pemilik kucing.

    Untuk yang inginkan panduan bagaimana untuk menjaga kucing secara terperinci anda boleh dapatkan buku: Panduan Menjaga Kucing!.

    Moga buku ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada anda dalam pemeliharaan kucing yang comel.

    Tolong tekan like di bawah jika anda suka artikel ini 
     

    Latest articles

    Related articles

    103 Comments

    1. Saudaraku semua rahasia Binatang Kucing sebetulnya dia itu malaikat pendamping jadi tidak dapat diganggu jin setan karena dia itu dapat mengalahkannya misal ; Jin ifrit itu kalau berubah jadi Ular atau tikus sama Kucing ular ditangkap dan dibuang jauh dari majikannya agar majikan selamat tidak digiigit ular seperti hal tikus juga biar majikan tidak sakit. dan apabila manusia secar spiritual Ilmu Batin Mata kucing itu dapat untuk dzikir menemua NUR MUHAMMAD SAW karena Kucing binatang yang disukai Nabi. Tapi kawan hidup makan kayak Kucing yg hanya sedikit berat lho…

    2. Assalamualaikum..sy nk tanya apakah hukum sekiranya sy membela kucing.sy beri makan dan minum tp sy kurung dia dlm sangkar kerana sy x berani hendak bg kucing itu kuar takut dipukul jiran.sy tinggal rumah jenis flat.kadang saja sy akan lepaskan kucing dlm rumah utk bermain.kucing sy jenis hyperaktif sgt.sy x brani nk lepas keluar rumah risau ganggu rumah jiran.tolong bantu sy menyelesaikn masalh ini

    3. I ingin tahu, adakah tangan dan kaki kuning itu najis sebab ianya menggunakan tangan and kaki menutup pasir setelah berak and kencing. Apa hukum nya ia berjalan di atas sejadah setelah berak and kencing.
      Terimakasih

    4. Assalammualikum saudara
      saya ingin minta pendapat Saudara apakah hukumnya
      melepaskan kucing yang dikurung dalam sangkar
      yang kecil (size sangkar : size badan kucing yang
      menyebabkan kucing tersebut susah bergerak) dan
      kucing tersebut tidak diberi makan oleh tuannya
      sehinggakan fizikal kucing itu berubah? saya sungguh
      kasihan melihat keadaannya. saya selalu memberi
      makan kucing itu secara tersembunyi. Adakah saya
      berdosa dan dikirakan melakukan jenayah sekiranya
      saya melepaskan kucing itu secara sembunyi
      sembunyi? jiran saya itu orangnya susah mahu
      berbincang. harap Dr dapat beri sedikit pendapat.
      saya ikhlas lakukan kerana Allah tanpa ada niat mahu
      melakukan dosa. Terima Kasih

      • cara yang sebetulnya saudari sepatutnya berbincang dengan tuan kucing tersebut. namun jika cara itu tidak mendatangkan hasil dan kucing tersebut semakin tersiksa, pada pandangan saya tindakan saudari amat tepat!. wallahua’lam

    5. Assalamualaikum,

      saudara/i,

      apa hukum jika terpijak bekas air kencing kucing yang telah kering? adakah dikira najis dan adakah najis itu akan tersebar ke seluruh rumah jika kita berjalan?

      terima kasih.

      • Saya telah memelihara kucing selama hampir 15 tahun. Selama itu saya telah mengalami bermacam-macam dugaan sehingga yang paling menyedihkan dihalau oleh abang kandung dari rumah gara-gara kucing peliharaan saya dianggap pembawa penyakit. Dia mengugut akan memasukkan semua kucing-kucing saya dalam karung dan dibuang ke tapak pelupusan sampah. Saya sangat sedih dan tertekan tapi tidak berputus asa. Lalu saya mengambil keputusan membuat sebuah pondok kecil di kebun di tepi hutan. Bulan puasa 2011 merupakan titik permulaan saya dan kucing2 saya tinggal di pondok kecil. Bersahur dan berbuka di kebun adalah pengalaman baru. Biarpun sedih, saya merasa gembira kerana kucing2 saya tidak teraniaya oleh abang kandung saya. Walaupun saya terpaksa tinggal dalam pondok kecil yang tiada kemudahan lampu elektrik, sekurang-kurangnya binatang kesayangan saya selamat.
        Mungkin atas doa kucing-kucing saya, semasa saya dalam kesusahan, kesedihan dan terumbang ambing tinggal dalam pondok bersama kucing di tepi hutan, suatu hari anak saudara telah melawat dan memaklumkan keadaan saya kepada wakil rakyat kawasan kami. Syukur alhamdulillah, saya telah diberikan bantuan membina sebuah rumah yang cukup selesa tempat tinggal saya bersama kucing-kucing saya.
        Saudara dan saudari. Menyayangi kucing tidak merugikan malah sebagai terapi apabila kita dalam kesedihan.
        Nama-nama kucing saya. Agree, Ah Ah, Kuntum, Puput, Tumpuk2, Tambur, Goriot, Tutua, Handsome, Angel, Ata, Sompirot, Tiga. Ada 3 anak masih kecil. Belum ada nama

        • alhamdulillah. sungguh kagum sy dgn saudari.. moga perbuatan baik saudari kpd binatang yang pernah menjadi kesayangan Rasulullah akan diganjari dengan balasan setimpal daripada Allah taala..

    6. Salam. Sya tdk pernh membela kucing sehingga mac12. Ank kucing yg dibwa suami dr sek yg diamengjr berwarna putih melepk diberi nama SOYA. amt menkjubkn kuasa Allah SWT, kelurga kami beroleh kerahmtn, ketenangn, kegembiraan yg x terkatA, syukur teramat. Seolah2 kmi mendpt new baby….dibln Ramdhn, dia diambil org….sya yg pling sedih hingga cuti sakit 2 hr. Hmpir nk raya, dia pulang dgn loceng yg amt kami pasti…dia dh besar…remaja, kami amt rindu pdnya. X smpai 2 minggu, dia kembali ke dunia akhirnya…dilnggar org d dpn rumh. Mmg sya amat sedih seolah2 kehilngn org yg disyangi. Sya redha kehendKNYA…
      MMG KUCING SPT AHLI FAMILY KITA…kini sya bela adiknya pula yg bernama PADI, besar, sihat, manja & ank2 kata dia ank bongsu kesyngn sya…mmg mcm tu sya rasa…mcm x ada apa2 pun salah Padi pd kami…SUBHANALLAH…..tp kini sya redha dgn kemungkinan yg Allah SWT akn uji kami nti,..

      • kisah anda lebih kurang sama dengan kisah saya..jiran saya telah berpindah senyap2 tanpa membawa kucingnya yg sarat mengandung..saya amat kasihan kpd kucing itu..lalu hari2 saya beri kucing itu mkn..sehinggalah kucing itu beranak 4 ekor anak..saya jaga dn jika sakit saya membawa ke vet.kasih saya begitu menebal kpd kucing yg saya pelihara itu.. saya x kisah jika kucing2 itu mencakar sofa dn dipan katil saya..makanan dry food x penah kering dn saya sggup bersusah payah beli berklo kilo ikan beri kucing peliharaan saya mkn..hinggalah satu hari saya melalui hari yg malang dua hari berturut turut,,x sapai 24 jam seekor anak kucing peliharaan saya itu di gilis kereta kereta jiran..kerna anak2 kucing saya suka lepak n tidur bwh kereta jiran..walau pintu n tingkap trtutup rapat tapi mereka boleh keluar ikut alang rumah..seekor cuma di langgar kaki..saya bw ke vet kena rm100..keessokan pula seekor lagi kucing saya mati di langgar kereta di tepi jln..kehilangan snowy amat saya terasa..dn amat trsiksa jiwa dn raga saya..hidup saya hambar..hari2 saya tringatkn dia..sehigga saat ini saya masih x mampu melihat gambar2 dn video dia..sekarang semua kucing2 yg saya jumpa saya beri mkn..saya sayang semua kucing2 yg ada di muka bumi ini..cuma saya bukan jutawan..klu saya jutawan pasti saya x biarkan kucing2 trbiar hidup melarat..

    7. Salam, kiri kanan jiran saya membela kucing.. Dan hampir setiap hari melepaskan ‘najis’ di perkarangan rumah saya sehingga baunya masuk ke dalam rumah dan ke ruang solat saya.. Apakah hukum dalam hal ini? Apa yang perlu saya lakukan? Adakah redha sahaja kerana dikatakan di dalam hadis-hadis kucing itu sunnah nabi dan tidak najis? Walhal dalam Al-Quran amat menitik beratkan soal kebersihan terutama bebas najis? Dan dalam Al-Quran juga mengajar agar tidak menzalimi sesama manusia di mana dalam hal ini saya selalu mendapat tugasan tambahan membersih najis kucing sedangkan saya tidak membela kucing. Pokok tanaman juga mati (kemusnahan) disebabkan najis kucing ini. Dan saya juga terpaksa menghidu bau najis kucing setiap hari.

      • wassalam.

        perkara ini sebenarnya adalah tanggungjawab jiran tuan punya kucing tersebut. tuan fauzi kalau boleh bawaklah berbincang dengan jiran tuan punya kucing tu. bgtau apa sebenarnya yang berlaku akibat drp kucingnya.

        kucing tidak najis. tetapi najis nya (tahi dan kencing) adalah najis.

        moga tuan dapat berbincang dengan jiran tuan dan mencapai kata sepakat dlm hal ini

    8. salam…
      saya ada beberapa ekoq kucing n masalah saya kalu saya bercuti 3 atau seminggu tidak ada sapa nak beri mereka makan? kucing2 ini semuanya hidup kat luar rumah bebas n boleh ke mana2. Bagaimana nak tinggalkan ,makanan pada mereka kerana rasa kesihan jugak kalu cuti lama, teringat kuching tak makan lagi? mohon bantuan

      • wassalam..

        yang tu tuan lagi arif drp saya kot. carilah saper2 yang boleh jaga diorg. ataupun kalau ada duit lebih htr jer kat klinik haiwan. biasanya diorgni ada sediakan perkhidmaatan menjaga haiwan..

    9. Apa hukum bela kucing dalam sangkar tap bagi makan minum dan sangkar di bersihkan..sebab kalau dilepaskan dia akan lari..

    10. salam saya membela seekor kucing dan kucing saya adalah jenis indoor …utk seminggu ni saya terpaksa mengurungnya didalam sangkar dan hanya lepas utk dia bermain dalam bilik saja sb kebetulan ada bilik kosng mmg saya guna utk letak sangkar…saya terpaksa kerana ada ahli keluarga yg dtg berkunjung ke rumah selama seminggu dan mereka tidak gemarkan kucing …walaupon sy sedih dan rindukan nk tgok aksi gedik kucing sy tp sy terpaksa krna takot kucing sy dimarah dan terancam . utk seminggu ni saya sediakan ckup keperluan kucing sy dlm bilik …. boleh ka mcm tu ? harap dapat bantu..

      • saya rasa tak apa kot. sbbnya bilik tu luas. so tak menjadi satu seksaan pada dia. lagipun awak beri dia cukup makan dan minum. dan awak buat cam tu pon sebab risaukan keselamatan dia dan demi menjaga hati tetamu

    11. Saya memelihara seekor kucing sejak dia bayi, ketika dia berumur 3 bulan lebih, saya ada urusan ke luar kota yang mengharuskan saya menginap beberapa hari.
      Seingat saya, kucing tersebut saya kurung di rumah, karna takut dia tertabrak atau dianiaya tetangga saya.
      Namun 2 hari kemudian, saya pulang, saya tidak menemukan kucing saya di rumah, padahal tidak ada jalan ke luar saya rasa bagi si kucing.
      malamnya ketika saya asyik nonton TV, kucing saya pulang sendiri, saya segera menghampirinya, ternyata dia jatuh terkulai di tangan saya, saya kaget dan melihat tubuh kucing saya, ada banyak luka goresan, dan luka koyak walaupun kecil di bagian perutnya.
      Kucing tersebut saya mandikan dan saya obati lukanya.
      Kucing saya menggigil dan tidak bisa berjalan, kucing tersebut saya balut handuk dan saya ajak tidur dengan saya untuk pertama kalinya.
      Kucing saya gelisah, lalu saya dekati dia dan belai belai kepalanya hingga ia tertidur.
      Ketika azan Subuh, kucing saya membangukan saya dengan menggigit gigit lutut saya, saya kira dia ingin berak, maka saya buka pintu kamar, karna dia tahu dimana tempat biasa dia berak. Lama tidak kembali dari dapur, saya panggil panggil kucing saya, tapi tidak ada sahutan.
      Sore saya pulang kerja, saya kembali cari kucing saya di kamarnya, kamar saya yg satu lagi adalah kamar kucing saya. Ternyata di sana, saya menemukan kucing saya sudah meninggal dalam keadaan kaku, dengan mata berkaca – kaca.
      Apakah kematiannya karena saya ? Apa hukumnya terhadap saya dengan kejadian ini ?
      Setelah menguburkannya, saya tidak berhenti menangis dan menyesali kenapa akhir hidup kucing saya seperti ini ? Padahal saya benar – benar menyayangi kucing saya
      tolong berikan penjelasan, saya ingin tahu, apakah saya yang menyebabkan kucing saya meninggal, dan apakah dia akan menuntut nyawanya nanti di akhirat ke saya ?

      • sebetulnya kematian kucing tersebut bukanlah kerna kesalahan anda. anda sudah menjaga malah merawatnya sebaik mungkin. namun sudah tersurat engakhirannya begitu. moga saudara beroleh kebaikan di akahirat kelak sebagai balasan layanan baik anda kepada makhluk Allah yang pernah menjadi binatang kesayangan rasulullah itu

    12. saya penggemar kucing dari kecil sampai sekarang, dan di rumah saya memelihara kucing 6 ekor dan saya memeliharanya dari baru dia lahir dan terus berkembang. tetapi yang saya belum tahu tentang kucing, setiap kucing yang saya pelihara sampai besar kemudian dia menghilang saya tidak tahu penyebabanya, apakah dia dibunuh orang ataukah yang lainya.

    13. salam. saya telah kehilangan kucing yang sangat saya syg dan saya berada jauh dengan dia masa tu . dia dilanggar kereta. saya nk tanya . adakah nanti di syurga saya boleh meminta dari Allah untuk berjumpa dengan semula.

    14. sy ada sedikit kemusykilan, nk tau la sah ke sy solat dalam bilik dimana kotak najis kucing berada dlm dlm jarak 2m dibelakang tmpt sy solat tapi pasir najis dia tidak brsepah dan tidak berbau?

      • asalkan najis tersebut bukan ditempat kita solat tidak mengapa. sah solat tu. cuma kalau berbau tu agak tak selesa la nak beribadat kan. seeloknya jika berbau letakkan lah ia di luar bilik supaya lebih selesa untuk beribadat

    15. AsSalamualaikum…
      saya nk tumpang bertanya…apakah hukum saya memberi anak kucing saya kepada rakan yang bukan beragama islam??adakah salah?

    16. salam saya nak tanya kalau kucing masuk dalam semak mcm mn nak panggil dia keluar….kucing saya baru 3 hari dgn saya…masa dia hilang saya menangis mcm org gila…saya panggil dia tp tak jg dia keluar…..

      • kalau dia sudah lama dgn kamu mungkin dia akan respon apabila dipanggil kerana sudah terbiasa. kalau babru bela mungkin dia belum biasa dgn panggilan tuan barunya.

    17. kucing sye baru mati subuh tadi kne langar dengan motor. . terkilan sye padahal sye baru bermain dgan dia dan sye keluarkan dia sebab dia nak berak. . sye asyik menangis teringat kat dia. . sye nk tahu adakah dia tak tenang bila kita meratapi kehilangan dia. .

      • kucing hanyalah binatang. serapat mana dia dgn kita sekalipun dia hanyalah binatang. tak perlu nak tangisi pemergiannya. dan tak timbul isi dia tak tenang jika kita ratapi kematiannya

      • kucing adalah binatang yang Allah ciptakan untuk melengkapkan kehidupan. sama juga dengan binatang lain. ia tiada akal utk fikirkan yg mana baik dan yg mana buruk. ia juga tiada dosa. tiada isu kucing tak tenang jika kita tangisi kematiannya.

    18. Assalamualailum, saya hendak menceritakan keadaan kucing saya..
      30may yang lepas..kucing2 saya macam takut hendak ke kandang dia sampai dia org kencing and berak di bawah sink rumah..saya hairan lah kenapa kucing saya jadi takut macam tu..bila d letakkan dalam kandang…dia org asyik meow2 nak masok dlm rumah..kandang kucing saya berada d balkoni rumah atas..
      Keesokan harinya..di waktu pagi..kucing saya terlepas lari bersembunyi di rumah kosong belakang rumah saya..dia nampak macam takutkan sesuatu..tp alhamdullilah jumpa balik dia..pada malam hari yg sama..dalam pkl 10pm camtu..kucing saya hilang lagi..yang saya muskil..saya tengok kucing saya tdo didlam kandang dia..maybe dalam 10minit baru perasan yg dia dah tidak ada dalam kandang dia..kita org carik dia and once again dia dekat rumah kosong dekat blakang rumah saya tu..kita org dah panggil dia suroh trun..tapi muka dia nampak bengong xtauk nak trun mcm mana..adakah dia kena kacau makluk halus.

    19. salam . kalau saya ada dua ekor kucing yang dah mati sebab sakit . dua dua dah hantar vet sebelum tu . yang pertama tu terlambat bawak pastu taktau dia sakit apa . yang kedua ni mak yang pertama mati tu . sakit dia sama je . memang doktor vet tu suruh bawak kucing tu pergi vet lagi sekali kalau still tak sihat lagi . tapi atas faktor takde kemudahan nak bawak , kitorang sekeluarga tawakal je . dia nak pergi pergi . kami memang terdesak . takde kemudahan langsung nak hantar gi vet . then dia mati pagi esok . yang kedua tu dia baru mati pagi semalam . Saya baru tahu bahawa kucing kucing saya dijangkiti kuman . Sampai sekarang , kami still sedih pasal tu . rasa menyesal tu memang takkan padam . adakah kami sekeluarga yang menjaga kucing tersebut dikira berdosa ? ( Terlalu Perlukan Jawapan ) T-T

      • saya rasa jika tuan sekeluarga sudah membuat yg terbaik utk kucing tu, tak berdosa kot. sbbnya kucing tu terkena penyakit bkn tuan yg menyebabkan kematian dia

    20. Salam smua… Saye pencinta binatang..
      SAye ingin kongsi tentang menjaga kucing
      Jgn sikit saket bawa ke vet. Ubat doktor smua dadah yg akan memudaratkn lagY.
      Yg harus dimiliki tuan peliharaan binatang atau kucing.,

      Garam himalaya
      Air perak
      Spirulina
      Vitamin b complex
      Air klorofil
      Organic apple cider vinegar

      Tolong google khasiat nye dan bAgaimana nk guna kepada kucing yg saket.

      Air perak yg harus dicampur air distill utk air minuman kucing setiap hari mengelakkn kucing jatuh sakit dan atau cepat sembuh dari saket.

      Smua benda yg saya suggest tu smua kite manusia bole consume juga..

      Yg penting go holistic dan semulajadi.
      Insyaallah Insyaallah…

      Hanya Allah yg tahu sbnyk mane sseorang itu mnyayangi binatang…. Jgn sayang kucing aje krane cute.. Binatang2 smua ciptaan allah yg bole buka mata n minda kita utk berfikir dan berubah mnjadi seorang yg lebih mulia.
      Saye brsyukur krana suda saye dpt rase nikmatnye mnyayangi binatang… 🙂

    21. Apakah hukum membiarkan Kucing peliharaan di luar tanpa jagaan. Bolehkah saya menjaga dan merawat kucing itu, tanpa izin tuannya.

    22. assalamuaikum saudara… sy cuma nak beritahu… sy dan keluarga ada membela hampir 20 ekor kucing… ini kerana ayah sy sgt syg kan kucing.. kami cuma ada masalah dgn jiran kami. kucing kami x kurungkan disebabkan rasa kasihan… bila kucing kami nak buang najis masalah bau najis tu menyebabkan jiran2 kami x suka kami… smpai satu tahap jiran kami dah tidak bertegur sapa.. sy rasa sedih… masalah ini berlanjutan hampir 1 tahun… ada apa2 tip tak untuk selesaikan masalah ini… tp sy rasa bersyukur sejak kami bela hampir 20 ekor kucing kes pecah rumah dah tiada di kawasan rumah sy.. dan byk nikmat yg kami dpt… walaupun rumah kami hampir disita… kami tetap dpt jalan utk slamatkan rumah kami

      • berbuat baik kpd binatang terutama kucing ni bgus. salah satu sunnah nabi tu. tp kalau ia membuatkan jiran x bertegur sapa masalah jgak tu. sbb berbuat baik dgn jiran pun sunnah nabi. nabi tak suka kita menyakiti jiran. so kena buat sesuatu la.. caranya susah juga sy nak cadang. kena fikir yg terbaik lah

    23. assalamualaikum. ada perkara yang saya nak tanya.

      saya ada seekor kucing. dia buang air kecil dan besar di tandas. tapi lepas dia buang air kecil di tandas dia terus meluru ke ruang tamu sebelum sempat saya menangkapnya. soalan saya, apakah hukum najis yang terkena pada kaki kucing tersebut. dan perlu ke saya membersih ruang tamu saya? dan bagaimana sekiranya tempat yang dia pergi itu luas. macam dia pergi ke lantai. hampir seluruh rumah dia berlari. tiada bau dan kesan najis. tapi lepas je kucing saya buang air kecil dan besar dia terus meluru ke seluruh ruang tamu rumah. minta penjelasan.

    24. Memang kucing itu mati kerana ajalnya telah ditentukan Allah tetapi seharusnya kita sebagai pembela, memastikan sebaik yg boleh keselamatan kucing yg dipelihara kita. Mungkin keterangan awak tidak jelas tetapi jika awak tinggalkan kucing awak berkurung & sendirian dlm beberapa hari, saya rasa itu tidak betul sbab ia memudaratkan si kucing yg tidak boleh berfikir untuk ambil makan sendiri atau memastikan keselamatan sendiri lalu keluar tingkap atau sebagainya. Saya harap hanya keterangan awak kurang jelas tetapi kalau awak biarkan kucing itu begitu saja tanpa menguruskan penjagaanya sementara awak tiada, maaf ye saya rasa awak mmg carik nahas utk kucing awak.

    25. Salam….sy ada beli kucing 3ekor…sy letak dalam sangkar kerana rumah sy berhampiran jalan raya besar….sy khuatir kucing sy kena langgar…ataupun diambil org dan diseksa…bukn sy suka2 kurungkan kucing sy…krana trlalu syg sy tkot kucing sy dianaya org…dosa ke sy mengurung dia

    26. Assalamu’alaikum..
      saya kan lagi nnton tv, bru dtng 3 kucing ke rumah sy(anaknya 2 induknya 1) sy mengambil anak kucing yang sudah ada pemiliknya. Lalu, sy betniat memelihara kucing itu. Apa hukum memelihara kucing orang tanpa izin?

    27. Saya tinggal sendiri dan sewa rumah jenis kampung. Mula tinggal d rumah ini.
      Seekor kucing betina selalu datang, saya berikan makan minum hingga tinggal d rumah ini.
      Sampai hari ini semua kucing ini ada lebih 30ekor. Sejak mula2 beranak saya buatkan kandang menjaga makan minum kebersihan dll dan tidak melepaskan kerana bimbang menganggu hak jiran.
      Memandangkan tempat tidak mengizinkan. Saya bercadang menghantar ke pusat jagaan sesuai. Semua pusat jagaan swasta dan kerajaan akan mengenakan cas bayaran.
      saya tidak mampu membayar jika menghantar ke sana sebab anggaran kos menghantar dan kos bayar ke pusat tersebut anggaran lebih rm5000.
      Sampai hari ini saya masih fikir untuk menyelesaikan masalah ini.
      Apakah perlu saya lakukan?

    28. Salam, saya mg suka kucing dah lama dah..baru2 ini saya dah memelihara seekor anak kucing parsi baru 2 bulan lebih..mula2 kucing saya ni memang takut ngan orang..sampai tak nak kuar sangkar..asyik takut je..sejak saya ada dirumah..dan selalu lepaskan dia didlm rumah..dia dah mcm selesa..tapi bila dikurung balik dia nya bising sampai dekat sejam lebih..dia dah manja ..tak nak kurung dalam sangkar.. masalah saya bekerja..takut lepaskan dalam rumah..takut dia terjun tingkap atau apa2 benda yang lain. adakah menyeksa dia sampai dia terpaksa mengiau tiap2 kali sy kurung dia waktu tido dan keje..saya sgt bersalah kat dia.

      • jika kurung lbh baik utk keselamatan kucing tak apa. cuba buatkan kurungan yang lbh besar utk dia. biar dia tak rasa terbatas sangat pergerakannya. ataupun sediakan satu bilik khas utk dia

    29. Maaf nk cite sikit psal kucing kt umh sy ni… lagi lama lg banyak dia datang sendri beranak pinak kucing tu x takut org ganas semua nk di mkn di sepahkan nye isi dlm rumah..sy bg makan selalu dkt luar rumah kucing2 tu mcm xpuas2 makan je ape sy nk buat?? Rasa mcm mengganggu plk dah.. bukan x suka kucing terlalu bnyak pun pening jgk

    30. salam.. saya nak tanya.. kucing saya mati kerana sakit. Dan setelah kucing saya mati saya telah meguburkannya dengan baju tshirt saya warna merah. saya amat sedih dan tidak terfikir soal warna baju tersebut. dan terus kebumikan kucing saya. soalannya..adakah warna baju merah tersebut akan memberi kesan di akhirat kelak kepada kucing saya dan saya?

      • wassalam noor.. warna baju tiada kena mengena dengan kematian kucing mau pun noor. Kucing adalah binatang, makhluk Allah yang tidak berakal. tiada dosa dan pahala di atas perbuatannya. Manakala Noor adalah manusia/insan, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Manusia diberikan akal untuk memilih yang mana buruk dan yang mana baik. setiap perlakuan Noor yang bertentangan dengan syarak, noor akan ditulis dengan dosa. sebaliknya jika baik perbuatan noor, noor akan ditulis dengan pahala kebaikan. noor akan dihakimi diakhirat kelak berdasarkan dosa dan pahala noor buat di dunia ini. jadi sedikit pun tiada kaitan dengan warna merah baju tersebut

    Leave a Reply to mohd Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge