Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di UMP Dibatalkan Di Saat Akhir

batal kuliah ustaz azhar idrus

Pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus telah menimbulkan kemarahan warga UMP

Kecoh!!! Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya dijadualkan hari ini 10 Oktober 2012, pada pukul 8 malam di Dewan Canselori University Malaysia Pahang telah dibatalkan di saat-saat akhir.

Ramai yang tidak berpuas hati terutama dari kalangan warga University Malaysia Pahang (UMP). Mengikut feedback yang diterima ada juga orang luar daripada negeri Pahang yang dah merancang untuk menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus terpaksa membatalkan perjalanan mereka ke sana.

Pembatalan Kuliah Ustaz Azhar Idrus di saat-saat akhir itu menurut pihak penganjur merugikan pihak mereka daripada semua aspek, kewangan, reputasi dan sebagainya.

Pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus ini menurut warga UMP adalah angkara pihak pentadbiran UMP yang dikbayangi parti politik UMNO. Wallahua’lam.

Saya tidak tahu menahu apa sebab sebenar kuliah Ustaz Azhar Idrus tersebut dibatalkan secara tergesa. Dan saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana parti politik. Ini adalah kerana blog saya ini bukanlah blog politik.

Akan tetapi saya sendiri agak terkilan apabila Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini dibatalkan. Ini adalah kerana majlis tersebut adalah majlis ilmu. Dan kebiasaannya Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini akan menerima sambutan yang amat menggalakkan terutama di kalangan anak-anak muda. Fenomena ini sebenarnya adalah amat sesuai untuk menyerapkan nilai-nilai agama di kalangan anak-anak muda sekarang.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang bersahaja dan diselangi oleh lawak jenaka amat sesuai dengan jiwa anak-anak muda. Jadi apabila perkara yang baik sebegini dibatalkan dengan tiada sebab amat merugikan terutama dalam sudut pengisian yang akan diterima oleh anak-anak muda.

Jadi kita tunggu penjelasan pihak pentadbiran UMP tentang perkara ini.

Wallahua’lam

 

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: