Poster Persembahan di Istana Budaya

Lawak Ke Der 3 Di Istana Budaya Sangat Menghiburkan

Poster Persembahan di Istana Budaya

Lawak Ke Der 3 memang “best gila b***” (ungkapan lawak yang amat kelakar pada malam semalam)

Lawak Ke Der 3. Kali pertama aku tengok Lawak Ke Der secara live. Sebelum ni tengok melalui Youtube je. Pengalaman pertama yang sungguh hebat!

Pertama kali juga aku masuk dewan teater Istana Budaya. Sebelum ni selalu je lepak kat Istana Budaya tapi lepak kat café je. Paling jauh masuk dalam Istana Budaya pun sebab pergi solat kat surau dia.

Pengalaman malam semalam memang awesome la. Nasib baik blogger kacak lagi hensem BroFramestone ingat kat aku (Bro, aku bodek ni. Nanti faham-faham je la ek). Dapat jugak aku tengok stand up comedy yang hebat! Tak sangka Malaysia pun ada stand up comedian yang hebat.

Penghibur di Lawak Ke Der 3 malam semalam adalah Nabil, Jambu, Douglas Lim dan Harith Iskander. Nabil selalu aku tengok kat TV. Tapi lawaknya di Lawak Ke Der 3 lebih hebat Punch Line nya. Harith Iskander pun selalu beraksi di TV. Sebelum ini pun aku pernah menonton persembahan secara langsungnya di National Sales Convention Company Unit Trust aku. NSC ini diadakan pada setiap tahun untuk meraikan Unit Trust Consultant yang cermerlang dan melepasi sasaran jualan yang diberikan kepada mereka. Pelawak Jambu pun selalu berlakon di dalam TV.

dewan teater istana budaya

Iqbal bergambar sebelum masuk ke dewan teater Istana Budaya

Yang aku kagum sangat ialah pelawak Douglas Lim. Ini kali pertama aku dengar nama tu. Aku ingat cina mana la. Dan impresi pertama yang datang ke benak kepala aku ialah, pelawak cina memang tak best. Dan aku terus skeptical kepada beliau sehinggalah tiba giliran beliau menghiburkan penonton.

Dari saat beliau membuka mulut sehingga habis beliau membuat persembahan, serius aku cakap memang lawak sangat. Terfikir jugak aku kenapa aku tak kenal pelawak yang hebat ini sebelum ini. Ke aku yang tak ikuti industry lawak tanahair?

Tidak keterlaluan kalau aku cakap di antara 4 penghibur tersebut Douglas Lim yang paling lawak. Kalau ada undian penonton pada malam itu nescaya aku bagi markah penuh kepada beliau. Bila aku Google kata kunci Douglas Lim kat internet, nah tu dia! Banyak award yang dia dapat sebenarnya. Sampai ke peringkat Asia dia menang. Aku je yang tak tau rupanya.

Aku tidak menafikan kehebatan Nabil, Jambu dan Otai lawak Harith Iskander. Mereka jugak hebat. Tapi disebabkan pertama kali aku kenal Douglas Lim, lawaknya sungguh memukau. Walaupun dia berbangsa cina yang jarang-jarang boleh buatkan orang melayu ketawa. Syabas Douglas Lim. Syabas Hans Isaac yang berjaya membawa Douglas Lim ke pentas Lawak Ke Der 3.

Oh ya kepada sesiapa yang suka dan ingin menonton secara langsung persembahan lawak yang hebat, anda bolehlah ke Istana Budaya Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan ini. Memang berbaloi. Harga tiket Lawak Ker Der 3 adalah dari RM46 sehing RM196. Tapi percayalah memang berbaloi persembahan lawak ini dengan harga yang dikenakan. Memang puas hati.

Jika anda berniat untuk menonton persembahan ini, jangan berlengah lagi. Persembahan ini tidak lama. Malam semalam adalah pembukaan dan akan berakhir pada 8 Disember 2013. Sila rujuk laman web Ticket2U untuk rujukan harga tiket, masa persembahan dan cadangan tempat duduk di dalam panggung teater.

Terimakasih kepada ESCNOW yang menaja kami para bloggers. Terima kasih kepada BroFramestone yang sudi memilih aku. Aku siap bawak anak aku lagi.

9 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: