Lawak Pecah Perut Lawak Ke Der 3 Bersama ESCAPE

Lawak ke der escape Lawak Pecah Perut Lawak Ke Der 3 Bersama ESCAPE

Nantikan Lawak Ke Der 3 di skrin smartphne anda dibawakan khas oleh ESCAPE

Lagi tentang Lawak Ke Der 3. Rasanya tak puas hati bercerita dengan satu entri dengan lawak yang pecah perut sebegitu.

Memang sangat rugi lah siapa yang tak tengok persembahan ini. Memang berbaloi dengan bayaran tiket. Kehadiran Muka baru iaitu jambu dan Douglas Lim memang sangat mantap. Lawak habis!

lawak ke der 3 istana budaya Lawak Pecah Perut Lawak Ke Der 3 Bersama ESCAPE

Iqbal (anak aku) tengah tak sabar nak masuk ke panggung Sari untuk Lawak Ke Der 3

Bila aku cerita kepada rakan-rakan tentang persembahan ini ada yang kata Lawak Ke Der 2 lebih kelakar. Aku tak nak komen apa-apa. Sebabnya aku tak sempat tengok Lawak Ke Der 2 dahulu. Tapi aku rasa kalau nak tau Lawak Ke Der 3 ni kelakar ke tidak, aku syorkan tengok lah sendiri. Apa yang aku rasa dah aku kongsikan dalam entri aku “Lawak KE Der 3 Di Istana Budaya Sangat Menghiburkan” sebelum ini.

lawak ke der 3 di atas pentas Lawak Pecah Perut Lawak Ke Der 3 Bersama ESCAPE

Pentas Panggung Sari yang menyajikan persembahan Lawak Ke Der 3

Apapun, aku sangat berterima kasih kepada ESCAPE di atas peluang yang diberikan kepada aku untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3 ni. Jika tidak aku rasa aku belum menjejakkan kaki ke Panggung Sari Istana Budaya ni kot. Baru aku tau sekarang, harga tiket yang dikenakan memang berbaloi dengan persembahan yang aku dapat.

Lawak Ke Der 3 ini memang dah terbukti lawak dan mendapat sambutan. Ini boleh dilihat apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang kecewa kerana tak dapat atau tak sempat hendak menonton sendiri secara live persembahan lawak ini.

Namun ada berita baik bagi mereka yang terlepas peluang ini terutama untuk palanggan ESCAPE. Kini anda boleh menonton Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31 Disember w013 selama 6 bulan. Ya! Memang lama.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 ini lagi. Jangan fikir untuk berlengah lagi oleh kerana masa yang lama. Nanti anda terlepas lagi. Pastikan bahawa anda tidak terlepas peluang lagi untuk menonton Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

Oh ya, bercakap tentang peluang ini, ada satu lagi peluang yang mesti anda, para pelanggan Celcom untuk rebut. Ia adalah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE. Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 setiap hari!

Bagaimana untuk menyertai peraduan ini:

Mudah sahaja. Mulai 7 hingga 27 Disember 2013, para pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g pada setiap hari. Kemudian jawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Nak tahu tahu lebih lanjut? Sila layari laman web ESCAPE (sila klik pada perkataan ESCAPE)

Lwak Ke Der 3 di ESCAPE Lawak Pecah Perut Lawak Ke Der 3 Bersama ESCAPE

Tiada lagi istilah terlepas peluang untuk menonton dengan ESCAPE

 

Sedikit berkenaan ESCAPE:

Seperti yang pernah aku kongsikan sebelum ini, ESCAPE ialah dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Anda boleh menikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi di ESCAPE. Pendek kata semuanya setempat.

 

Pilih sahaja yang mana anda mahu.

Pilihan di tangan anda. Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre seperti aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta.

Ia termasuk juga konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

 

Kelebihan ESCAPE Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.

  • Pelbagai peranti
    Anda boleh menonton ESCAPE dengan pelbagai peranti pilihan anda. Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). 
  • Bila-bila masa di mana jua
    Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. Anda boleh memilih untuk menonoton bila-bila masa dan di mana jua.
     
  • Henti & sambung tayangan
    Apa yang istimewa dengan ESCAPE ini, anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. 
    Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ESCAPE ini, sila layari www.ESCnow.com sekarang.

1,250 total views, 2 views today

Comments

  1. takde jozan kuranglah meriahnya
    zool recently posted..Proton Perdana baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaanMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam