gambar pelajar tahfiz

Lawatan ke Madrasah An-Nuur Kesang Laut, Muar Johor

Pada hari Ahad (semalam) kami daripada #TeamWork Akademi Denaihati telah merancang satu lawatan ke Madrasah An-Nuur yang terletak di Kesang Laut , Muar Johor.

Madrasah ini adalah madrasah yang kami warwarkan di dalam blog kami ini sedang mencari dana untuk pembinaan bangunan madrasah yang baru. Langkah ini perlu mereka ambil kerana bangunan madrasah yang sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pelajar tahfiz yang sentiasa meningkat jumlahnya saban tahun.

gambar pelajar tahfiz

pelajar tahfiz madrasah An-Nuur

gambar muara sungai

Sempat singgah di muara sungai yang terdapat di Kampung Kesang Laut

Selain daripada ingin melihat sendiri perkembangan pembinaan bangunan baru madrasah ini yang telah pun dimulakan pembinaannya kami berhajat untuk berjumpa dengan mudirnya, Ustaz Nur Effendi yang juga seorang rakan Akademi Denaihati. Tujuannya ialah untuk membuat kaedah rawatan sunnah iaitu berbekam dan SCAN.

gambar ustaz noehas.com

Ustaz Effendi (gambar: denaihati.com)

Ustaz Effendi juga merupakan seorang pengamal perubatan islam. Ustaz Effendiyang fasih berbahasa sekurang-kurangnya dalam 4 bahasa ini adalah pakar bekam dan mempunyai kebolehan dalam

scan iaitu memeriksa badan seseorang samada orang tersebut ada gangguan daripada makhluk halus atau sebaliknya.

Oleh kerana trip yang kami anjurkan sendiri ini sekali dengan trip jalan-jalan cari makan kami, maka kami mengambil keputusan untuk bertolak awal pagi. Ini untuk membolehkan kami sampai di bandar Muar di waktu pagi untuk menikmati sarapan di Muar. Pastinya menu sarapan pagi asli penduduk Muar yang kami cari.

Sesampainya kami di bandar Muar pada pukul 8.30 pagi tadi, kami telah dibawa oleh Ustaz Effendi untuk bersarapan di restoren R&H satey. Memang restoren ini adalah restoren yang kami cari kerana menunya memang istinewa dan asli. Terima kasih kepada Bro Eyriq kerana telah sponsor makan pagi.

Nasi Ambang antara menu asli masyarakat Muar yang disajikan di restoren R&H Satey

Nasi Ambang antara menu asli masyarakat Muar yang disajikan di restoren R&H Satey

Air BumbleBee

Air BumbleBee

Seterusnya kami mengikut Ustaz Effendi ke Madrasah An-Nuur di mana kami semuanya membuat rawatan Berbekam. Rawatan yang mengambil masa hampir 1 jam untuk seorang ini telah habis tepat pada masa panggilan azan zohor.berkumandang daripada Surau Madrasah An-Nuur. Memang bestlah berbekam ni. Badan terasa “ringan” je.

gambar orang sedang berbekam

Berbekam

Seusai solat zohor kami menziarahi projek bangunan baru Madrasah ini yang sedang dibina. Alhamdulillah, rangka kasar bangunan telah pun siap. Sumbangan daripada orang ramai telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM200K. Baki RM400K daripada kos keseluruhan sebanyak RM600K masih lagi sedang diusahakan. Untuk ini, orang ramai yang ingin membantu mengembangkan agama Islam dengan terbinanya madrasah ini, boleh lah membeli saham akhirat wakaf Madrasah An-Nuur sebanyak RM100 satu lot.

pandangan luara bangunan baru yang sedang dibina

pandangan luara bangunan baru yang sedang dibina

under contsruction

under contsructi

under construction 3

Selepas itu kami mencari restoren untuk diterjah sempena waktu makan tengahari. Restoren Asam Pedas Tanjung Agas menjadi pilihan kami. Sudah semestinya lauk Asam Pedas yang menjadi trademark bandar Muar menjadi pilihan aku dan Sifu Eizil. Melastk Bintang dan Anarm memilih lauk lain yang turut menjadi sajiandi situ

Lauk Asam Pedas Restoren Asam Pedas Tanjung Agas

Lauk Asam Pedas Restoren Asam Pedas Tanjung Agas

Bagi Bro Eizil, tidak pekena cendol selepas makan tengahari menjadi sesuatu yang agak pelik bagi dirinya. Jadi terpaksalah kami mencari cendol pula untuk memuaskan hati beliau. Sebenarnya gerai cendol yang kami tuju ini sudah pun berada di dalam fikiran Eizil. Sebelum ini pun beliau pernah ke sini. Semangkuk cendol campur berjaya kami habiskan sebelum balik semula ke Madrasah Tahfiz An-Nuur.

Cendol Campur Muar

Cendol Campur Muar

Pada petang itu setelah berehat seketika kami menjalani sesi Scan bersama Ustaz Effendi. Ini untuk mengesan samada kami ada gangguan oleh jin dan sebagainya di dalam badan. Alhamdulillah aku bebas dari gangguan. Ada beberapa orang rakan blogger yang dikesan sedang mengalami gangguan dan Ustaz Effendi telah memberikan amalan Zikir Perisai Diri dan ayat untuk diamalkan pada setiap pagi dan petang.

proses sedang dijalankan

proses SCAN sedang dijalankan

Antaranya ialah amalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 21 kali pada setiap pagi selepas solat Subuh dan petang selepas solat Asar untuk menyejukkan keadaan untuk yang terkena gangguan. Rawatan susulan mungkin akan diadakan selepas sebulan.

Kami pulang ke KL dengan kepuasan dengan pengalaman baru berbekam dan scan secara Islam.  Sebelum sampai ke KL, sempat lagi kami singgah di Bandaraya Melaka Bandar Bersejarah untuk menikmati makan malam. Sekali lagi menu Asam Pedas menjadi pilihan aku dan Eizil. Kali ini Ikan Parang Asam Pedas menjadi habuan kami.

Asam Pedas Ikan Parang

Asam Pedas Ikan Parang

Semoga amalan berbekam yang juga merupakan amalan sunnah mendapat pahala yang setimpal dan diredhai Allah jua.

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: