featured image

LIKE Page Facebook Palsu, Wajarkah Memilih Jalan Tersebut

Di zaman IT ini segalanya cepat. Begitu juga dalam perniagaan. Kalau dulu sesuatu perniagaan memakan masa yang agak lama untuk membina jenama, sekarang tidak lagi. Ianya dapat disingkatkan dengan penggunaan IT dan internet.

Begitu juga cara pemasaran. Dulu pemasaran dibuat secara konvensional iaitu menggunakan pekerja dan pengiklanan di media massa dan eletronik. Kini dengan menggunakan pemasaran internet kos dapat dikurangkan dengan adanya media sosial, blog, twitter, facebook dan sebagainya.

Ramai pemasar internet (internet marketer) membuat pengiklanan dan produk awareness mereka dengan menggunakan Facebook page.

Facebook page ialah page yang dibuat dibawah akaun facebook individu untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan dan sebagainya. Dengan page ini pengikut page (followers) hanya perlu LIKE page facebook sahaja tanpa perlu menjadi kawan si pemunya akaun. Jadi ianya tidak memerlukan approval daripada si pemunya akaun. Jumlah followers pula tidak terbatas kepada had bilangan tertentu.

Kelebihannya yang amat ketara ialah internet marketer mampu menyampaikan iklan produk dan perkhidmatannya kepada semua followers yang LIKE page facebook nya. Bilamana sesuatu info dipostkan di timeline page, maka ia akan kelihatan di timeline followers tadi.

Namun untuk mengumpul LIKE bukanlah sesuatu yang mudah. Kita terpaksa juga mempromosikan page kita samada secara online ataupun offline. LIKE akan menjadi berganda apabila page kita semakin hari semakin mendapat ramai followers.

Page peribadi saya sendiri iaitu sohoque dot com dan page bisnes saya iaitu Synergy Khalifs Advisor sendiri pun memakan masa yang agak lama untuk di “LIKE” oleh orang ramai. Semasa entri ini ditulis sohoque dot com yang dibuka akhir tahun lepas baru ada 1,115 penge”like”.

Sekarang sudah ada pihak yang boleh memanipulasikan LIKE page facebook tersebut. pihak ini boleh menarik LIKE kepada page kita itu tanpa perlu bersusah payah untuk kita mempromosikannya. Dan yang menariknya LIKE tersebut adalah original iaitu daripada followers yang betul.

Pihak ini mengenakan caj tertentu untuk perkhidmatan menarik LIKE ini. Saya pernah menerima mesej tentang servis yang ditawarkan ini. Namun setakat ini saya masih belum terbuka hati untuk menerima tawaran tersebut. Ini adalah kerana saya inginkan pengunjung setia ke blog saya yang dihubung terus kepada page tersebut. Biarlah mereka memilih untuk LIKE page dan blog saya  dengan ikhlas.

Tawaran LIKE Facebook Page

Tawaran LIKE Facebook Page

Seorang kawan saya yang baru hanya beberapa bulan membuka page perniagaan beliau telah berjaya mengumpul 3,000 lebih LIKE setelah membayar Rm100 untuk 1,000 LIKE.

Sekarang ni juga ada ebook tentang bagaimana nak masukkan script supaya kita boleh dapat banyak LIKE secara automatik. Untuk yang nakkan ebook ini, sila klik link di bawah:
LIKE WARRIOR untuk Blogger – Teknik Berkesan dapatkan Likes cara WARRIOR

Ada yang memperlekehkan cara-cara di atas dengan mengatakan yang cara tersebut sebagai menipu dan tidak asli.

Pada pandangan saya ia bergantung kepada individu dan tujuan page dibuka. Jika tujuannya untuk menjual produk maka ia adalah langkah yang lebih cepat untuk menghasilkan jualan. Ini adalah kerana followers mempunyai hak untuk “UNLIKE” semula jika mereka merasa tidak selesa dengan apa yang dipostkan di timeline page tersebut.

Namun untuk page seperti page ini dan ini, saya rasa followers yang benar-benar inginkan maklumat sahaja yang saya inginkan. Ini adalah kerana ilmu yang disampaikan ini akan lebih bermanfaat jika orang yang membacanya benar-benar inginkan maklumat.

16 comments

  1. beckhrooy 23 April, 2013 at 23:24 Reply

    tak berbaloi nak bayar RM100 untuk 1000 like, kalau 10K mungkin boleh juga hehe.
    aku guna popup je, kalau org tak nak like klik je mana2 bahagian luar popup utk hilangkan

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: