titanium

Lindungi Data Peribadi Anda Dengan Trend Micro Titanium Maximum Security 2014

sasaran penjenayah siber

Media sosial tidak dapat dinafikan lagi menjadi suatu gaya hidup masakini. Ia menjadi pilihan di kalangan muda mudi masa kini. Malah ia sudah menjadi satu ketagihan di kalangan yang terlalu minat dengan media sosial ini. Media sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, Instagram, Pinterest, Tumblr dan lain-lain termasuk blog telah menjadi satu kegilaan.

Setiap sesuatu akan ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Begitu juga dengan media sosial. Dengan adanya media sosial perhubungan antara rakan dapat diereratkan. Ia juga dapat mengembangkan lagi perniagaan terutama perniagaan online. Ramai yang sudah mendapat tempiasnya sehinggakan dapat mengumpul pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Semuanya kerana media sosial.

Namun disebaliknya juga media sosial ini boleh menyebabkan maklumat peribadi kita terbocor kepada pihak-pihak yang tak bertanggung jawab. Maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat, emel, nombor kad pengenalan, akaun bank dan lain-lain seringkali menjadi sasaran penjenayah siber. Natijahnya akan berlaku kerugian di pihak mangsa dari segi kewangan, penipuan dan sebagainya malah ia boleh menjadi lebih serius seperti rogol dan bunuh.

Baru sahaja beberapa minggu yang lepas kita mendengar satu pembunuhan yang berlaku di Klang yang melibatkan seorang remaja perempuan yang dibunuh oleh teman lelaki yang baru dikenali di media sosial.

Kadangkala kita berkongsi maklumat peribadi ini tanpa kita sedari. Era media sosial ini ialah era “post dahulu, baru fikir”. Terlalu cepat kita berkongsi maklumat tanpa menyedari bahawa kita telah mendedahkan maklumat pribadi kita. Jika kita tidak mendedahkannya, ada orang lain yang mendedahkannya tanpa mereka sedar seperti anak-anak dan rakan-rakan kita.

Keburukan yang timbul daripada media sosial ini amat menakutkan kita. Penjenayah siber di luar sana pula semakin canggih teknology yang digunakannya. Tidak terbayang di fikiran kita apa yang mereka akan mampu lakukan di masa akan datang. Tetapi yang pasti kita sebagai pengguna media sosial ini akan terkesan dengan segala apa kemungkinan yang mereka boleh lakukan.

Aktiviti dalam talian yang lain seperti membeli secara online juga boleh mendedahkan maklumat peribadi kita kepada pihak yang tidak bertanggung jawab.

“Privasi adalah satu kebimbangan yang besar dan kami menggesa pengguna internet di malaysia tidak leka ketika melakukan aktiviti berinternet. Maklumat peribadi adalah amat berharga kepada penjenayah siber, yang boleh menggunakan maklumat tersebut untuk kepentingan mereka sendiri, mencipta identiti palsu untuk kegunaan jenayah atau memanfaatkan rangkaian anda untuk mensasarkan rakan-rakan dan keluarga anda” ujar Terrance Tang, senior Director of Consumer Business, APAC Center Sales and Marketing, Trend Micro di majlis pelancaran Trend Micro Titanium Maximum Security 2014.

Dari kanan-kiri: Terrence Tang, Senior Director of Consumer Business, APAC Center Sales and Marketing, Trend Micro; Cedric Lim, Consumer Sales Manager, Trend Micro; Andrew Tan, Product Marketing Manager (Consumer), Southeast Asia, Trend Micro; and Lisa Chong, Marketing Manager of Consumer Business, Trend Micro.

Dari kanan-kiri: Terrence Tang, Senior Director of Consumer Business, APAC Center Sales and Marketing, Trend Micro; Cedric Lim, Consumer Sales Manager, Trend Micro; Andrew Tan, Product Marketing Manager (Consumer), Southeast Asia, Trend Micro; and Lisa Chong, Marketing Manager of Consumer Business, Trend Micro.

Namun kini kebimbangan kita sedikit sebanyak telah diredakan dengan kelahiran satu sistem keselamatan khas untuk pengguna internet dan media sosial. Ia adalah perisian Trend Micro Maximum Security 2014. Dengan harga serendah RM109 untuk kegunaan 1 peranti dan RM159 untuk kegunaan 3 peranti, ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.

Kelebihan Trend Micro Titanium Maximum Security 2014

Apa yang boleh dilakukan oleh perisian ini amat penting untuk menjamin keselamatan data peribadi daripada dikongsikan di laman media sosial dan internet.

Ia adalah perisian semua-dalam-satu. Ia dilengkapkan dengan perlindungan ancaman laman sesawang yang mana ia boleh mengenal pasti dan menghalang pautan berbahaya di dalam laman sesawang, rangkaian media sosial, emel dan khidmat pesanan ringkas. Ia juga  mampu mengesan e-mel spam yang mengandungi penipuan yang boleh menyebabkan pengguna untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka.

titanium

Untuk kelebihan lain dan maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang TRENDMICRO dan Facebook TrendMicroMY

Kepada pengguna internet dan media sosial baik sebagai peniaga, sebagai pembeli barangan online, maupun sebagai pengguna biasa, mempertimbangkan pembelian perisian ini adalah satu langkah yang amat bijak. Di samping ia mencegah kebocoran maklumat peribadi, harganya yaang mampu milik amat menarik hati. Tambahan pula ia bukan sahaja boleh digunakan untuk komputer peribadi malah ia juga sesuai untuk smartphone samada yang menggunakan siste operasi Android maupun iOS.

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: