Lirik Lagu Harapan Bangsa Jaclyn Victor Berunsur Kristianity

jaclyn victor penyanyi lagu harapan bangsa

Jaclyn Victor: Penyanyi lagu kontroversi “Harapan Bangsa”

Cuba anda hayati lirik lagu Harapan Bangsa Jaclyn Victor di bawah ni:

Lirik Lagu Harapan Bangsa – Jaclyn Victor

Bapa engkaulah harapan negara ini
Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia
Yesus engkaulah harapan segala bangsa
Nyatakan lah kebenaran mu

Korus:
Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahta mu
Dan nyatakan bahwa yesus lah tuhanku
Ku dengar suara aliran sungaimu
Membanjiri hati umat mu di Malaysia
Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia

Harapanku

Tuhan pulihkan negaraku Malaysia
Kaulah satu-satunya harapan segala bangsa
Beri pengharapan kepada yang terhilang
Bebaskan semua pemulihan mu

[Ulang Korus]

Malaysia arah tujuanmu kan berubah
Engkau tidak akan sama lagi
Engkau akan melihat perubahan nyata
Setiap bangsa kan mengalami pemulihan pemulihan

[Ulang korus] x2

Lirik lagu Harapan Bangsa Jaclyn Victor ini telah mendatangkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia. Lagu ini Jika dinyanyikan di negara yang majoritinya penganut kristian mungkin tidak menjadi masalah. Oleh kerana negara kita Malaysia ini menjadikan agama rasminya agam Islam dan majoriti rakyatnya adalah penganut agama Islam, maka ianya menimbulkan sedikit kekecohan. Terutama pada rangkap ini:

Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahta mu
Dan nyatakan bahwa yesus lah tuhanku
Ku dengar suara aliran sungaimu
Membanjiri hati umat mu di Malaysia
Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia

Ianya jika hanya menyebut penganut agama Kristian sahaja saya rasa tidak akan menjadi apa-apa masalah. Tetapi apabila disebut setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa maka ada yang akan memberi reaksi seperti yang berlaku sekarang ini

Perkara iniΒ  terus menjadi perhatian apabila Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi yang menggesa Jakim supaya menyiasat lirik lagu Harapan Bangsa Jaclyn Victor ini.

Difahamkan lagu ini sudah lama dinyanyikan dalam versi melayu. Cuma ianya menjadi kontroversi selepas ianya dimuatkan ke dalam Youtube. Penyanyinya pula Jaclyn Victor adalah beragama Kristian. Jadi sebenarnya ianya tidaklah menjadi masalah jika ia dinyanyikan di kalangan penganut Kristian.

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Ilmu yang saya ada hanyalah sekelumit kurniaan dariNya. Jadi saya tinggalkan kepada pihak berwajib seperti JAKIM untuk memutuskan perkara ini.

Sebelum ini lagu “Bawa ku pergi” nyanyian Kaka dan Zizan menjadi kontroversi kerana mengajar nilai negatif iaitu mengajar anak muda melarikan diri dari rumah.

Diharap JAKIM dapat segera merumuskan hasil siasatannya supaya perkara ini dapat diperjelaskan segera kepada orang ramai.

Kepada sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ini boleh saksikannya di dalam klip video di bawah:

Permohonan maaf

Saya dengan ini memohon maaf dengan artikel saya sebelum ini. Saya mengaku menulisnya dengan melulu dan tidak mengambil pandangan dari setiap sudut dan pelbagai pihak. Artikel itu agak keras. Saya selaku manusia yang sering melakukan kesilapan sekali lagi memohon maaf kepada semua yang terguris.

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi komen baik dari kalangan kaum melayu dan bukan melayu. Islam dan bukan Islam. Terutama kepada Me, Rays John dan No Name. Saya menerima nasihat kamu semua dengan hati yang terbuka. Oleh sebab itulah artikel ini telah saya editkan. Dan inilah pandangan dan pendirian saya yang baru.

9 comments

  1. Lola 1 November, 2012 at 03:52 Reply

    It’s only controversial if people make it seem that way. In my opinion, it’s not even a big deal. Yes it’s written for Borneons but are there no Christians in the peninsular? Is that a reason for not including all Christians in Malaysia?

    • sohoque 1 November, 2012 at 10:07 Reply

      tq lola for your visit and comment in my blog. yes it is not so controversial because it is meant for christian. BUT if the lyric is edited a little bit especially the phrase “setiap suku, bangsa and kaum”, maybe it will be better.

      another factor is, it became controversy when minister make a statement about this and it was published in newspaper.

  2. robotmalaya 25 November, 2012 at 12:56 Reply

    tak perlu persoalkan isu ini. kita hidup dalam negara majmuk. terpulang kepada individu untuk buat lagu tersendiri. hanya kerana menggunakan bahasa melayu untuk lagu ini bukan masalah. adakah bahasa melayu hanya boleh dinyanyikan untuk lagu-lagu cinta je? jac dah beri keterangan dalam melodi yang lagu ini tidak pernah dimasukkan dalam album dia dan tak pernah dinyanyikan secara live untuk menjaga sensitivi kaum dan agama. lagu ini hanya dicipta untuk orang-orang yang beragama kristian sahaja. kita ada lagu nasyid kita tapi mereka tak pernah pertikaikan. muzik ini universal. kita ini sebagai umat islam tak perlu pertikaikan apa orang lain buat, kita ini perlu sedar untuk kuatkan pendirian agama sendiri agar tidak terpengaruh. mana pergi kesopanan umat islam kalau hanya teri menghina dan mencaci agama lain? sedarlah. anda sendiri sedang menjatuhkan maruah agama islam.

    • sohoque 25 November, 2012 at 13:15 Reply

      betul tu tuan robot. Ini isu yg lepas. saya bukan mempersoalkannya secara mutlak. saya kata ianya lebih bagus jika liriknya diubah sedikit terutama di rangkap yang telah saya highlite kan itu. saya tidak mencaci. malah saya rasa tidak ada pun perkataan saya yang mencaci agama lain. Isu ni juga menjadi hangat apabila ada menteri yang menegur secara terbuka.

      Apa-apa pun terima kasih kepada tuan robot sbb sudi singgah dah beri komen. Walla’hualam

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: