More

    Live Blogging: Balik Mengundi Naik Bas Express Transnasional

    image

    Besok ialah hari mengundi. Aku sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia.

    Kepulangan yang turut disertai oleh semua ahli keluarga kali ini dengan menggunakan khidmat bas express Transnasional. Ini adalah kali kedua aku pulang ke Kuala Terengganu selepas era pembelajaran di universiti zaman muda-muda dulu. Kali pertama aku dah ceritakan di sini.

    Antara sebab kenapa aku balik naik bas dan bukan memandu sendiri keretaku adalah kerana:

    1. Kereta aku masih ada masalah yang belum aku selesaikan. Aku belum berkesempatan untuk menghantar ke bengkel. Jadi dengan masalah itu aku bimbang jika dibawa juga balik ke kampung, dikhuatiri masalah menjadi makin teruk. Siapa yang susah? Aku dan meluarga aku juga nanti.

    2. Aku ni sedikit fobia dengan keadaan trafik jem yang teruk ni. sejak semalam aku baca status rakan-rakan yang sudah dan dalam perjalanan ke pantai timur mengeluh tentang kesesakan trafik yang agak teruk. dan aku sudah menjangkakan tentang hal ini menyebabkan aku mengambil keputusan untuk membeli tiket bas express ini seminggu yang lalu.

    3. Aku alah pada perjalanan yang lama. penyakit mengantuk aku pasti akan datang jika terlalu lama dalam perjalanan. Pasti isteriku akan membebel di sepanjang perjalanan jika penyakit aku yang satu ini datang. Niat aku untuk mencuba produk semburan air mawar yang dipromosikan oleh blogger ini belum kesampaian.

    4. Anak-anak aku ni selalu tanya: “Papa,, bila papa nak bawak kitorang naik bas balik kampung? Untuk pengetahuan, anak-anak aku ni belum pernah travel dengan menaiki bas. Jadi, “ini kali lah” masa yang paling sesuai menunaikan permintaan mereka.

    Mutu perhidmatan bas express sekarang sudah jauh berbeza daripada zaman universiti aku dahulu. Sekarang jauh lebih baik. Bermula dengan kaunter membeli tiket sehinggalah kondisi bas sendiri serta ketepatan masa bas sampai dan memulakan perjalanan , aku amat berpuasshati.

    Keadaan dalam bas juga agak selesa sehinggakan aku tiada sebarang masalah untuk menghasilkan entri ini.

    Cuma masalah yang dihadapi dengan menaiki bas ini ialah barang-barang dan beg-beg pakain yang terpaksa dibawa bersama. Jika pulang dengan membawa “rakyat” macam aku sekarang ni agak susah la. Tapi aku tidak menghadapi masalah itu dalam trip ini kerana beg-beg pakaian telah aku kirimkan kepada adik iparku yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah aku di Shah Alam untuk dimuatkan ke dalam keretanya untuk dibawa pulang. Dia telah pun sampai di rumah di kampung pada petang tadi.. Jadi terlepas satu beban aku. Hehehe..

    Jadi lain kali jika malas memandu, bolehlah aku naik lagi bas express untuk ke kampung. Cuma kat kampung nanti la susah sedikit untuk kemana-mana. Terpaksalah pinjam kereta adik beradik.

    Selamat mengundi pada semua. Jadilah rakyat yang bijak dengan memilih calon yang terbaik untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik, dunia dan akhirat.

    Posted from WordPress for Android

    Latest articles

    Related articles

    17 Comments

    1. Saya pun dah lama tak naik bas…berpuluh tahu dah rasanya..KL-Terangganu lebih 8 jam rasanya kan..patah pinggang naik bas..semangat mengundi punya pasal 🙂

      samalah sayapun asal jalan jauahnya mesti mengantuk, tu kalau kemana-mana mesti bawa co-pilot huhu

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge