Live Blogging: Sesi Ngeteh Blogger Sementara Menunggu Iron Man 3

image

Malam ni hampir 40 orang bloggers berkumpul di GSC One Utama sempena tayangan Iron Man 3. Antara bloggers yang aku dah kenal ialah Fazrol Amer, Boni Kacak, Bro, dan Hafiz. Mereka ini aku dah jumpa masa Majlis Sepetang Bersama Blogger itu hari. Alhamdulillah, terima kasih kepada Advertlet dan BroFramestone yang sudi sponsor tiket.

Aku sebenarnya dah tonton movie ni pada 25hb itu hari bersama Mr Jocko. Yang itu disponsor penuh oleh Nuffnang. Tetapi tayangan pada malam ini agak istimewa kerana ianya versi tayangan 3D.  Jadi, aku cukup teruja untuk menonton sekali lagi. Lagipun cerita Iron Man 3 ni best sangat!. Oleh kerana aku mendapat 3 tiket daripada BRO, aku bawa anak-anak aku sekali iaitu Iqbal dan Iffah.

Yang best jugak, sebelum tayangan yang akan bermula pukul 9 mlm nanti, bloggers dapat la duduk bersama-sama sambil mengeteh. Boleh la kenal siapa empunya blog yang di follow selama ini.

image

Adios, movie dah nak mula. Zasss!!!

Posted from WordPress for Android

20 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: