image

5 Sebab Kenapa Aku Pilih Live Viewing Party Dcode Berbanding Masuk Ke Stadium Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

Hari ini seluruh selangor bercuti. Cuti peristiwa sempena Selangor menjulang Piala Malaysia kali yang ke 33.

“Misi 33” Selangor sudah dapat direalisasikan. Akhirnya Selangor berjaya menjadi juara Piala Malaysia musim ini dengan mengalahkan Kedah 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Hazwan Bakri.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor di atas kejayaan tersebut. Aku sokong Kedah pada malam itu. Kenapa? Sebab aku suka sokong pasukan yang underdog sejak dulu lagi. Kedah hanya berada di Liga Perdana sahaja pada musim lepas. Selepas menjuarai Liga Perdana, Kedah terus mengorak langkah seterusnya sehingga layak ke final Piala Malaysia 2015. Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Live Viewing Party DCode

Aku turut berada di Stadium Shah Alam pada malam itu. Tetapi aku tidak masuk ke dalam stadium. Malah aku tak beli pun tiket perlawanan akhir tersebut. Kenapa? Sebab aku dah dapat jemputan awal untuk ke Live Viewing Party iaitu parti tayangan skrin besar yang dijayakan oleh DCode.

Ia diadakan di kawasan Zon D berhampoiran dengan Stadium Melawati. DCode menyediakan tempat berbumbung yang selesa siap dengan pendingin hawa dan berlantaikan karpet. Memang tak risau langsung walaupun hujan turun.

5 sebab kenapa aku pilih Live Viewing Party Dcode berbanding masuk ke stadium untuk perlawanan akhir piala malaysia 2015:

1. Ada Skrin Besar

image

DCode menyediakan satu skrin yang besar. Eh bukan satu malah 3 atau 4 skrin kalau tak silap aku. Satu skrin yang betul-betul besar di kawasan yang dikhaskan untuk acara Live Viewing Party tersebut. 2 atau 3 lagi di kawasan belakang tempat pameran dan permainan yang dikhaskan untuk pengunjung.

Salah satu skrin besar yang terdapat di sini

Salah satu skrin besar yang terdapat di sini

Kerusi juga disediakan untuk penonton mengikuti perlawanan akhir tersebut. Memang sangat selesa.

Penonton di belakang

Penonton di belakang

Semangat perlawanan akhir memang terasa seperti berada di dalam stadium. Apa tidaknya, ramai penyokong setia daripada kedua-dua pasukan berkumpul di situ sambil bersorak menyokong pasukan masing-masing. Manakala sorakan daripada stadium sendiri jelas kedengaran kerana kedudukan parti ini yang amat hampir dengan stadium.

2. Ada persembahan artis

Parti ini bermula daripada pukul 3 petang lagi sebelum perlawanan bermula. Sementara menantikan sepak mula pada malamnya, penonton yang mendaftar dan berkunjung ke parti ini dihidangkan dengan persembahan daripada artis-artis tempatan. Bukan sembarangan artis yang datang. Ada Forteen, Amir Jahari, Tomok, Bunkface, Dayang Nurfaizah dan Faizal TAhir. Semuanya artis-artis hebat tanahair.

Bunkface

Bunkface

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Sangat terhibur dengan persembahan mereka yang masing-masing membawakan beberapa buah lagu popular mereka.

3. Ada pameran dan permainan

sementara menantikan sepak mula, penonton dapat melihat pameran DCode yang diadakan di ruang belakang tempat parti ini diadakan. Ada pertunjukan daripada pelukis grafitti yang mempamerkan kemahiran melukis di dinding dengan menggunakan cat sembur (spray). Sangat berbakat mereka ini. Terpukau sejenak melihat kemahiran mereka yang di serlahkan di muka dinding.

Lukisan grafitti

Lukisan grafitti

Selain daripada itu ada permainan yang berasaskan bolasepak disediakan untuk penonton. Antaranya:

Snook Ball

Live-viewing-party-snook-ball

Bola yang disusun persis susunan bola di meja snooker. Pemain perlu menyepak bola induk untuk ditujukan kepada bola-bola lain yang disusun 3 segi (seoerti susunan bola snooker sewaktu memulakan permainan). Bola-bola yang dilagakan menggunakan bola induk tadi akan berpecah memasuki lubang-lubang di tepi gelanggang.

Ball dribbling (menggelecek bola)

Snook ball

Snook ball

Satu jalan dibuat dengan berliku. Pemain hendaklah menggelecek bola daripada titik permulaan hingga titik akhir melalui jalan berliku tersebut. Permainan ini memang menguji tahap kemahiran menggelecek pemain. Permainan yang nampak senang namun belum tentu senang ketika melakukan tugasannya.

Menyukat Laju Tendangan

Live-viewing-party-dcode-sukat-laju

Satu lagi permainan yang mendapat sambutan ialah melakukan rembatan ke arah pintu gol di mana di dalam pintu gol tersebut diletakkan satu alat yang mampu membaca kelajuan bola yang dirembat. Pemain boleh menguji kekuatan dan keelajuan tendangan mereka di sini.

Permainan video

Di sudut lain, ada disediakan satu TV berserta permainan video perlawanan bolasepak. Pemain boleh memilih pasukan kegemaran mereka dan berlawan menentang pasukan lawan dalam permainan video tersebut.

4. Bebas keluar masuk

Disebabkan parti ini berada diluar stadium, maka tiadalah sistem kesematan ketat oleh pihak keselamatan stadium. Aku bebas keluar masuk dengan syarat menunjukkan gelang yang aku dapat semasa mendaftar sewaktu mula-mula memasuki tempat tersebut.

Chicken chop

Chicken chop

aku beberapa kali keluar untuk makan (kupon makan diberi percuma) dan bersolat. Aku juga sempat melawat gerai-gerai yang banyak dibuka di kawasan luar stadium tersebut. Jadi tak adalah boring sangat duduk di satu tempat saja.

5. Tak bersesak

yang paling bestnya, aku tak perlu bersesak untuk menonton bolasepak. Parti ini siap menyediakan kerusi lagi. Sangat selesa.

Aku juga dapat balik awal sejurus selepas wisel penamat dibunyikan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang bakal melanda selepas itu. Dapatlah sampai awal ke rumah tanpa perlu menempuh jammed.

Jumpa di Parti DCode Selepas ini

Atas sebab-sebab di atas aku tak terkilan pun tak dapat masuk stadium. Mungkin juga sebab aku orang Terengganu. Jadi walaupun aku memberi sokongan kepada pasukan kedah, sokongan tersebut bukanlah sepenuh jiwa seperti jika Terengganu yang melangkah ke perlawanan akhir ini.

Jadi, tahun depan jika anda nak merasainya aura perlawanan akhir tetapi tidak mahu bersesak-sesak untuk masuk ke dalam dalam stadium, anda bolehlah ke parti ini. DCode memang sentiasa membawakan parti sebegini bila adanya perlawanan bolasepak yang penting. Terdahulu aku pernah ke parti DCode sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia tidak lama dahulu.

Jumpa di parti DCode yang lain selepas ini…!

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: