Liverpool Jumpa Everton

Separuh akhir Piala FA di Wembley bakal menemukan Everton dan Liverpool pada 14 April manakala Tottenham pula berdepan Chelsea pada 15 April.

Ini setelah Everton berjaya menewaskan Sunderland dengan jaringan 2-0 di Stadium of Lights. Tottenham pula membenam Bolton dengan jaringan 3-1 di White Hart Lane.

Penjaring untuk Everton adalah Nikica Jelavic (24) dan David Vaughan (57) (gol sendiri). Manakala gol-gol Spurs dihasilkan menerusi Ryan Nelsen (74), Gareth Bale (77) dan Louis Saha (90), sementara gol saguhati Bolton dijaringkan Kevin Davies (90).

“Agak mengagumkan apabila kami dapat bersama-sama penyokong setia kelab ini untuk aksi separuh akhir di Wembley. Kami sedar lawan kami nanti agak sukar iaitu Chelsea tetapi kami akan berikan yang terbaik,” kata Bale.

‘Liverpool tetap pilihan berbanding kami. Mereka menewaskan kami dua kali musim ini dan pasti mereka akan turun sebagai pasukan pilhan. Kami akan cuba beri yang terbaik kerana beraksi sebagai underdog lebih selesa.”, kata pengurus Everton, David Moyes.

Manakala bagi Liverpool ini Piala yang harus mereka rebut selepas kecewa dengan kegagalan menempatkan diri di kelompok 4 pasukan teratas sekaligus gagal ke UEFA Champion League.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: