Liverpool Memang Patut Kalah

Brendan Rodgers harus bijak mencorak formasi permainan

Brendan Rodgers harus bijak mencorak formasi permainan

Liverpool kalah lagi dan kali ini kalah kepada Stoke City di tempat lawan dengan jaringan 1-3. Gol Liverpool dijaringkan oleh ketua pasukan, Steven Gerrard menerusi sepakan penalti selepas Luis Suarez dikasari di dalam kotak penalti. Yang paling mengujakan ialah penalti tersebut dianugerahkan oleh Howard Webb yang dikatakan selalu menjadi antara punca Liverpool kalah kepada seteru utama Manchester United.

Manakala gol-gol Stoke City dijaringkan oleh Jonathan Walters (2) dan Kenwyne Jones (1). Baru je aku puji sikit Liverpool dalam artikel INI dah kalah pula.

Aku nak komen banyak pun malas bila mood kalah mcam ni. Tapi Liverpool memang patut kalah. Ini diakui sendiri oleh Brendan Rodgers, pengurus Liverpool.

Persembahannya memang tidak menghampakan

Persembahannya memang tidak menghampakan

Daripada 11 orang pemain, bagi aku hanya Luis Suarez yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Yang lain tenggelam termasuk Steven Gerrard. Yang paling teruk bahagian pertahanan. Mereka boleh melepaskan 2 gol dalam masa 10 minit di separuh masa pertama selepas gol pendahuluan Steven Gerrard. Kemudian melepaskan lagi 1 gol pada awal separuh masa kedua.

Samada pemain belum serasi dengan formasi Brendan Rodgers ataupun memang ramai pemain yang tidak berkualiti di dalam pasukan Liverpool yang menyumbang kepada kekalahan ini tidak lah pula aku tahu. Tapi yang pasti Brendan Rodgers kenalah pandai membina formasi bergantung kepada pasukan lawan dengan melihat formasi mereka. Bukan hanya mengekalkan formasi dan corak permainan hanya kerana corak dan formasi itu yang telah memberikan kemenangan pada perlawanan sebelum ini.

Tentang pemain pula, jika dikatakan prestasi Liverpool pada perlawanan itu disebabkan tidak ramai pemain Liverpool berstatus world class, kita perlu lihat pula kepada Manchester United. Mereka juga tidak mempunyai ramai pemain berstatus dunia, tetapi mereka mempunyai semangat jitu inginkan kemenangan. Mereka selalu akan bangkit kembali dan memenangi perlawanan walaupun mereka ketinggalan sebelumnya. Contoh terbaru ialah pada perlawanan mereka menentang Newcastle dimana mereka bangkit daripada ketinggalam dengan memenangi perlawanan dengan jaringan 4-1.

Kekalahan ini akan menyukarkan Liverpool menyempurnakan sasaran musim ini. Kemenangan Tottenham, Everton dan West Brom telah memberikan satu jurang diantara pasukan 7 teratas dan pasukan-pasukan lain.

Perlawanan Boxing Day awal pagi tadi (waktu Malaysia) pada pendapat aku, Liverpool memang patut kalah.

Diharap The Reds akan bangkit semula pada perlawanan menentang QPR selepas ini. Namun walau apapun terjadi aku tetap bersama Liverpool.

“You’ll Never Walk Alone”

 

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: