Liverpool Menang Mudah Ke Atas QPR

qpr vs liverpoolLiverpool menutup tahun 2012 dengan kemenangan mudah ke atas QPR, kelab kepunyaan jutawan Malaysia Mr Tony Fernandes dengan jaringan 3-0. Kelab ini dilanda masalah pada musim ini. QPR hanya mencatat 1 menang dan 7 seri pada musim ini menjadikan kedudukannya tercorot.

Liverpool mengambil langkah bijak dengan mencari gol awal. Dan 2 gol berjaya diperolehi pada separuh masa pertama. Kedua-duanya oleh Luis Suarez. Gol ke 3 diperolehi Daniel Agger.

Perlawanan ini kembali meletakkan Luis Suarez sebagai pemain terbaik. Pemain yang iarang menghampakan ini telah menemui kembali sentuhan penyudahnyanya. Ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan Liverpool di barisan hadapan.

Luis Suarez adalah pemain terbaik pada perlawanan ini.

Taktik Liverpool yang mengasak mencari gol pendahuluan awal amat berkesan. Berbeza dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini di mana Liverpool seperti lambat panas. Taktik mencari gol awal ini penting untuk meningkatkan keyakinan dan semangat. Aku rasa perlawanan selepas ini pun kena cari gol awal.

Cuma pada perlawanan ini Jose Enrique, pertahanan kiri Liverpool mendapat kecederaan hamstring. Kebiasaannya kecederaan sebegini akan menyebabkan pemain terpaksa direhatkan 3 – 12 minggu bergantung kepada keseriusan tahap kecederaan.

Posisi pertahanan kiri merupakan posisi yang agak kritikal di dalam pasukan Liverpool. Salah satu pilihan Brendan Rodgers ialah menubah posisi sayap kiri Stewart Downing kepada pertahanan kiri. Ini pernah dibuat oleh Brendan Rodgers sebelum ini.

Ini akan merugikan Liverpool kerana prestasi Stewart Downing di bahagian sayap kiri amat bagus sekarang ini.

Mungkinkah pembelian pemain baru untuk menutup lubang ini akan dibuat di waktu pembelian pemain pada bulan January 2013 nanti?

Dalam perlawanan ini kapten Liverpool, Steven Gerrard diberi tugas yang lebih bebas untuk mengemudi bahagian tengah. Ini terbukti berhasil dengan bahagian tengah Liverpool yang bermain dengan baik. Beliau juga membuat assist untuk gol Daniel Agger.

Ada peminat yang memberi komen, permainan berhati-hati Liverpool pada separuh masa kedua amat merugikan. Ini adalah kerana Liverpool boleh menambahkan lagi jaringan gol jika bermain seperti separuh masa pertama.

Pendapat tersebut ada benar dan ada yang tidak. Jika dilihat dari sudut sebaliknya, Liverpool sebenarnya patut bermain sebegitu. Ini adalah kerana di separuh masa kedua QPR bermain dengan lebih baik dengan tujuan dan semangat untuk mencari gol.

Jika permainan menyerang dititik beratkan mungkin bahagian pertahanan akan sedikit lemah dan ini akan memberi peluang QPR memburu jaringan.

Apa-apa pun tahniah Liverpool. Harap-harap pasukan ini akan dapat mengekalkan konsistensi di tahun baru nanti.

You’ll Never Walk Alone

 

7 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: