Lokasi Pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2014

logo tahun melawat malaysia 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia. Tahun 2014 juga aku lihat banyak peluamg untuk aku melangkah dengan lebih jauh lagi di dalam dunia blogging. Untuk mengambil peluang keemasan inilah maka aku lahirkan satu lagi blog yang lebih tertumpu nichenya kepada travel (kembara pelancongan) dan food (makanan) iaitu eXplorasa.

Jika ditanya ke manakah lokasi pelancongan untuk dilawati sempena tahun melawat malaysia 2014 ini, pasti aku sedikit ragu-ragu untuk menjawab. Ini adalah kerana ada banyak sangat tempat di malaysia ini untuk dilawati.

Namun jika ditanya apakah tempat-tempat yang ingin aku lawati di Malaysia aku ada beberapa tempat di dalam senarai pelancongan aku. Di antaranya ialah:

1. Legoland Malaysia Nusajaya Johor.

gambar depan legoland

dari kiri: Bro Djuani (AirAsia), Ainaa (Libur) dan Aku

Legoland Malaysia ni dah 2 kali aku pergi. Yang pertama aku pergi dengan membawa keluarga untuk bercuti pada bulan Disember 2013 tempohari. Yang terbaru aku ke sana sebelum cuti persekolahan bermula bbru-baru ini. Kali ini aku pergi atas tajaan AirAisa dan pihak Legoland Malaysia sendiri sempena pelancaran The Legend of Chima Miniland***.

Dah 2 kali pergi, kenapa aku masih nak pergi lagi? Sebabnya kedua kali aku pergi tu aku tak berkesempatan untuk masuk ke Taman Tema Air Legoland. Rasa macam tak puas hati pulak. Jadi, kalau ada peluang aku nak bawa keluarga sekali lagi untuk bercuti di Taman Tema Air ini.

2. Pulau Kapas Kuala Terengganu.

jeti pulau kapas

Pulau Kapas memang mendamaikan

Pulau kapas yang terletak sejam perjalanan daripada Jeti Marang dengan menaiki bot laju memang indah dan mendamaikan jiwa. Aku pernah sekali ke pulau ini. Tapi dah lama dah la. Masa aku belajar kat UIA dulu. Masa tu ada 3 orang student luar negara yang ikut sekali. Kitorang pergi pagi dan balik petang pada hari yang sama.

Aku nak pergi lagi ke pulau ini sebab terkenang akan pasir pantainya yang putih bersih. Airnya yang jernih sehingga nampak hiasan batu karang di dalam air. Masih teringat aktiviti mandi dan terjun tiruk dari atas jeti di pulau ini. Teringin nak ke situ lagi.

Satu lagi aktiviti yang popular di pulau ini ialah aktiviti mencandat sotong di sekitar pulau kapas. Aktiviti ini biasanya diadakan pada sekitar bulan April hingga Julai pada setiap tahun. Aku pernah sekali merasa pengalaman mencandat sotong pada tahun lepas. Oleh kerana itu adalah pengalaman pertama, aku memang tak puashati. Memang aku nak pergi lagi.

3. Tasik Kenyir Terengganu

tasik buatan manusia

Tasik Kenyir kaya dengan keindahan semula jadi hutan hujan tropika

Tasik Kenyir. Memang dah lama sangat tak pergi. Kali terakhir pergi masa masih di alam persekolahan. Tasik ini ialah tasik buatan manusia dan memang cantik pemandangannya. Dengan persekitaran yang masih asli, tasik ini memang mendamaikan jiwa kepada pencinta kedamaian.

Aku dengar cerita tasik ini dah ada macam-macam sekarang. Kedai bebas cukai macam langkawi pun ada. Ini pasti akan memeriahkan lagi tasik ini dan akan menarik lebih ramai pengunjung.

Aku masih menunggu jemputan daripada pihak pelancongan negeri Terengganu untuk lawatan ke Tasik ini yang di tangguhkan tempohari. Kalau dijemput kembali merasalah aku ke Tasik ini dalam masa terdekat. Moga menjadi kenyataan.

3 lokasi ini ialah lokasi idaman jika ditanya pendapat aku. Banyak lagi tempat menarik yang aku teringin nak pergi seperti ke negeri Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Tapi kalau diikutkan keutamaan, 3 lokasi tadilah yang aku utamakan dahulu.

Bercakap tentang tempat impian untuk dilawati memang senang. Boleh main sebut saja. Tapi untuk ke tempat-tempat tersebut ia memerlukan kos yang bukan sedikit juga. Untuk mengelakkan pengeluaran kos yang tidak terkawal, perlulah ada perancangan untuk percutian.

Perancangan untuk percutian ini termasuklah juga dalam perancangan kewangan yang aku selalu laungkan di dalam blog perancangan kewangan aku, Caknawang. Memang kewangan kita, kita kena cakna. Jika tidak ia akan menyusahkan kita. Jadi kita kena tahu bagaimana untuk merancang percutian yang tidak memerlukan kos yang mahal atau lebih dikenali sebagai percutian bajet. Kos tidak banyak keluar, kepuasan dan keseronokan pula di tahap maksima.

Sebenarnya untuk melancong di dalam maupun di luar negara kita boleh merancang dengan meminimakan kos pelancongan kita. Ada beberapa tips yang aku terfikir dan aku dapati daripada perkongsian di majalah-majalah dan blog.

Di antara tips percutian (aku fokuskan percutian di dalam Malaysia pada entri ini) yang boleh digunakan untuk merancang percutian ialah:

  1. Wujudkan Tabung Pelancongan
    gambar tabung duit syiling buluh

    mewujudkan tabung untuk percutian juga adalah salah satu daripada perancangan kewangan

    Untuk tidak mengkucar-kacirkan kewangan kita, satu tabung melancong perlu diwujudkan. Letakkan sasaran berapa kos pelancongan kita termasuk perbelanjaan semasa percutian nanti. Kemudian kirakan berapa yang perlu kita simpan secara tetap pada setiap bulan.Untuk mempercepatkan lagi sasaran kewangan kita ini tercapai, kita perlu menambahkan lagi caruman bulanan ke dalam tabung tersebut selain daripada suntikan bulanan yang kita telah sasarkan tadi. Carilah pendapatan sampingan. Berjimat cermatlah dengan perbelanjaan semasa. Kombinasi ini akan membantu kita mempercepatkan lagi usaha kita untuk mencapai sasaran tabung tersebut.

  2. Rancang dengan lebih awal
    Perancangan awal pasti akan membuahkan sesuatu yang baik. Disamping kita ada masa untuk mencari perbelanjaan untuk percutian, ia juga boleh menjadi satu motivasi kepada minda kita untuk ligat mencari pendapatan tambahan dan juga elakkan dari mengeluarkan belanja untuk membeli yang bukan keperluan.Perbelanjaan pengangkutan seperti pengangkutan udara tambang murah AirAsia akan menjadi lebih murah jika kita menempah tiket awal-awal. Begitu juga dengan hotel seperti hotel Legolang Resort Malaysia dan sebagainya, akan mengenakan caj penginapan yang minima jika tempahan awal dibuat.
  3. Pakej Promosi
    Intailah pakej promosi yang sering diawarkan oleh ejen-ejen pelancongan dan hotel-hotel. Biasanya ia akan memberi penjimatan kepada kita. Paling tidak pun ia akan menyenangkan kita semasa kita di lokasi pelancongan nanti.Antara pakej yang aku pernah ambil ialah pakej yang ditawarkan oleh Hotel Sentosa Johor Bahru. Pakej Hotel berserta dengan tiket Legoland Malaysia. Aku ambil pakej ini sewaktu melawat Legoland kali yang pertama dahulu. Penjimatan yang aku dapat ialah ada sedikit diskaun pada harga Legoland dan hotel. Oleh sebab tiket sudah disediakan oleh mereka, aku tidak perlu lagi beratur panjang untuk memasuki Legoland. Walaupun jarak antara hotel dan Legoland agak jauh, aku sebenarnya tidak perlu mengeluarkan kos ke situ. Ini adalah kerana pengangkutan sudah termasuk dalam pakej yang aku sudah bayar.
  4. Homestay
    Sebagai alternatif kepada hotel, Penginapan jenis ini boleh juga dipertimbangkan. Ia amat sesuai jika kita melancong bersama adik beradik ataupun sahabat handai yang telah mempunyai keluarga sendiri. Penginapan jenis ini yang biasanya mempunyai beberapa bilik yang boleh dikongsikan bersama kos penginapannya. Ini pastinya akan memberikan keselesaan dan penjimatan yang bukan sedikit.
  5. Barang keperluan
    Barang keperluan seperti susu untuk bayi, makanan segera dan sebagainya perlu diteliti telebih dahulu sebelum berangkat ke destinasi pelancongan yang telah dirancang.Susu untuk bayi perlu diperiksa. pastikan ianya mencukupi sepanjang masa percutian kita. Makanan segera seperti roti, maggi, dan sebagainya aku rasa perlu ada untuk mengelakkan kos tambahan membeli di sana. Tambahan lagi jika bercuti bersama keluarga dan anak-anak. Ragam mereka yang mungkin terasa lapar tidak menentu akan menjuruskan kepada kos tambahan jika tidak dibekalkan dengan makanan segera.
  6. Niat
    gambar niat

    Niat yang baik kerana Allah…

    Niat yang paling penting. Niatkan perjalanan untuk melancong kerana untuk melihat tempat orang yang semestinya berbeza dengan tempat kita. Ini akan memberikan kita kesedaran dan keinsafan tentang kuasa tuhan mencipta dunia yang indah ini. Niatkan juga percutian ini adalah untuk menggembirakan hati keluarga kita supaya ikatan kekeluargaan makin erat. Ini akan membuatkan kita lebih senang untuk membentuk keluarga kita menjadi sebuah keluarga yang mantap dari segi dunawi dan ukhrawi.

Demikianlah

20 comments

  1. Pengalaman Membuat Tempahan Penginapan Dengan Visa Wednesday | sohoque.com 6 May, 2014 at 14:01 Reply

    […] Memang seronok jika dapat melancong ke tempat-tempat impian. Namun percutian juga memerlukan perancangan yang rapi. Banyak faktor yang harus difikirkan. Dari segi kos, tempat tinggal dalam percutian, tempat pilihan untuk bercuti dan bermacam-macam lagi. Pendek kata merancang percutian yang bajet tidaklah semudah yang disangka. Aku pernah kongsikan tentang perkara ini di dalam entri Merancang Percutian Bajet dan tips percutian dalam Malaysia. […]

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: