Macamana Nak Jadi Kaya?

orang kaya

Pagi tadi semasa sedang sarapan sambil melayan whatsapp group “kengkawan”, aku mendapat satu panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Ku sangkakan rakan-rakan whatsapp lalu jawapan ku hanya sambilewa.  Rupa-rupanya ia adalah panggilan dari seorang follower blog aku dari Sarawak.

Pertanyaan pertama beliau: : ” Macamana nak jadi kaya ?”

Saya bertanya dari mana beliau dapat nombor telefon saya, maka dijawab beliau daripada blog sohoque.com. Rupanya beliau ada terbaca entry saya tentang macamana nak jadi kaya yang saya published sedikit masa dulu.

Aku tadi belum sempat berbincang dengan lebih lanjut tentang soalannya, macamana nak jadi kaya itu. Salah satu sebabnya ialah perbualan telefon tadi hanya sebagai satu introduction ataupun perbualan pengenalan. Beliau yang banyak bercakap dan menceritakan tentang bisnes beliau.

Pemanggil Encik H, adalah seorang cikgu di salah sebuah sekolah di Sarawak. Beliau melalui perbualan tadi saya dapat simpulkan sebagai seorang yang sungguh rajin menambahkan pendapatan beliau. Beliau membuat bisnes sampingan dengan membuat bisnes menjual keropok. Stok keropok diambil dari Terengganu dan Kelantan. Daripada cerita beliau tadi,beliau sudah dikenali di kawasan tempat beliau tinggal sebagai pengedar keropok. Dengan ertikata lain, beliau sudah ada nama di dalam bisnes yang sedang beliau sertai sekarang. Ini terbukti apabila pelanggan mula mencari beliau di rumah bilamana stok keropok mereka kehabisan. Peniaga berbangsa cina di kawasan itu juga agak sedikit terkesan apabila harga yang beliau tawarkan kepada pelanggan lebih murah daripada harga yang mereka tawarkan. Dari segi servis pula, Encik H memberikan servis yang extra bilamana beliau sendiri yang menghantar keropok-keropok tersebut secara terus kepada pelanggan disamping mengedarkan dengan jumlah yang banyak di kedai-kedai runcit dan di stesen-stesen minyak yang berhampiran tempat beliau.

Cuma masalah yang beliau hadapi menurut beliau ialah susah untuk mendapatkan stok keropok bila kehabisan. Contohnya sekarang. Sekarang di Kelantan dan Terengganu adalah musim tengkujuh. Jadi pengusaha keropok susah nak buat keropok kerana kurangnya ikan. Kalau ada pun harga ikan agak mahal sekarang ini. Tambahan pula untuk membuat keropok isi ikan yang telas diproses tadi mesti melalui proses penjemuran untuk mengeringkannya. Disebabkan sekarang hujan hampir setiap hari, maka isi ikan yang dah dibuat keropok tadi tidak dapat dijemur.

Macamana nak jadi kaya. Sebenarnya tidak ada cara ataupun bisnes yang tertentu yang boleh buat orang jadi kaya. Banyak cara untuk jadi kaya ataupun nak mempunyai pendapatan yang lebih. Ada orang kaya dengan menceburi perniagaan stock market seperti Warren Buffet. Ada yang kaya melalui perniagaan hartanah seperti Robert Kiyosaki dan Azizi Ali. Blogger INI insyaAllah akan menyusul sedikit masa lagi. Ada yang kaya melalui bisnes IT seperti Bill Gates (microsoft) dan Mark Zuckerberg (Facebook). Irfan Khairi pula contoh usahawan yang berjaya dan perniagaan internet. Manakala orang melayu terkaya di Malaysia, Tuan Syed Mokhtar Albukhari pula mempunyai Bank Muamalat dan beberapa perniagaan yang lain. Blogger INI pula mempunyai income yang bukan sedikit hasil daripada pendapatan blognya.

Pendek kata tiada cara tertentu yang boleh buat kita kaya. Banyak cara yang boleh buat kita kaya. Bisnes yang Encik H buat tadi pun boleh buat jadi kaya jika kena dengan gayanya.

Cuma apa yang saya dapat tengok, untuk jadi kaya pertama sekali sikap kita kena ubah. Itu yang paling penting. Orang yang kaya, sebut lah siapa-siapa pun mempunyai sifat yang tiada pada orang kebanyakan. Sikap mereka ini tersangat positif, berkerja keras, tidak kenal putus asa, sanggup bangun kembali daripada jatuh, suka belajar, suka membantu orang lain, taat pada ajaran agama dan banyak lagi. Sikap inilah sebenarnya yang membawa mereka ke tahap mereka sekarang. Tanpa sikap ini, kita tidak kemana sekalipun peluang terhidang luas di hadapan kita.

Satu lagi, kita sebagai orang Islam sebenarnya tidak hanya bertanya macamana nak jadi kaya di dunia. Kita juga seharusnya juga bertanya macamana nak jadi kaya di negeri yang kekal abadi iaitu negeri akhirat kelak. Kerana disitu kita akan kekal abadi selama-lamanya. Jadi hendak kaya di sana, kita mestilah melabur di sini, di dunia yang fana ini. Macamana nak melabur di sini. Melaburlah dengan meninggalkan perkara laranganNya dan membuat perkara suruhannya. Meninggalkan perkara larangan termasuklah menghindari amalan Riba’ yang banyak berlaku di dalam urusan perbankan, pelaburan dan insurans pada masa sekarang. Itulah juga yang saya dan team saya sedang perjuangkan sebagai perunding kewangan Islam.

Dalam bab perniagaan akhirat ini Allah sudah jelaskan di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat:

“Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin
(Surah As-Saff (61) ayat 10-13.)”

“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (RahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.
( Al-Baqarah : 261 )

Tadi semasa perbualan saya dengan Encik H, saya ada menerangkan sedikit sebanyak tentang bisnes saya sebagai perunding kewangan ini. Cuma nampaknya beliau masih agak kabur pasal bisnes saya ini.

Bisnes sebagai perunding kewangan (unit trust, takaful dan wasiat) ini sebenarnya adalah bisnes yang professional. Ia adalah khidmat menasihatkan dan memberi ilmu kepada masyarakat tentang apa itu perancangan kewangan Islam. Tugasnya hanya mendengar permasalahan ataupun apa yang klien hendak di dalam hidupnya dari sudut kewangan. Kemudian terangkan bagaimana pelan-pelan yang ada boleh menolong mereka mencapai apa yang mereka mahukan. Kemudian cadangkan pelan-pelan perancangan kewangan yang sesuai dengan objektif dan profail risiko mereka.

Jika mereka bersetuju dan tertarik dengan kita mereka akan turunkan tandatangan dan secara automatik melantik kita menjadi perunding kewangan mereka. Jika mereka tidak bersetuju mereka boleh memilih untuk tidak menyertai pelan cadangan kita. Semuanya dibuat dengan tiada paksaan.

Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan perkongsian ilmu. Jika prospek tidak menyertai pun insyaAllah perunding kewangan akan mendapat saham akhirat kerana ilmu baik yang dikongsikan. InsyaAllah.

Bisnes ini juga tidak memerlukan kita menyimpan stok produk. Ia hanyalah perancangan kewangan iaitu idea bagaimana seseorang boleh mencapai impian kewangannya dengan pelan-pelan kewangan yang telah sedia ada dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan Security Commission.

Modal untuk menceburi bisnes ini ataupun untuk menjadi perunding kewangan juga amatlah rendah iaitu serendah RM250.00 sahaja iaitu untuk mendapatkan lesen sebagai perunding kewangan bertauliah.

Pendapatan yang boleh didapati daripada bisnes menolong orang ini amatlah lumayan sekali. Kepada yang ingin mengetahui tentang bisnes perunding kewangan ini, boleh lah menghubungi saya untuk perbincangan dan perkongsian ilmu dengan lebih lanjut. Anda boleh hubungi saya di SINI.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: