More

    Malaysia Berpotensi Jadi Hub Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

    Penunggang motosikal berkuasa tinggi

    Malam tadi saya “tertengok” Buletin Utama di TV3. Berita yang diwar-warkan pada masa itu ialah tentang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

    Dalam berita tersebut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Haji Najib Razak berucap di perasmian penutup 1Malaysia Bike Week (1MBW) yang menyaksikan seramai 536 perserta dengan 438 buah motosikal berkuasa tinggi yang mengambil bahagian dalam ekspedidi motosikal berkuasa tinggi.

    Acara yang diadakan di Putrajaya itu juga turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records untuk perhimpunan terbesar motosikal berkuasa tinggi dengan 6,630 motosikal dan 7,740 peserta.

    Perdana Menteri juga dalam ucapannya berharap penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan terus bertambah bilangannya. Jika ini berlaku Malaysia berpotensi menjadi hub kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi. Ini kerana melihatkan kepada sambutan yang ramai yang terhadap motosikal berkuasa tinggi dan beliau merasakan tidak mungkin ada negara di peringkat ASEAN yang mempunyai penunggang motosikal berkuasa tinggi seramai itu.

    Jika betul berlaku seperti harapan perdana menteri itu, akan berlaku kesan yang menguntungkan kita dan saya secara khususnya sebagai peminat motosikal berkuasa tinggi. Kemungkinan akan berlaku penurunan cukai dan sebagainya yang akan menyebabkan harga jentera itu lebih murah daripada sekarang.

    Sumber

    Latest articles

    Related articles

    8 Comments

    1. kita tidak boleh selamanya mengayuh basikal kerna kita mampu menunggang motosikal ni. tetapkan azam, betulkan niat, focus, tekunkan usaha, doa.. insyaAllah semuanya dalam genggaman. huhuhu

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge