Malaysia Social Media Week 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

image

Malaysia Social Media Week 2014. Selain daripada adanya pengiktirafan kepada blogger dalam pelbagai niche blog yang mereka ceburi, ia juga menyediakan platform untuk para blogger dan pengamal media sosial untuk menimba ilmu. Ada 2 program yang disediakan iaitu World Bloggers and Social Media Summit dan Social Media Workshop.

Alhamdulillah aku bersama Team Denaihati, rakan Akademi Denaihati dan beberapa orang bloggers lain yang aku kenal dijemput ke program ilmu ini. Jika mendaftar sendiri untuk program ini yuran penyertaan adalah RM399 untuk satu penyertaan. Namun alhamdulillah untuk Team Denaihati Network kami dijemput secara percuma.

MSMW 2013 yang lepas aku tidak menghadiri program ini kerana pada masa itu aku masih agak baru menyertai komuniti blogger ini. Perasaan rendah diri dan kurangnya pendedahan kepada program ini membataskan kehadiran aku ke program ini.

Besok insyaAllah jika tiada aral sampailah aku ke World Blogger and Social Media Summit yang berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre. Rasa bangga pun ada sebabnya ini adalah seminar antarabangsa di mana pesertanya adalah dari seluruh dunia. Penceramah juga daripada luar negara. Jadi dapatlah aku menimba ilmu daripada professional bloggers dari luar negara. Moga ianya akan memberikan sesuatu yang baru kepada sohoque.com dan eXplorasa.my

Tak sabar sebenarnya nak ke sana besok. Besok aku akan buat entri lanjutan tentang program ini. Moga Allah mudahkan perjalanan aku menuntut ilmu besok. Ameen.

14 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: