‘Marvel’s The Avengers

Movie The Avengers bakal menjelang tiba. Inilah movie yang aku tunggu-tunggu. Daripada tahun lepas aku menunggu. Akhirnya saat yang ditunggu hampir tiba. Preview movie ini akan diadakan pada 26 April 2012 di TGV KLCC. Biasanya seminggu selepas preview ceritanya akan ditayang di seluruh pawagam di tanah air.

Sebelum itu mari kita berkenalan dengan dengan The Avengers dulu. Manalah tau kot-kot ada yang tak tau ataupun dah lupa:

The Avengers ialah satu kumpulan manusia yang mempunyai kuasa luarbiasa. Kumpulan ini dihimpunkan oleh Nick Fury dan Agensi Antarabangsa S.H.I.E.L.D untuk menyelamatkan bumi. Anggota The Avengers ini mula dipertemukan apabila bumi diserang oleh Loki dan sekutu-sekutu askarnya. Loki ialah adik angkat kepada Thor.

Anggota-anggota Avengers ialah:

 

Inilah anggota-anggota The Avengers yang akan melawan Loki dan sekutunya. 6 orang semuanya. Semuanya mempunyai kuasa, kebolehan dan kemahiran yang tinggi untuk menyelamatkan bumi.

Tapi, sekejap..! Pernahkah anda rasa bahawa 6 orang anggota The Avengers ini tidak cukup. Pernahkah anda rasa yang The Avengers ini belum cukup kuat dan memerlukan seorang lagi ahli baru? Jika tanya aku, aku rasa 6 orang anggota belum cukup. 7 orang lebih baik daripada 6 orang. Hari pun ada 7 hari dalam seminggu. Jadi jika mahu menjadikan The Avengers betul-betul hebat dan tak terkalah, elok benarlah jika anggota The Avengers ditambah seorang lagi menjadi 7 orang.

Jika aku diberi peluang untuk menambahkan seorang lagi anggota The Avengers ini, aku tanpa ragu-ragu akan memilih Jean Grey/Pheonix.

 

 

Kenapa aku pilih Jean Grey/Pheonix? Sebabnya sepatutnya Nick Fury turut memasukkan anggota daripada golongan mutant juga. Jean Grey ialah mutant peringkat Omega (mutant yang mempunyai kuasa kelas tertinggi).

Apa kuasa Jean Grey/Pheonix ni sehingga aku memilih dia?

Aku rasa di kalangan mutant, Jean Grey mempunyai kuasa yang paling hebat dan tiada limit. Antara kuasanya ialah Telepati, telekinesis dan kuasa Pheonix.

Telepati

Telepati Jean membolehkan dia membaca, mempengaruhi, mengawal, dan berkomunikasi dengan minda orang lain. Ia boleh menjana letupan berkuat kuasa telepati yang menyebabkan mangsanya pengsan atau boleh membunuh orang lain. Jean merupakan salah seorang daripada beberapa orang yang mempunyai kemahiran telepati yang cukup tinggi sehinggakan boleh berkomunikasi dengan haiwan (haiwan yang mempunyai kecerdasan yang tinggi, seperti ikan lumba-lumba, anjing, dan sebagainya). Dia juga boleh bertelepati dengan mengawal fungsi badan semula jadi  dan pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan kuasa mutan.

Telekinesis

Kedua-dua kekuatan dan kemahiran telekinetic nya adalah di tahap yang sangat tinggi, sehingga mampu menggenggam objek di orbit Bumi dan memanipulasi beratus-ratus komponen di udara dalam bentuk kompleks. Dia sering menggunakan telekinesis  untuk mengangkat dirinya dan lain-lain yang memberi keupayaan pengangkatan dan penerbangan. Dia juga menggunakan telekinesis untuk mewujudkan perisai yang kuat dan letupan tenaga.

Pheonix Force

Apabila bertukar menjadi Phoenix, kuasa Jean Grey meningkat ke tahap yang tak tergambar, membenarkan beliau untuk menyusun semula perkara di peringkat subatom, terbang tanpa alat bantuan, terus hidup dalam apa-apa suasana , dan memanipulasi tenaga elektromagnet dan kosmik untuk pelbagai kesan dan gangguan atmosfera. Beliau juga boleh membuat “stargates” yang boleh mengangkut beliau ke mana saja di alam semesta serta-merta.

Hebat bukan Jean Grey ni?

Jadi dengan adanya Jean Grey/Phoenix, The Avengers harus menggunakan strategi yang baru iaitu memulakan dengan Jean Grey membaca fikiran Loki dan sekutu-sekutunya. Apabila perancangan pihak musuh sudah diketahui maka senanglah anggota The Avengers yang lain untuk bertindak.

Jean Grey/Pheonix juga bertindak sebagai pemusnah terakhir. Jika didapati 6 orang anggota lain tidak dapat menangani Loki dan sekutunya, baru lah Jean Grey menukarkan dirinya kepada Pheonix. Oleh kerana kuasa pheonix ini tidak terbatas dan akan menyebabkan kerosakan, maka dia adalah orang terakhir yang akan menangani pihak musuh.

Jadi macamana Nick Fury? Boleh tak Jean Grey dimasukkan sebagai anggota The Avengers? 😀

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: