Masuk Hospital…!

Bukan aku yang masuk hospital tetapi kereta Honda Civic aku yang masuk hospital dia aka workshop.

Sejak 2 minggu yang lalu kipas kat depan enjin tu tak berfungsi sebelah. Yang sebelah lagi ok je. Kesan daripada itu aku tak boleh “on” air-cond. kalau on jer, temperature akan naik secara mendadak. Satu lagi aku tak boleh drive tempat yang “jammed”. Temperature akan naik mendadak jugak. Pernah suatu hari aku drive kat jalan duta. Pagi tu jammed giller. Sekali temperature naik daaa.. Terpaksa aku pandu ke tepi, pasang hazard light dan tunggu lbih kurang 30 minit utk enjin sejuk semula. Bila dah jadi macam ni, bila cek air, air pon kering.. Sebab masa panas tu dia menggelegak dan menghasilkan wap air. Wap ini akan keluar sebagai wap udara. Sebab tu la tangki air tu kosong.

Sejak 2 minggu lepas baju aku sekejap jer berbau keringat. Sebabnya sentiasa bermandi peluh dalam kereta. Kira macam mandi sauna la.. hahahaha.. Eh lupa pulak aku nak cek timbangan.. kot-kot turun beberapa kilo sebab tiap-tiap hari mandi sauna. 🙂

So, setelah pomen diagnosed kereta tu didapati 2 motor kipas tu telah rosak. So nak tak nak terpaksa la aku tukar. Kos estimation lebih kurang RM800-900 (tak tau lagi exact cost sebab masa artikel ni dihasilkan kereta tu masih belum siap). Foreman ni adalah foreman favorite aku sebab mereka ni agak mahir dalam servis kereta honda. Dulu mereka pernah kerja sebagai mekanik honda sebelum membuat keputusan membuka workshop sendiri. Mereka juga adalah peminat kereta honda dan mempunyai kereta berjenama honda sendiri. Taukenya ada satu mercedes dan satu honda civic 2.0. mekaniknya yang seorang tu pakai hinnda civic 1.8cc dan yang seorang lagi pakai honda city model terbaru. So, dalam bab-bab honda ni mereka amat arif. Sebab tu la aku rela menghantar ke workshop di Bandar Baru Selayang ni walaupun aku dah berpindah ke Shah Alam. Lagipun pada setiap hari Sabtu aku akan ke sini untuk menghantar anak sulung aku mengikuti kelas taekwondo nya..

Sementara menunggu kereta siap aku sempat melantak di Al-Ikhwan Cafe yang terletak di sebelah workshop tersebut. Menu glamer di cafe ni adalah arena roti canai. Tapi sebab aku bukanlah peminat roti canai yang tegar, aku memilih nasi lemak rendang tok untuk sarapan pagi ni. Sambil makan sambil update blog.

Ok. Stop dulu. Nak kena jenguk kereta jap.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: