Mcdonalds Malaysia Tidak Sumbang Peratusan Keuntungan Kepada Yahudi

kenyataan rasmi mcdonalds malaysia

Selepas pristiwa Israel/Yahudi serang Gaza baru-baru ini rakyat Malaysia sudah mula memikirkan cara-cara untuk menetang Yahudi. Antara salah satu caranya ialah boikot barangan buatan Yahudi dan Amerika Syarikat yang membayar peratusan keuntungan kepada Yahudi yang mana mereka menggunakan keuntungan tersebut untuk membunuh ummat Islam di Palestin.

Antara syarikat yang disebut-sebut membayar peratusan keuntungan kepada Israel ialah McDonalds satu syarikat makanan segera yang menggunakan sistem Franchise.

Antara amalan dan syarat-syarat sistem ini, franchisee dikehendaki membayar peratusan keuntungan ataupun caj-caj dan yuran-yuran kepada franchisor kerana menggunakan nama dan logo syarikat dan perkhidmatan yang lain.

Jadi apa status McDonalds Malaysia? Adakah Mcdonalds Malaysia tidak sumbang peratusan keuntungan kepada Yahudi?

Jadi takut jika ini akan melemahkan jualan McDonalds Malaysia, Pengarah Komunikasi Korporatnya, Encik Najat Fuad lantas mengeluarkan kenyataan rasmi di page Facebooknya yang mengatakan Mcdonalds Malaysia tidak sumbang peratusan keuntungan kepada Yahudi. Dan sehubungan dengan itu juga mereka melancarkan kempen menawarkan burger secara percuma pada hari ini 19hb November 2012.

Namun kenyataan ini dipandang sepi oleh masyarakat Muslim Malaysia yang meragui Mcdonalds Malaysia tidak sumbang peratusan keuntungan kepada Yahudi. Ini kerana sudah terang lagi bersuluh tentang syarikat Franchise tersebut kepunyaan siapa. Kenyataan rasmi di dalam gambar di atas.

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: