logo saudi gold

Melancong Ke Luar Negara Dengan Kempen “Beli dan Terbang” Saudi Gold

logo saudi gold

Membeli barang dapur memang rutin dan keperluan kita pada setiap bulan. Kalau aku awal bulan aku akan ke pasaraya terpilih untuk membeli bekalan barangan dapur selama sebulan.

Antara barangan yang tersenarai sebagai barangan keperluan wajib dibeli pada setiap bulan ialah susu anak (Ifza) yang berumur setahun tu, makanan segera untuk anak aku Iffah dan Iqbal makan sebelum ke sekolah, barangan dapur, barangan keperluan peribadi dan lain-lain yang perlu pada masa tersebut.

Kebiasaannya barangan ini akan dituliskan senarainya di dalam smartphone aku supaya dapat jimatkan masa untuk mencari barang tersebut dan juga untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu.

Untuk makanan anak-anak aku sebelum ke sekolah, aku akan pilih makanan yang senang dan cepat untuk disediakan. Ciri ini aku tekankan kerana kebiasaannya waktu pagi adalah waktu yang amat kritikal untuk membuat semua benda. Masa amat terhad. Kadang-kadang mereka tak sempat pun makan di rumah kerana sudah lewat. Aku letakkan di dalam bekas makanan untuk mereka bawa ke sekolah sebagai bekal.

Jadi aku memilih untuk menyediakan makanan seperti nugget, scallop, kentang goreng dan sosej. Makanan ini memang senang dan cepat untuk disedaiakan. Hanya masukkan ke dalam microwave atau pun digoreng begitu sahaja.

Bila menyentuh tentang makanan untuk anak-anak ini sudah tentu aku ada jenama yang aku lebih gemari berbanding dengan jenama lain. Ya, untuk makanan kategori ini aku memilih scallop, nugget dan sosej daripada Saudi Gold. Tambahan pula untuk scallop, Saudi Gold adalah satu-satunya pengeluar. Mutu makanannya aku rasa adalah antara yang terbaik berbanding dengan pesaing-pesaingnya.

ayam goreng

Ayam Goreng Saudi Gold

kentang goreng

bahan-bahan untuk melengkapkan burger

nugget (Small)

Nugget Saudi Gold

scallop (Small)

Saudi Gold adalah pengeluar tunggal produk Scallop

sosej (Small)

Sosej Saudi Gold

sosej kecik (Small)

Lagi produk Sosej Saudi Gold

Oh ya, Saudi Gold sekarang sedang mengadakan kempen “Beli dan Terbang” di mana penggunanya berpeluang untuk melancong ke luar negara hanya dengan membeli dan menjawab soalan mudah.

Peluang melancong ke luar negara dengan peraduan kempen Beli dan Terbang

Peluang melancong ke luar negara dengan peraduan kempen Beli dan Terbang

Berikut adalah cara-cara menyertai peraduan Saudi Gold Beli dan Terbang ini:

  • Beli barangan Saudi Gold yang berjumlah RM25 ataupun lebih di dalam satu resit.
  • Lengkapkan borang penyertaan dan jawab soalan.
  • Sertakan resit dengan borang tersebut dan masukkan ke dalam kotak peraduan yang disediakan di pasaraya yang turut serta.

Ini hadiah yang bakal menanti pemenang:

Hadiah utama:

Pakej pelancongan untuk seorang ke Itali dan Austria
9 hari 7 malam ke Itali dan Austria pada musim sejuk

 

Hadiah kedua

Pakej pelancongan untuk seorang ke Korea
8 hari 6 malam Fun & Snow di Korea

 

Hadiah ketiga

Pakej pelancongan untuk seorang ke Harbin, China
7 hari 6 malam ke Harbin World of Ice

 

Hadiah penghargaan

 4 hadiah saguhati berupa pakej ke Shanghai, China
5 hari 4 malam Shanghai Delight

Peraduan ini diumum dan dilancarkan pada 24 Oktober 2013, bertempat di Hotel Empire Subang jaya.

pengurusan tertinggi Saudi Gold

Barisan pengurusan tertinggi di majlis pelancaran peraduan “beli dan menang” Saudi Gold

pengurusan tertinggi di majlis pelancaran peraduan beli dan menang

Pengurusan tertinggi Saudi Gold bersama produk keluaran syarikat

Peraduan ini memang menarik hati aku. Sebabnya aku memang pengguna produk Saudi Gold dari dulu lagi. Lepas ni aku akan masuk peraduan. Manalah tau kot-kot nasib badan dan murah rezeki aku dapat menang salah satu hadiah-hadian tu.

Kepada yang mempunyai gaya hidup seperti aku iaitu beli barangan makanan seperti yang aku cerikan tadi untuk persediaan anak-anak ke sekolah, boleh lah cub masuk peraduan ni. Ya la, daripada beli produk dia saja-saja lebih baik kita ambil peluang masuk peraduan. Siapa tahu rezeki yang menanti kita, ya tak?

Yang belum pernah cuba produk Saudi Gold, boleh la kalau nak cuba kali ini. Ambil peluang belanja RM25 dan masuk peraduan. Aku cadangkan beli produk scallop dia. Memang sedap, senang dan cepat untuk disediakan. Sosejnya juga sedap. Ada rasa lada hitam. Ini menyebabkan rasa nak lagi selepas setiap kali gigitan. Saiznya besar. Makan 2 batang saja sudah kenyang.

Jom sertai peraduan Beli dan Terbang daripada Saudi Gold ini. Selamat mencuba.

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: