smartphone terbaik untuk selfie, Alcatael Onetouch Flash

Menang Cabutan Bertuah di Event Pelancaran Alcatel Onetouch Flash

para pemenang lucky draw

para pemenang cabutan bertuah

Rezeki kita kadang-kadang datang tanpa kita sangka. Itulah yang berlaku kepada aku semasa event pelancaran Alcatel Onetouch Flash minggu lepas. Aku menang cabutan bertuah lagi!

Dulu aku pernah menang sebuah smartphone Ninetology U9R1 semasa event pelancaran smartphone tersebut. Kali ini aku menang lagi. Hadiah akli ini adalah Alcatel Onetouch Play iaitu sebuah speaker phone yang istimewa.

Yang bestnya ia memang cukup epik. Dalam majlis itu hadirin disediakan tempat duduk di kerusi yang diikat sebiji belon. Di akhir majlis itu hadirin dikehendaki memecahkan belon tersebut. Di dalamnya terdapat satu kertas kecil yang tertulis no 1-10 mewakili 10 orang pemenang. Siapa yang memecahkan belon yang ada nombor-nombor tersebut dikira sebagai pemenang bertuah.

aktiviti pecah belon

Kerusi yang diikat dengan belon

Aku ada 2 belon untuk dipecahkan. Satu belon adalah untuk blogger Ben Ashaari yang pulang awal. Malangnya kedua-dua belon tersebut tiada nombor 1 – 10 tu. Yang aku dapat hanyalah ucpan terima kasih tertulis di atas kertas tersebut.

Bila dipanggil pemenang mengikut nombor, pemenang nombor 8 tiada di dalam majlis. Setelah diberi masa dan pemegang cabutan nombor 8 tidak juga keluar, undian baru dibuat. Kali ini penganjur memilih kad bisnes di dalam balang yang disediakan di meja pendaftaran untuk hadirin meninggalkan kad bisnes mereka.

Dari situlah kad bisnes aku dipilih. Dan dengan rasminya aku dikira sebagai pemenang menggantikan pemenang nombor 8 tadi. Kalau dah menjadi rezeki, memang tidak kemana kan..?

Alcatel Onetouch Flash

smartphone terbaik untuk selfie, Alcatael Onetouch Flash

smartphone terbaik untuk selfie, Alcatael Onetouch Flash

Oh ya.. Jom kita tengok apa ciri-ciri smartphone ini:

Kamera

Smartphone ini yang direka khas untuk fungsi selfie, adalah antara smartphone selfie terbaik dunia. 5 Mpxl HD untuk kamera depannya memang menghasilkan gambar yang menarik. Hanya ambil gambar dan muat naik ke media sosial. Tidak perlu aplikasi pihak ketiga untuk mencantikkan gambar.

Kamera belakang juga sangat berkuasa dengan 13 Mpxl HD. MEmang puashati dengan mutu gambar yang terhasil.

Harga berpatutan

Dijual dengan hanya RM699. Memang sangat berpatutan berbanding dengan fungsi-fungsi yang ada padanya.

“Ciri-ciri di FLASH menjadikannya telefon pintar (smartphone) berkuasa untuk pencinta selfie. Yang paling penting, model ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Kami yakin reka bentuk, ciri-ciri unggul dan nilainya akan membuat FLASH telefon pintar yang paling digemari dalam kategorinya “.
~ KL Kong, Pengurus Negara dari TCT Mobile Malaysia (ALCATEL ONETOUCH)

Kelajuan yang mantap

Mengguna pakai processor 1.4 GHz True Octacore, kelajuannya memang berbeza.

Ciri-ciri lain

  •  skrin 5.5 HD
  • berat hanya 150 gram
  • 3200mAh bateri- 2 frequency Wi-Fi
  • HotKnot – pindahkan gambar dan video dengan sangat mudah dengan satu sentuhan
  • Android 4.4.2 KitKat

Mula dijual di pasaran pada 12 Disember 2014 degan harga RM699 lengkap dengan flip cover tambah nilai jaminan skrin. 1,000 set pertama Onetouch Flash akan diberi selfie stick secara percuma.

Bersempena pelancarannya, Alcatel Onetouch turut berkerjasama dengan Hydraskins.com untuk menawarkan secara eksklufif 50% diskaun untuk skins eksklusif hanya untuk pengguna Alcatel Onetouch dengan hanya memasukkan kod penebusan “BEaFlasher”. Promosi ini akan berakhir pada 31 Mac 2015.

 Smartphone ini boleh didapati dalam 2 warna: Putih (Crytal White) dan Kelabu (Gun Grey)

7 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: