More

    Menang Contest SEO MHAM – Alhamdulillah Mereka Tidak Mendabik Dada

    Menang contest Minyak Herba Asmak

    Agak terlambat entri ni terhasil. Hahaha… tak per. Entri tak penting pun ni. Cuma nak luahkan pandangan jer.

    Yup.. Aku menang tempat kedua kategori SEO terbaik contest Minyak Herba Asmak yang dianjurkan oleh syarikat Minyak Herba Asma Sdn Bhd (MHAMSB). Beza markah 0.66 jer daripada tempat petama.

    >>Senarai para pemenang contest Minyak Herba Asmak<<

    Macam yang aku bincang dalam entri 3 Cara Paling Berkesan Nak Naikkan Nama Produk Kita Di Halaman Pertama Google tempohari, contest ini sebenarnya langkah bijak pihak syarikat MHAMSB. Tak ramai syarikat yang tahu pasal ni.

    Turut membanggakan aku ialah apabila beberapa orang alumni MYSC turut serta berada di dalam senarai pemenang. Syabas aku ucapkan…!

    Sekurang-kurangnya dengan kemenangan itu aku tau yang diorang ni dah mula paham apa yang aku ajar selama ini. Kalau dah faham macam ni, diorang boleh la bawak diri dalam blogging ni. Setakat nak naikkan keyword Resepi Kuih Keria Gula Melaka tu tak der hal dah sekarang. Hehehehe

    Cuma diorang kena setkan strategy untuk mencapai objektif diorang seperti menghasilkan content yang berkualiti dan menarik trafik kepada blog blog diorang.

    Antara pelajar-pelajar yang berjaya menempatkan nama di dalam senarai para pemenang bebaru ni ialah:

    1. Shiqeen Sattar (tempat ke 3 kategori SEO terbaik)
    2. Nanizati (saguhati kategori SEO terbaik)
    3. nina Mirza (saguhati kategori SEO terbaik)
    4. Saidila (Hadiah Saguhati Tambahan)

    Ramai juga yang masuk contest ni. Hampir 100 orang jugak. Yang tak menang bukan masuk sia-sia. Mereka dapat produk bernilai lebih RM60. So tak ada la mereka tulis untuk promot syarikat tanpa apa-apa imbuhan.

    Punca Menang

    Antara punca aku dan beberapa orang pelajar yang pernah ikuti kelas buat blog aku, selain daripada ilmu SEO yang mereka berjaya hadamkan, adalah kurangnya otai-otai SEO yang sertai contest ni.

    Ada 2-3 orang jer otai SEO yang aku kenal. Mereka ni pun menang hadiah. Otai lain mungkin tak ada masa terluang untuk sertai contest ni.

    Kalau otai-otai SEO yang lain masuk aku rasa berpeluh jugak nak menang. Kebanyakan blog diorang tahap super blog semuanya. Sekali update berdesup naik di page Google.

    Tak mendabik dada

    Aku duk perhati jugak. Selepas kemenangan masing-masing bebaru ni, student aku ni ada tak yang mendabik dada…

    Alhamdulillah.. mereka masih humble macam aku… Ecececeh.. terpuji diri sendiri pulak. Ya mereka ada ada update entri bagitau mereka menang, tapi itu hanyalah sekadar luahan hati mereka.

    Mereka bangga mereka menang. Giller tak bangga.. Ada yang tak sampai setahun ada blog, tapi boleh menang contest. Kategori SEO pulak tu.

    Kalau aku dulu setakat setahun buat blog tu, SEO pun tak tau lagi apa makna. Usahkan nak masuk contest… Untuk ini, aku ucapkan tahniah untuk blogger Shiqeen Sattar. Beliau menang tempat ke-3…

    I bangga atas kegigihan U…

    Yang lain pun aku bangga jugak. Korang dah berjaya applykan ilmu yang korang belajar. Tahniah. Gunakanlah ilmu tu untuk kemajuan blog korang. Jangan sombong…! Keep humble.. InsyaAllah korang akan dapat apa yang korang kejar.

    Contest baru

    Haaa dengar cerita ada contest kedua daripada syarikat yang sama. Korang masuklah ya. Masuk contest SEO ni banyak yang korang dapat belajar. Sekurang-kurangnya dapat mengasah bakat menulis review korang.

    Aku?… Tak tau la nak masuk ke tak contest kali ni. Sebabnya aku ni pemalas. Nak jadi top dalam contest SEO bukan kerja mudah bagi aku. Ia bukan sekadar ko buat entri lepas tu ko tinggal macam tu jer.

    Banyak lagi kerja belakang tabir yang korang kena buat. Entri yang dah ditanam tu nak kena siram dan baja jugak. Kalau tak, tak subur dia. Haaa.. bab-bab ni la yang aku malas ni. Hahahaha..

    Tengok la dulu. Kalau dapat ilham untuk masuk, aku masuk lagi. Kalau tak aku sokong kawan-kawan jer la…

    Ok.. Akhirulkalam.. Tahniah kepada yang berjaya…!

    p/s: siapa-siapa yang nak belajar ilmu asas SEO dan WordPress, korang boleh ka roger-roger aku ya… boleh la kita bincang-bincang…

    Latest articles

    Related articles

    34 Comments

    Leave a Reply to Nur Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge