More

    Shell Win Free Fuel Peluang Menang Isian Minyak Percuma RM10K

    menang minyak percuma
    Majlis Peancaran Shell Win Free Fuel

    de

    Peraduan Shell Win Free Fuel

    Shell memang terkenal dengan give away dan peraduannya. Mungkin dengan sebab ini juga ia lebih dekat di hati pengguna selain daripada kualiti minyaknya yang tinggi dan aktiviti kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat tentang penjimatan penggunaan minyak seperti Shell FuelSave Challenge dan sebagainya.

    Ketahui Cara Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!

    Kali ini Shell datang lagi dengan peraduan “Shell Win Free Fuel” untuk menghargai pengguna setianya. Pengguna shell akan berpeluang menjadi pemenang untuk hadiah hebat yang ditawarkan.

    Dato Sri Haji Hasan Malek
    Dato Sri Haji Hasan Malek

    Peraduan ini telah dilancar sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Hasan Malek pada 23 Disember 2014 yang lalu.

    Hadiah

    Ya.. Seramai 10,000 pelanggan setia shell akan berpeluang memenangi dan berkongsi hadiah yang bernilai RM2 juta daripada peraduan ini dalam bentuk isian minyak percuma.

    Pemenenang Utama Bulanan

    3 pemenang hadiah utama akan dipilih secara bulanan. Mereka akan membawa pulang hadiah berupa isian percuma minyak kenderaan selama setahun yang bernilai RM10,000.

    Pemenang Mingguan

    manakala seramai 835 pelanggan lagi akan memenangi isian percuma minyak kenderaan secara mingguan.

    Syarat-syarat Peraduan

    Syarat-syarat peraduan ini amat mudah. Pelanggan hanya perlu membelanjakan RM30 di setesen minyak shell untuk isian sebarang minyak samada petrol ataupun diesel termasuk Shell Fuelsave dan V Power di mana-mana stesen Shell seluruh negara.

    Kemudian isi borang yang disediakan dan jawab soalan ringkas. Jangan lupa untuk sertakan atau kepilkan sekali resit isian minyak tadi sebelum memasukkan borang ke dalam peti peraduan.

    Tarikh Tutup

    Peraduan ini bermula pada 23 Disember 2014 dan akan ditutup 12 minggu selepas itu iaitu pada 15 Mac 2015.

    Shell Prihatin

    Di shell kami komited untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih bijak untuk berbelanja di jalan raya dan dalam kehidupan. Kita faham bahawa rakyat bimbang dengan kos sara hidup yang meningkat, dan kita lihat ini sebagai satu peluang untuk meringankan beban mereka dan mengurangkan satu masalah untuk mereka fikir. komitmen ini, yang kami kenali sebagai mobiliti yang lebih bijak, adalah apa yang mendorong kami untuk melakukan inovasi dan penekanan terhadap cabaran pengangkutan penumpang dan barangan dengan selamat, kos efektif dan dengan pengurangan kesan terhadap alam sekitar.

    Sama ada anda memilih bahan api FuelSave Shell kami yang direka untuk bertahan lebih lama ataupun minyak premium Shell V Power kami yang memberikan anda prestasi yang anda perlukan untuk pemanduan yang menarik, kami memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami dengan bahan api percuma untuk membantu mengurangkan bebananmereka dan mengurangkan kerisauan mereka. ~ Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.

    Shell Select deli2go

    Di majlis itu juga Shell memperkenalkan kiosk ataupun mobile store yag diberi nama deli2go untuk memudahkan pelanggan yang berhenti mengisi minyak untuk membeli keperluan makanan.

    kiosk shell select
    deli2go

    Kiosk ini diperbuat daripada shipping container yang diubah suai menjadi kiosk yang teratur dengan pelbagai makanan dan minuman baik yang sejuk maupun yang panas.

    dapatkan kopi panas di deli2go untuk hilangkan rasa mengantuk anda
    dapatkan kopi panas di deli2go untuk hilangkan rasa mengantuk anda

    Setakat ini, kiosk ini sudah pun beroperasi di 16 stesen minyak Shell yang terpilih di seluruh Malaysia.

    Jom isi minyak kenderaan kat Shell. Manalah tau rezeki kita kat sini. Setahun boleh isi minyak percuma!!!

    Latest articles

    Related articles

    10 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge