Mengapa Saya Tidak Dirogol?

Kisah ini aku dapat daripada emel seorang kenalan aku lama dahulu.

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ceritanya tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Beliau memakai hijab dan memiliki akhlak seorang wanita Muslim yang baik.

Suatu malam beliau ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan beliau terpaksa mengambil jalan singkat untuk pulang disebabkan waktu malam yang sudah agak lewat. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang sudah agak lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan beliau agak gelisah. Rasa takut mula mencengkam jiwa. Lebih-lebih lagi beliau sedar bahawa beliau berjalan berseorangan. Jika terjadi apa-apa yang buruk, memang tiada orang yang dapat menolong beliau.

Tiba-tiba beliau ternampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu di jalan yang beliau lalui tersebut. Peluh renik mula membasahi muka. Beliau sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.

“Apa yang harus aku lakukan?” detik hatinya yang makin bercelaru dengan keadaan cemas dan takut.

Dalam fikiran beliau pada waktu itu tidak lain dan tidak bukan, hanya Allah sahaja yang beliau ingat. Apa yang beliau boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.

Beliau lantas membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu daripada segala yang buruk.

Dengan menyerahkan nasib diri kepada Allah, beliau bertawakal untuk mengharungi lorong melintasi lelaki tadi. Semasa melepasi tempat lelaki itu bersandar, beliau sempat menoleh dan dapat mengecam wajah lelaki tersebut. Nasib baik lelaki tersebut buat tidak endah dan wanita tersebut selamat sampai ke rumahnya.

Hanya syukur yang dapat beliau panjatkan pada tuhan. Tuhan teah memelihara beliau daripada malapetaka pada malam itu.

Keesokkan paginya, beliau terbaca dalam akhbar bahawa seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di lorong yang beliau tempuhi dalam ketakutan pada malam tadi. Kejadian berlaku hanya 10 minit selepas beliau melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang beliau lihat malam tadi adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab beliau terus ke balai polis dan membuat aduan. Muslimah ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa memang sah lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Timbul rasa hairan di dalam diri muslimah ini kenapa lelaki tadi tidak menjadikan beliau mangsa ketika beliau melalui lorong tersebut walhal beliau keseorangan di masa itu tetapi lelaki tadi memilih untuk merogol perempuan yang lalu selepas beliau. Muslimah ini sngat teringin untuk tahu apa sebabnya.

Jadi beliau telah meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan lelaki perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Beliau bertanya lelaki perogol itu:

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Lelaki perogol tersebut lantas menjawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Muslimah ini rasa amat terkejut bila mendengar penjelasan lelaki perogol itu. Belaiu bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara beliau pada malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang beliau amalkan dan baca pada malam kejadian.

Jadi, biasakanlah diri kita terutama wanita dalam kes ini untuk amalkan membaca ayat kursi. Sungguh besar fadhilatnya. Dan telah terbukti melalui cerita ini featured-2“>ia boleh menjadi petua untuk elakkan kena rogol. Inilah tips yang amat mudah untuk elakkan wanita daripada kena rogol. Namun ia nya haruslah diamalkan secara istiqamah, barulah ia menjadi senjata yang ampuh.

Selamat beramal dengan ayat kursi. Moga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah daripada segala sesuatu kejahatan dunia.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: