Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

apps taxi monger Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

aplikasi teksi monger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk mengelakkan stress dan kepenatan memandu di dalam kesesatan lalulintas, menggunakan perkhidmatan kenderaan awam adalah salah satu alternatif. Namun masalah dengan kenderaan awam seperti bas, monorel, dan LRT adalah kita terpaksa pula bersesak-sesak sesama penumpang. Kadang-kadang kita tidak mendapat tempat duduk dan ini berakhir dengan keletihan dan stress juga.

Di antara kenderaan awam yang paling menepati kehendak di atas adalah teksi. Dengan teksi kita boleh duduk dan berehat tanpa perlu bersesak-sesak dengan penumpang lain.

Namun teksi juga ada kelemahannya seperti susah untuk dapatkan teksi sehinggakan kadang-kadang memakan masa berjam-jam menunggu dan menahan teksi. Kadang-kadang terpaksa berhujan dan berpanas demi untuk mendapatkan teksi.

Itu dahulu. Sekarang masalah ini sudah dapat diatasi dengan adanya aplikasi telefon pintar TAXI MONGER. Aplikasi ini boleh di muat turun samada di Google Play ataupun Apps Store.

Dengan menggunakan aplikasi Taxi Monger anda boleh menempah teksi semasa anda di dalam rumah ataupun di pejabat. Hanya klik-klik dihujung jari, anda sudah boleh menempah teksi bila-bila masa dan di mana sahaja.

Cara menempah Teksi dengan Taxi Monger:

Aku dapati ada beberapa aplikasi untuk menempah teksi di Malaysia. Tetapi aku lebih suka Taxi Monger kerana kelebihannya berbanding dengan aplikasi sama daripada syarikat lain. Kelainan yang aku maksudkan ialah:

1. TAXIMILE

TaxiMile ialah program kesetiaan (Loyalty Programme) yang memberi mata ganjaran kepada pelanggan yang setia dan sentiasa menggunakan khidmat aplikasi ini.

Anda akan mendapat mata ganjaran bergantung kepada berapa kilometer anda menggunakan teksi. Untuk 1KM perjalanan dengan teksi anda akan diberi 1 mata TaxiMiles. Jadi semakin banyak anda menggunakan Taxi Monger, semakin banyak mata ganjaran yang akan diganjari.

Mata ganjaran ini apabila terkumpul sekian banyak akan melayakkan anda menebus dengan pelbagai hadiah menatrik bermula daripada iPad sehingga ke tiket wayang. Contohnya untuk 1,000 mata TaxiMiles, anda boleh menukarkannya dengan Baucar KFC Snack Plate. Untuk 2,000 mata, ia boleh ditukar dengan kad Starbucks dengan nilai prabayar RM20. Menarik bukan? Untuk mata TaxiMiles dan nilai penebusan anda boleh periksa di Galeri Taxi Miles.

barangan uuntuk di tukar Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

antara barangan yang boleh ditukar dengan mata ganjaran TaxiMiles

Anda juga boleh memeriksa baki mata Taxi Miles dengan kemaskini terbaru TaxiMonger 3.0.

Promosi TaxiMiles

Untuk memperkenalkan program ini dengan lebih meluas, Taxi Monger (TM) sedang mengadakan kontes di Facebooknya. Sila singgah di Facebook.com/TaxiMonger untuk turut serta dalam kontes. Anda berpeluang menang hadiah yang ditawarkan.

Dengan program kesetiaan ini, TM adalah yang pertama seumpamanya menyediakan program sebegitu sekaligus membezakannya dengan pesaingnya. Jadi anda akan lebih dihargai dengan memilih aplikasi ini untuk perkhidmatan teksi anda. Dengan TM anda akan mendapat lebih ganjaran dan lebih berbaloi.

2. Taxi Monger dan kolaborasi dengan Flexiroam

Bersempena dengan pelancaran Kolaborasi TaxiMonger-FlexiRoam pada 10 September 2013, TM akan menawarkan perkara berikut tanpa sebarang caj:

Kredit FexiRoam sebanyak RM50 akan diberi kepada pelanggan sedia ada yang mendaftar bermula daripada 9 September 2013 dan juga kepada pelanggan yang baru mendaftar. Tawaran ini akan tamat pada 9 September 2014.

Kredit FlexiRoam ini akan dimasukkan secara otomatik kepada pelanggan sedia ada maupun yang baru berdasarkan alamat emel dan nombor telefon semasa pendaftaran dengan TM. Notifikasi tentang perkara ini akan dihantar kepada pelanggan yang baru.

Kredit bernilai RM50 tadi boleh digunakan oleh pelanggan Taxi Monger apabila mereka melancong ke luar negara untuk lebih penjimatan dalam caj roaming. Secara purata, dengan nilai kredit yang diberi, pelanggan akan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM100 sehari untuk caj roaming.

Ada juga hadiah wang tunai yang akan diberi. Untuk mendapatkan peluang memenangi wang tunai sebanyak RM1000. Sila ke laman web Taxi Monger untuk info lebih lanjut tentang ini.

3. Ringkas dan mudah

Buka aplikasi kat telefon bimbit, dan buat tempahan. Bila-bila masa dan di mana sahaja. Senang. Tak perlu bersusah payah, berpanas berhujan dan segala bagai.

info tempahan Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

tempahan aku buat daripada Jalan Sultan Ismail ke KL Sentral

4. Faktor keselamatan

Ini sebenarnya amat penting kepada pelanggan. Pelanggan memang rasa selamat kerana semua info pemandu termasuk nama, nombot plet teksi, nombor telefon malah foto pemandu juga akan diberi kepada pelanggan selepas tempahan disahkan.

Jika kita tertinggal barangan berharga di dalam teksi misalnya, amat mudah untuk menjejakinya. Kerana rekod pemandu dan teksi berserta dengan masa perjalanan ada dalam simpanan.

Semasa aku menggunakan teksi tempahan melalui aplikasi Taxi Monger baru ini, pemandu teksi tersebut, berbangsa India telah menunjukkan iPhone 5 yang pelanggan sebelum aku tertinggal. Dia hanya menunggu panggilan telefon daripada pelanggan tersebut untuk memulangkannya.

pemandu teksi Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

Pemandu teksi yang menggunakan perkhidmatan aplikasi Taxi Monger

5. Lokasi senang dicari

Lokasi kita senang dicari oleh pemandu teksi, walaupun pemandu teksi tersebut baru menjadi pemandu teksi. Hanya sentuh pada peta pada Google map yang kita sahkan semasa membuat tempahan, pemandu teksi dengan mudah akan mencari lokasi kita yang sedang menunggu.

peta lokasi pelanggan Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

peta lokasi pelanggan

6. Kebersihan Teksi

Kebersihan teksi terjaga dan pemandunya kebanyakannya berhemah. Ini adalah kerana ia juga merupakan syarat untuk pemandu tersebut untuk mendapatkan pelanggan daripada perkhidmatan Taxi Monger.

menemubual pemandu teksi Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

sesi temuramah sedang berjalan

Segalanya mudah. Tempah teksi dan tunggu ia datang. Teksi yang mengambil kita nanti akan menggunakan meter perjalanan teksi yang biasa. Cuma apabila sampai ke destinasi kita dikehendaki menambah RM2 daripada kos perjalanan teksi mengikut meter tadi. Ini adalah caj untuk perkhidmatan Taxi Monger. Mengikut kata pemandu tersebut, caj RM2 ini adalah yang paling murah berbanding caj perkhidmatan aplikasi yang sealiran dengannya. Ada yang mengenakan caj sebanyak RM4. Jadi RM2 masih dikira rendah.

meter perjalanan Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

meter perjalanan teksi

Namun syarikat yang menyediakan aplikasi ini perlu membuat sedikit upgrade kepada aplikasi dan servis mereka. Aplikasi Taxi Monger kadang kala “crashed” ataupun tidak berfungsi. Untuk memaut turun aplikasi ke telefon bimbit juga agak sukar dan memakan masa. Ini yang dialami oleh aku. Ada pengguna yang lain tidak mengalami masalah seperti aku. Mungkin jenis telefon pintar juga memainkan peranan. Cuma aku tidak terkesan sangat dengan masalah ini kerana ada stad mereka yang telefon dan cuba selesaikan masalah tersebut.

Begitu juga selepas proses menempah teksi dibuat. Notifikasi yang diterima menyatakan tiada teksi yang boleh menerima tempahan. Namun staf mereka pantas menelefon dan menolong membuat tempahan secara manual.

Secara keseluruhan, idea Taxi Monger adalah terbaik. Ia memang menyenangkan dan memberi banyak manfaat yang lain kepada pengguna. Cuma ia akan menjadi lebih baik sekiranya beberapa masalah kecil tadi dibaiki. Berikan Taxi Monger sedikit masa untuk mereka memperbaiki kelemahan kecil mereka.

Anda boleh mengikuti segala info dan kemaskini daripada Taxi Monger dengan menekan butang like facebook mereka: https://www.facebook.com/TaxiMonger

fb page taxi monger Menggunakan Khidmat Teksi Lebih Mudah Dengan Taxi Monger

facebook Taxi Monger

3,378 total views, 6 views today

Comments

  1. Anna Tan says

    Thank you for sharing this, yes i had use TaxiMonger service before, their driver is more polite than Myteksi driver.

    Bravo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam