More

    Menjadi Krew Firdaus Azizi

    update-blog

    Lambat aku membuka laptop malam ini. Hari minggu memang susah sikit aku nak buka laptop dan membuat kerja online. Anak-anak dan isteri semuanya di sisi. Aku lebih memilih untuk melayan mereka.

    2 hari je kot hari minggu. apa salahnya menumpukan perhatian kepada mereka setelah 5 hari kita bergelumang dengan kerja hakiki kita. Masa ni lah kita peruntukkan masa berkualiti bersama mereka.

    Selepas membancuh segelas air kelapa laut tadi, aku mula melakukan kerja online. Oh ya, air Kelapa Laut Man Java ini sudah menjadi minuman rasmi aku di malam hari semenjak aku mendapatkan daripada seorang rakan blogger. Best! Dah jadi macam ketagih pula aku. Malam ni saja dah dua kali aku bancuh pati Kelapa Laut ini.

    Tak lama aku di atas talian ni. Cukup je leteran aku ni lebih kurang 300 patah perkataan jer. Lepas tu aku akan tidur. Besok kena bangkit awal. Nak kena sampai Bandar Sri Putra sebelum pukul 8.30 pagi. Hmmm jauh tu.

    Oh ya besok aku menjadi krew untuk program latihan FB Ads Adavance. Sambil menolong untuk kelancaran majlis, aku juga dapat belajar ataupun refresh kembali apa yang aku telah belajar dahulu.

    Firdaus Azizi Training and Consultancy (FATC)

    firdaus-azizi

    Firdaus Azizi adalah rakan seperjuangan aku semasa kami belajar ilmu blogging daripada Akademi Denaihati sedikit masa dahulu. Kami bermula daripada kelas intermediari sehinggalah ke kelas blog advance. Hanya 4 orang sahaja daripada pelajar-pelajar di situ yang menyambung sehingga ke tahap advance.

    Bukan sedikit kos yang aku terpaksa habiskan.  Namun aku sangat puas sehingga ke saat ini.  Apa yang aku pelajari banyak menolong aku maju selangkah ke hadapan daripada blogger-blogger sengkatan dengan aku pada masa itu.

    Firdaus Azizi yang mempunyai pengalaman dalam bidang jualan online ni terus mengorak langkah menjadi Coach untuk FB Ads selepas itu. Ilmu dan pengalamannya memang banyak membantu beliau sehingga nama beliau dah duduk sebaris dengan sifu media social lain yang Habat.

    Besok, hasil daripada pelawaannya, aku telah bersetuju untuk membantu beliau dengan menjadi krew semasa kelas sedang berjalan. Ok la tu. Aku pun dah lama tak jumpa Daus ni. Beliau juga adalah sifu aku semasa menghadiri kelas Asas FB Ads sedikit masa dahulu.

    Jadi sesiapa yang hendak belajar FB Ads boleh la menghubungi beliau:

    ->> seminar Facebook Marketing firdaus Azizi

    Eh dah lebih 300 patah perkataan. Ok, selamat malam.

    Latest articles

    Related articles

    13 Comments

    Leave a Reply to JMR Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge