6

Menu Khas Daripada Pretz n Beanz Khas Untuk CNY

Chinese New Year (CNY) hampir tiba. Sudah menjadi tradisi, kaun cina akan makan besar di malam CNY. Ada yang makan besar di rumah dan ada yang akan mengadakan majlis makan-makan ni di restoran maupun hotel.

Biasanya restoran-restoran dan hotel-hotel akan mula menyediakan menu sempena CNY ni. Tidak ketinggalan juga Cafe Pretz n Beanz. Cafe yang menyediakan menu-menu berasaskan pretzel di Solaris Mont Kiara ini semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar Pretzel.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku akan ke sini untuk mencuba menu yang berlainan sambil membuat review di blog Food n Travel aku.

pretzel kat sini memang sedap-sedap belaka

Kali ini (Sabtu lepas) aku dijemput lagi untuk mencuba sendiri keenakan dan keunikan menu-menu khas untuk CNY. Menu-menu ini tiada di hari biasa. Ia memang khas untuk CNY.

Menu-menu ni adalah menu-menu untuk CNY. Kombinasi setnya korang boleh lihat kat promosi CNY PnB kat bawah nanti.

Healthy Smoked Salmon Salad

HUAT AH! Abalone Pretzel Pizza 10”

HAHAHA Happiness Prawn Hawaiian Pretzel Pizza 10”

Happy Long Life Prawn Spaghetti

Wealthy Goldfish Jelly

smoked salmon dessert

Promosi CNY PnB

Masa promosi: 14 Januari – 11 Februari 2017

Chef’s Special Main Course (Set untuk 2 orang)

Set ini adalah untuk 2 orang. Item lain sama, cuma untuk pizza korang kena pilih antara HUAT AH! Abalone Pretzel Pizza 10” dan HAHAHA Happiness Prawn Hawaiian Pretzel Pizza 10”.

Ini adalah senarai menu set ini:

Healthy Smoked Salmon Salad
+
Pilih satu (1) antara:
HUAT AH! Abalone Pretzel Pizza 10” (for 2pax)
atau
HAHAHA Happiness Prawn Hawaiian Pretzel Pizza 10” (for 2pax)
+
2x Double Golden Kwa Fa Fish Jelly
+
2x drinks (Americano Coffee /Gourmet Tea)

Chef’s Special (Set untuk 1 orang)

Set menu ni hanya untuk seorang. Menu lain sama dengan set sebelum ini cuma set ini disertakan Happy Long Life Prawn Spaghetti.

Healthy Smoked Salmon Salad
+
Happy Long Life Prawn Spaghetti
+
1x Double Golden Kwa Fa Fish Jelly
+
1x drinks (Americano Coffee /Gourmet Tea)

Chef’s Happy Ong Munch

Set ini adalah untuk 2 orang. Ia dibahagikan kepada 2 set kecil:

Set 1
2x ONG ONG Smoked Salmon Lou Sang Salad
+
2x drinks (Americano Coffee / Gourmet Tea)
+
2x Wealthy Goldfish Jelly

Set 2
Double Golden Kwa Fa Fish Jelly & Drink (untuk 2 orang)

Komen Sohoque

Aku dah cuba semua menu-menu di atas. Semuanya sedap. Kalau tanya aku yang mana paling best… Aku pilih Happy Long Life Prawn Spaghetti. So kalau aku nak yang ni aku kena order Chef’s Special (Set untuk 1 orang). Haaa gitu kekdahnya…!

Korang kalau nak rasa pengalaman makan menu CNY ni kena cepat tau. Sebabnya ia dioffer sempena CNY jer. Selepas 14hb Februari menu ni tak ada dah.

Oh ya.. Walaupun PnB tengah promosikan menu CNY, korang jangan risau. Menu-menu biasa tetap disediakan seperti biasa. Cuma menu-menu biasa ni setiap masa ada. So tak kesah sangat la kan…

Show Comments

7 Comments

  1. YB SHEHAN January 13, 2017
  2. nor hazmira January 13, 2017
  3. Mama Kembar 3 January 13, 2017
  4. titan January 14, 2017
    • sohoque January 14, 2017
  5. SuperJelek January 21, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: