More

    Merancang Percutian Bajet Dengan Agoda Dan Visa

    BOOK HOTEL

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

    Memang seronok jika dapat melancong ke tempat-tempat impian. Namun percutian juga memerlukan perancangan yang rapi. Banyak faktor yang harus difikirkan. Dari segi kos, tempat tinggal dalam percutian, tempat pilihan untuk bercuti dan bermacam-macam lagi. Pendek kata merancang percutian yang bajet tidaklah semudah yang disangka. Aku pernah kongsikan tentang perkara ini di dalam entri Merancang Percutian Bajet dan tips percutian dalam Malaysia.

    Dalam soal tempat penginapan ada satu cara yang mudah untuk menempah tempat penginapan. Tak kiralah apa jua jenis penginapan yang anda mahukan daripada hotel 5 bintang sehinggalah ke Homestay. Anda boleh gunakan perkhidmatan tempahan atas talian (online booking). Antara syarikat ataupun ejensi pelancongan yang penyediakan perkhidmatan ini adalah Agoda.com.

    Agoda logo

    Agoda ialah salah sebuah laman tempahan atas talian yang terkemuka di Asia. Ia adalah online travel agency yang menumpukan kepada hotel dengan menawarkan fungsi penuh tempahan dalam 38 bahasa menerusi desktop, smartphone dan tablet. Perkhidmatan tempahan atas taliannya termasuk penginapan alternatif seperti Homestay dan program sukarela. Semuanya boleh ditempah dengan hanya beberapa klik. Setakat ini sudah ada 380,000 tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda di seluruh dunia. Dan angkanya sentiasa bertambah dari hari ke hari.

    Mengikut satu kajian yang dibuat oleh Visa’s 2013 Global Travel Intentions, orang Malaysia terutama yang berumur di antara 25 – 34 tahun (Gen Y) ebih gemar mengambil lebih masa untuk merancang percutian mereka supaya bersesuaian dengan bajet mereka untuk mendapat percutian yang terbaik. 81 peratus daripada mereka merancang 14 minggu sebelum percutian mereka. Kajian tersebut juga mendedahkan, Agoda adalah salah satu daripada pilihan mereka untuk mencari maklumat untuk perancangan percutian mereka.

    Hanya masuk ke laman web Agoda dan pilihlah tempat penginapan yang anda suka mengikut tempat percutian yang anda akan lawati. Mudah bukan?

    Untuk urusan pembayaran online booking pula, membayar dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit amatlah mudah. Antara kad kredit dan kad debit yang biasa menjadi pilihan orang ramai untuk urusan ini adalah kad kredit visa.

    logo visa

    Kini tempahan menggunakan Agoda menjadi lebih menarik dengan adanya kempen penjimatan tempahan penginapan hasil kerjasama Visa dan Agoda.

    Apakah Visa Wednesday (VisaWedMy)

    Ia ialah satu program penjimatan tempahan penginapan hasil kerjasama antara Visa dan Agoda yang menawarkan potongan sehingga 12 peratus ke atas semua tempahan yang dibuat pada hari Rabu dengan menggunakan Kad Visa (kad kredit atau debit Visa) daripada sekarang sehingga 4 June 2014. Ianya untuk penginapan yang dirancang sehingga 31 Disember 2014 sahaja.

    Untuk mendapatkan tawaran ini, orang ramai perlu masuk melalui pautan www.agoda.com/visawedmy. Destinasi yang dicadangkan dan tawaran khas juga disenaraikan pada laman tersebut untuk membantu pelawat mencari tawaran terbaik semasa menempah penginapan mereka.

    Dengan menggunakan Agoda untuk tempahan atas talian, pelawat bukan sahaja boleh memanfaatkan tawaran VisaWedMy malah banyak lagi kelebihan yang boleh didapati daripada laman tempahan ini. Diantaranya:

    • Agensi Pelancongan atas talian (Online travel agency) ini mempunyai kerjasama yang erat dengan hotel, resort, rumah rehat dan homestay untuk memberikan pelanggannya kadar yang terbaik. Kekuatan travel agenci ini khasnya di Asia membolehkannya memberikan harga terbaik dan promosi yang kerap kepada pelanggan
    • di Agoda, penyedia penginapan boleh memuat naik kadar sewaan dan melakukan promosi secara terus menerusi sistem intranet yang unik
    • “Flash deals” ini akan dipaparkan dengan huruf berwarna merah menunjukkan peratusan penjimatan yang bakal diperolehi apabila menempah sesuatu penginapan.
    • “Flash Deals” yang mendapat sambutan di Agoda termasuklah diskaun penempahan awal yang melebihi 30% dan diskaun saat akhir sehingga 60%
    • walaupun membuat penempahan di saat akhir memungkinkan penempah memperolehi diskaun yang banyak, perbuatan ini juga boleh membuatkan hotel yang diinginkan habis ditempah oleh pelanggan lain. Jadi tempahan awal amatlah digalakkan
    • pastikan anda membaca informasi yang disediakan di ruangan “Hotel” di laman web Agoda. Informasi daripada foto-foto hotel, saiz bilik, dan harga sehinggalah polisi hotel, polisi pembatalan tempahan dan review pelanggan ada disediakan kepada pelawat laman tempahan ini

    Kelebihan lain menggunakan Agoda ialah ia ada menyediakan review ataupun pendapat tentang penginapan oleh orang yang pernah menempah penginapan tersebut. Ia sungguh berbaloi dengan apa yang dibayar. Agoda menyediakan lebih 4 juta review hotel dan memberikan kedudukan ranking mengikut skor review. Review ini hanya boleh dihantar oleh penginap setelah mereka menetap dan membayar hotel tersebut.

    Dengan membaca review tentang kelebihan dan kekurangan hotel yang telah dibuat oleh penginap, ia pastinya akan membantu penginap baru untuk memilih penginapan mengikut keutamaan mereka.

    Ranking yang diberikan oleh Agoda juga dapat membantu penginap baru dalam memastikan kualiti hotel yang bakal dihuni.

    Cara buat tempahan dengan VisaWedMy

    Aku pun sedang merancang satu percutian pendek dalam negeri sempena ulangtahun perkahwinan aku pada 25 Mei 2014 ini. Jadi aku telah mencuba menempah dengan VisaWedMy. Berikut adalah cara-caranya:

    1. masuk ke pautan www.agoda.com/visawedmyagoda 1
    2. di dalam laman tersebut anda digalakkan untuk membuat tempahan daripada seksyen “Top Destinations” atau seksyen “Featured Hotels”. Ini adalah kerana kedua-dua seksyen inilah diletakkan hotel-hotel yang sedang mengadakan tawaran istimewa.top destination
    3. daripada sini pilihlah percutian di luar negara seperti Bali, Japan, Taipei, Singapore, Seoul ataupun Australia (jika anda merancang percutian ke luar negara), atau Kuala Lumpur, Penang, Melaka or Kota Kinabalu jika anda merancang percutian pendek di dalam negara. Dalam kes aku, aku memilih Penang (Pulau Pinang) sebagai lokasi percutian kami nanti.penang
    4. anda juga boleh mencuba jenis penginapan bukan hotel seperti homestay dan sebagainya jika anda mencari kelainan untuk penginapan
    5. Anda digalakkan untuk membaca review-review yang telah ditulis oleh pelancong-pelancong yang telah menginap di situ untuk mendapatkan pandangan di sebelah pihak pelanggan.reviewsBerdasarkan review yang bagus dan rating yang tinggi, aku telah membuat keputusan untuk memilih hotel Eastern And Oriental Hoteleastern and oriental hotel

    Anda boleh lihat perbezaan kadar sewaan hotel sebenar berbanding dengan diskaun yang aku nikmati dengan menggunakan Visa Wednesday. Banyak juga diskaunnya. Merasa juga aku menginap di hotel 5 bintang.

    Tempah sekarang, bayar kemudian

    Lagi yang menariknya menggunakan laman tempahan ini ialah kita boleh membuat tempahan terlebih dahulu. Pembayaran dibuat kemudian semasa mendaftar masuk hotel.

    Polisi pembatalan tempahan

    Polisi hotel ini ada dinyatakan di sebelah kanan page di mana kita membuat penempahan hotel tadi. Ia ada menyatakan bahawa sebarang pembatalan tempahan yang dibuat sebelum 7 hari daripada tarikh mendaftar masuk ke hotel tidak akan dikenakan apa-apa caj. Namum jika pembatalan tempahan dibuat di dalam masa 7 hari daripada tarikh mendaftar masuk, pelanggan akan dicaj dengan satu malam penginapan. Begitu juga jika pelanggan gagal muncul pada hari mendaftar masuk. Pelanggan juga dikenakan caj untuk satu malam penginapan di situ.

    cancellation policy

    Jom cuba kempen penjimatan tempahan penginapan ini. Anda mesti teruja dengan mudahnya membuat urusan tempahan dan banyaknya diskaun yang diperolehi berbanding dengan membuat tempahan di hari lain.

    Ingat Rabu, Ingat Visa Wednesday…!

    Latest articles

    Related articles

    29 Comments

    1. memang selalu booking hotel guna agoda.. best price guarantee..! tapi dengan ada nya promosi agoda dan visa lagi lah menarik….

      p/s: kena check kalendar lah rancang percutian… 😀

    2. […] Pada 25 Mai yang lalu aku berkesempatan bercuti ke Port Dickson. Kami telah memilih Hotel Grand Lexis, salah sebuah hotel yang paling best di Port Dickson untuk penginapan kami. Terima kasih kepada Agoda kerana menaja percutian kami kali ini yang aku tempah melalui Visa Wednesday. […]

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge