Messi Atasi Pendapatan Beckham

Berikut adalah pemain bolasepak yang mendapat pendapatan tertinggi (Laporan terkini ini disediakan oleh majalah France Football):

1. Lionel Messi

  • Selain bergelar pemain terbaik dunia, penyerang Argentina, Lionel Messi juga merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi tahun ini.
  • Bintang sensasi Barcelona itu dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £27.4 juta (RM133.577 juta) tahun ini menerusi gaji serta bonus sebagai pemain selain penajaan dan pengiklanan yang membabitkan dirinya.
  • Gaji tahunan sebanyak £13 juta (RM63 juta) yang diterima Messi akan bertambah menerusi pembabitan dirinya sebagai duta bersama dua jenama terkemuka dunia iaitu Pepsi dan Adidas.

2. David Beckham

  • Meskipun sekadar beraksi bersama Los Angeles Galaxy (LA Galaxy) dalam saingan Major League Soccer (MLS) namun Beckham masih mampu untuk meneruskan kehidupan mewahnya.
  • Beckham, 36, dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £26 juta (RM126.7 juta) tahun ini menerusi pembabitannya sebagai duta jenama terutama selepas menandatangani perjanjian sebagai duta Samsung sempena temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

3. Cristiano Ronaldo

  • Penyerang Real Madrid

4. Samuel Eto’o

  • Penyerang Kelab berbelanja besar Anzhi Makhachkala

5. Wayne Rooney

  • Penyerang Manchester United

Sementara itu, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menjadi jurulatih paling tinggi menerima bayaran dengan pendapatan sebanyak £10.19 (RM49.67 juta) tahun ini.

Jurulatih Paris St. Germain (PSG), Carlo Ancelotti berada di tangga kedua diikuti jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, ketiga. – Agensi

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: