3

Minggu Anak-Anak Terima Hadiah

anak-anak dapat hadiah

Iqbal dan Iffah

Minggu ni adalah minggu anak-anak terima hadiah. Untuk tadika atau Pre-School pula minggu adalah minggu persembahan dan penyampaian sijil diorang. Minggu sebelum ni adalah minggu ambil Kad Laporan Pencapaian (report Card). Zaman saya dulu dipanggil Kad Kemajuan. Zaman dah berubah. Istilah pun berubah. 😀

Ibu bapa pula terpaksalah ambik cuti untuk bersama-sama ambil report card. Ok la tu. Kalau tidak siapa lagi nak ambil. Anak kita kaannnn..? Sambil tu boleh la beramah mesra dengan guru kelas. Boleh la tanya prestasi dan kelakuan murid di sekola, di belakang kita.

Sama la bila hari Majlis Penyampaian Hadiah. Kalau sekolah buat hari minggu tak apa la. Kalau buat hari kerja? Ambil cuti lagi lah nampak gayanya. Tapi ibubapa yang tak mau ambil cuti sebab nak reserve cuti untuk perkara lain boleh la bergilir ambil cuti. Kalau ibu ambil cuti untuk ambil report card, ayah pula ambil cuti untuk Majlis Penyampaian Hadiah. Begitulah jika sebaliknya.

Anak-anak saya 2 orang tu pun tidak ketinggalan. Si Iffah dari minggu lepas lagi sibuk hafal skrip lakonan dan nyanyian untuk tadika/Smart Soleh Intergrated Pre-Schoolnya. Dengar cerita dia kena nyanyi dan berlakon. Bawa watak mak lagi.. 😆 Majlis Graduation akan dibuat di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam.

Si Iqbal pula akan naik pentas pada hari Sabtu ni untuk ambil hadiah. Alhamdulillah dia yang bersekolah dalam darjah 3 di Sekolah Rendah Bukit Jelutong Shah Alam berjaya dapat nombor satu dalam kelasnya.

Yang bestnya saya tak perlu mohon cuti daripada bos. Sebab kerja saya bukan 9 pagi – 5 petang punya kerja. Saya punya masa kerja boleh saya aturkan. Sungguh fleksibel. Jadi isu nak mohon cuti tiada masalah bagi saya. Itulah salah satu keistimewaan kerja sebagai unit trust consultant yang sungguh menyeronokkan saya, selain daripada income yang juga lumayan mengikut performance kita. Disamping itu juga ada insentif percutian PERCUMA bertaraf 5 bintang ke luar negara. Passive income juga ada untuk menolong kita di masa kita sudah penat untuk berkerja.

Seronok sungguh kerja sebagai Unit Trust Consultant ini. Sesiapa nak tahu dengan lebih lanjut tentang kerja ni, boleh berhubung dengan saya untuk diskusi lanjut. Boleh hubungi saya di SINI

Jadi kepada ibu bapa, rancanglah cuti anda di minggu anak-anak terima hadiah ni.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: