188

Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad

perfume hajarul aswad

Minyak atar wangian hajarul aswad kaabah

Minyak atar ataupun perfume wangian Hajarul Asawad

Ini lah minyak atar yang aku beli di madinah di hari-hari terakhir aku berada di madinah 2 tahun yg lalu. Apa yang menariknya tentang minyak atar ini ialah ia berbau wangian hajarul aswad. Aku pernah beberapa kali menitiskan air mata kerana minyak atar ini. Apa tidaknya, bila aku terbau wangian nya aku terus terasa sayu dan rindu untuk ke sana lagi.

Aku pernah ke tanah suci mekah untuk mengerjakan ibadat umrah pada tahun 2011. Aku menyertai rombongan dari Andalusia Travel and Tours. Bersama-sama aku ialah isteri tercinta dan emak mertua. Kami masuk ke Mekah dahulu, barulah ke Madinah.

Aku berada di tanah suci Mekah agak lama daripada jemaah lain iaitu 10 hari. Jemaah lain hanya 7 hari sahaja sebelum bertolak ke kota suci Madinah.

Sewaktu aku pergi pada bulan mac 2011, jemaah umrah agak ramai. Fenomena ini mungkin kerana selepas musim haji 2010, kerajaan Arab Saudi membekukan visa umrah seketika dan hanya dibuka pada bulan Mac 2011. Menurut mutawwif yang memimpin kumpulan kami, suasana ramainya jemaah mengunjungi masjidil haram seperti pada waktu itu adalah amat mirip dengan jumlah jemaah pada musim haji dan waktu bulan Ramadhan.

Oleh sebab itu kami agak sukar untuk mendekati Kaabah apatah lagi untuk mencium hajarul aswad. Nampak agak mustahil untuk bersesak-sesak berebut dengan jemaah lain yang rata-rata bersaiz badan yang agak besar daripada aku.

Percubaan pertama aku di hari kedua ternyata gagal. Ustaz mutawwif tu kata jika tidak mampu pergi dan mencium Hajarul Aswad, cukuplah melambai dan membayangkan kita mencium batu tersebut. Namun perasaan aku macam tak puas hati. Ya la alang-alang dah sampai lebih baik aku usahakan. Bukan senang aku nak sampai lagi ke sini.

Balik daripada beribadah di Masjidil Haram pada malam lepas isyak tu aku berjalan bersama-sama dengan seorang anak muda di dalam rombongan aku yang berasal daripada Subang Jaya. Daripada beliaulah aku mendengar satu cerita yang benar menguatkan hasrat aku untuk pergi dan mencium batu daripada syurga itu.

Beliau menceritakan bahawa pada petang tadi beliau sedang termenung dari jauh melihat orang ramai berebut-rebut untuk mencium Hajarul Aswad. Beliau terasa agak lemah semangat. Namun dalam hati kecil beliau, beliau berdoa semoga Allah kabulkan hasratnya untuk mencium batu yang dimuliakan nabi itu.

Sejurus selepas beliau berdoa, datang seorang berketurunan Arab berjubah putih kearahnya. Lelaki ini mengarahkannya pergi ke arah Hajarul Aswad. Dia lantas bangun dan menuju ke arah batu itu. Lelaki tadi berjalan disisinya seperti menyekat laluan orang lain untuk berebut dengannya. Seperti mimpi kata beliau, beliau terus sahaja sampai di depan Hajarul Aswad tanpa halangan yang sukar. Selesai mencium baru tersebut, beliau beredar ke tempat lain untuk memberi laluan kepada orang lain. Dicarinya lelaki yang menolongnya tadi. Dan lelaki tersebut sudah pun hilang dicelah-celah jemaah yang ramai. Benarlah kata orang, di sini doa kita amat mudah dikabulkan walaupun hanya lintasan hati.

Cerita ini menguatkan azam dan keyakinan aku untuk terus mencuba untuk mencium batu yang turut dicium oleh Rasulullah itu. Usaha aku berjaya pada hari-hari terakhir aku di tanah suci Mekah.

Amat sukar menggambarkan perasaan aku pada ketika mencium batu tersebut. Air mata terus berlinang mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengabulkan niat aku. Sehingga sekarang suasana itu masih terbayang di mata aku.

Menciumnya tidak lama. Hanya 5 saat sahaja aku rasa. Namun kepuasannya sukar digambarkan.

Di Madinah, aku tergerak hati untuk beli minyak atar (gambar di atas) sebagai kenangan dan ingatan aku pada peristiwa tersebut.

Sekarang jika aku mengenakan pewangi tersebut pasti kerinduanku untuk ke sana akan membuak-buak. Ya Allah ya tuhanku.. Izinkanlah aku ke sana lagi.. Ameen.

 

p/s: Info tambahan aku baru dapat dalam whatsapp:
Hajar Aswad merupakan Super KonduktorEncyclopedia Americana menulis:

“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, karena rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memencarkan gelombang elektromagnetik.Menurut hasil penelitian dari 15 Universitas: Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada.Beberapa astronot yang mengangkasa melihat suatu sinar yang teramat terang mememancar dari bumi dan setetlah diteliti ternyata bersumber dari Bait Allah atau Ka’bah.

Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, sholat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu.”

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar.Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji dan Umroh.

Show Comments

29 Comments

  1. titan June 15, 2013
    • sohoque June 15, 2013
  2. fyna June 15, 2013
    • sohoque June 16, 2013
    • sohoque June 17, 2013
  3. nil June 16, 2013
  4. Nakusan Bali June 16, 2013
    • sohoque June 16, 2013
    • sohoque June 17, 2013
  5. hafizmd June 17, 2013
    • sohoque June 17, 2013
  6. auc June 17, 2013
    • sohoque June 17, 2013
  7. onlajer June 19, 2013
    • sohoque June 19, 2013
      • onlajer June 20, 2013
        • sohoque June 20, 2013
  8. Denaihati June 19, 2013
    • sohoque June 20, 2013
  9. Anuar June 19, 2013
  10. Hafizul June 20, 2013
    • sohoque June 20, 2013
  11. Zuan July 1, 2013
    • sohoque July 2, 2013
  12. Pingback: kenapa aku piilih shaklee | sohoque.com November 24, 2014
  13. asep November 25, 2015
    • sohoque November 25, 2015
  14. Pingback: Set Umrah dan Haji Cosmoderm | eXplorasa September 8, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: