Program Moslema in Style International Tour 2016

Moslema In Style International Tour 2016 Bakal Harumkan Jenama Tempatan Di Persada Antarabangsa

Industri Fesyen pakaian muslimah

Perkembangan fesyen pakaian muslimah terus berkembang maju. Perkara ini aku lihat sebagai perkembngan yang sangat positif dalam menarik minat muslimah-muslimah untuk lebih dekat dengan cara hidup Islam iaitu menutup aurat.

Jika dulu industri fesyen muslimah ini hanyalah secebis kecil kek di industri fesyen, kini ia mengorak langkah menjadi kepingan kek yang lebih besar. Ia sekali gus mengangkat martabat Islam itu sendiri.

Moslema In Style International Tour 2016 (MISIT 2016)

Semalam aku bersama blogger selebriti, Ben Ashaari dijemput ke Sidang Media Pelancaran Program Moslema in Style International Tour 2016 yang berlangsung di Talent Lounge Damasara Utama.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengasas Moslema In Style , Encik Nurizman bin Abdul Rahman disusuli oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) , Datuk Salmah Hayati bt. Ghazali.

Jenama Fesyen Muslimah tempatan bakal melebarkan sayap ke arena antarabangsa!

Ya.. Moslema In Style (MIS), selaku Rakan Rasmi (authorized partner) Malaysia akan menyertai siri pertunjukan fesyen antarabangsa yang diadakan di beberapa kota terkemuka dunia. Melalui channel inilah MIS akan berkolaborasi dengan jenama-jenama fesyen muslimah tempatan untuk dibawa bersama menjelajah siri pertunjukan fesyen antarabangsa.

Jelajah MISIT 2016 akan bermula di kota London, diikuti dengan Istanbul, Moscow, Jakarta, Paris, Manchester dan akan berakhir di tanahair sendiri, Kuala Lumpur.

London Muslim Lifestyle Show 2016 (LMLS 2016)

Event ini bakal dianjurkan pada 30 April hingga 1 Mei 2016.   Acara fesyen terulung ini akan diadakan di Olympia London, United Kingdom. Event ini adalah salah satu event yang berprestij dalam mempromosikan kebudayaan dan kesenian Islam. Event ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memasarkan produk dan perkhidmatan menerusi rangkaian jenama Muslim di peringkat global.

Lebih 100 peserta daripada pelbagai negara bakal mempamerkan produk dan perkhidmatan HALAL mereka. Selain daripada pertunjukan fesyen, event ini juga menyediakan pelbagai program menarik seperti seminar, persembahan selebriti, dan juga sesi jalinan rangkaian perniagaan bersama ikon-ikon hebat industri.

MIS akan membawa bersama 6 jenama fesyen tempatan ke event ini. Jenama-jenama tempatan yang terpilih ke event ini ialah:

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Imaan Boutique
  5. Rina Salleh Clothing
  6. MARA Inn Fashion (Usahawan Fesyen MARA)

Istanbul Modest Fashion Week 2016 (IMFW 2016)

Jelajah fesyen antarabangsa ini kemudiannya akan diteruskan lagi oleh MIS dengan menyertai Istanbul Modest Fashion Week 2016. IMFW 2016 ini akan diadakan pada 13 – 14 Mei 2016 di Kota Istanbul, Turki.

IMFW 2016 merupakan acara fesyen Modest paling berprestij di peringkat antarabangsa. Ia bakal dimeriahkan dengan kehadiran nama-nama hebat industri fesyen.

Untuk event IMFW 2016 ini, MIS akan berkolaborasi dan mempromosikan 5 lagi jenama tempatan iaitu:

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Jubah Souq
  5. TSAR

Selepas LMLS 2016 dan IMFW 2016, jelajah akan diteruskan lagi ke kota-kota seterusnya seperti Moscow, Jakarta, Paris, dan Manchester dalam usaha mempromosikan industri fesyen modest Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 (KLMFW 2016)

Siri jelajah MIS ini akan melabuhkan tirai pada November 2016 di Kuala Lumpur Malaysia menerusi acara fesyen Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016.

KLMFW 2016 yang akan berlangsung pada 26 – 27 November 2016 ini memberi peluang kepada pereka fesyen terkemuka dan juga pereka fesyen muda untuk mempamerkan hasil karya mereka intepretasi seni rekaan busana yang kreatif an sopan.

Maklumat lanjut KLMFW 2016:

Web : www.klmodestfashionweek.com
Facebook : KLMODESTFASHIONWEEK
Instagram : MoslemaInStyle
Youtube : MoslemaInStyleTV
SnapChat : MoslemaInStyle

Tel : 011 2661 1187 ( En.Nurizman )

Email : Rizman@moslemainstyle.com

Komen Sohoque dot com

Usaha yang dilakukan oleh MIS ni sangat bagus. Pertamanya ia dapat mengetengahkan bakat pereka fesyen muslimah tempatan ke pentas antarabangsa. Ini sekligus akan menaikkan nama Malaysia di persada fesyen antarabangsa.

Keduanya, ia sebagai langkah-langkah kita sebagai ummat Islam mengangkat syiar Islam ke tahap yang lebih tinggi dengan menggalakkan wanita menutup aurat dengan fesyen muslimah.

Cara dakwah berbeza mengikut zaman. Zaman ini zaman wanita tertarik dengan fesyen. Jadi dakwah cara bijak ialah kita mengikut arus. Janji ianya tidak melawan fitrah Islam. InsyaAllah dengan usaha murni ini wanita yang belum berhijab akan tertarik untuk berhijab.

Moga usaha MIS akan dipermudahkan dan memberi manfaat kepada ramai orang.

29 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: