More

    Movie Review: Lockout

    lockout preview

    Malam tadi seperti yang dijanjikan, tibalah masanya aku ke Movie Screening Event oleh Nuffnang. Ramai jugak blogger yang otai-otai yang aku kenal (aku kenal diorang, tapi diorang tak kenal aku..  😆 )  datang menonton sama.

    Seperti biasa aku datang dengan Mrjocko. Oleh kerana masing-masing aku dan Mrjocko dapat 2 tiket seorang, jadi ada lebihan 2 tiket. Idea Mrjocko, daripada tiket tu tak digunakan lebih bagi kat orang. Pilih punya pilih calon yang nak diberi tiket, ada 2 couple. Yang satu tu pakai seksi sikit, yang satu lagi aweknya pakai baju kurung. So, aku pilih yang pakai baju kurung. Dapat tengok wayang free la couple tu malam tadi.

    Ok, Lockout. Memang menyimpang daripada apa yang aku sangka… Aku sangka cerita ni biasa-biasa sahaja. Pelakon utamanya pun tidaklah se gah mana berbanding dengan bintang-bintang boxoffice yang lain. Namun semuanya meleset. Filem ini berjaya menarik minat aku.

    Filem ni filem aksi science fiction. Sebab latar belakang masa adalah suatu masa di masa depan. Kisahnya ialah tentang penjara yang dibina di angkasa lepas. Penjara ini memiliki sistem kawalan yang amat ketat yang tidak memungkinkan penjenayah dapat melarikan diri. Penjara yang digelar MS1 (Maximum Security) ini memuatkan penjenayah-penjenayah yang paling bahaya. Mereka ditempatkan di dalam satu sel yang sempit dalam keadaan mereka ditidurkan atau dikhayalkan. Keadaan ini lama kelamaan akan memberi kesan sampingan iaitu penjenayah akan menjadi gila ataupun tidak waras.

    Ini mendorong anak presiden Amerika, Emilie Warnock yang mewakili misi kemanusiaan untuk naik ke sana dan melihat sendiri keadaan di penjara tersebut disamping menemu bual beberapa banduan di sana.

    Emile Warnock, anak perempuan presiden Amerika

    Plot menjadi semakin menarik bila salah seorang banduan yang ditemubual dapat merampas senjata yang dibawa oleh pengawal Emilie yang diseludup masuk secara senyap-senyap. Banduan ini, Hydell, yang juga saudara kepada ketua penjenayah di penjara tersebut, Alex telah meletupkan bilik temubual dan seterusnya membebaskan penjenayah-penjenayah yang lain. Hydell ini adalah seorang yang “psycho”. Watak dia ni banyak menghidupkan keterujaan filem tersebut. Ada lebih 500 orang penjenayah berbahaya yang dikurung disitu (kalau tidak silap aku la :lol:). Penjara telah ditawan dan pegawai dan ahli misi kemanusiaan yang lain turut ditawan dan dijadikan tebusan.

    hydel dalam lockout
    Hydell, penjenayah psycho yang berjaya menghidupkan cerita

    Untuk misi menyelamat pihak keselamatan negara telah menghantar seorang bekas “ejen perisik kerajaan” yang telah kena tuduh membunuh rakan setugas, Marion Snow. Beliau yang tersilap dituduh diberi satu misi iaitu untuk pergi naik ke sana dan membebaskan anak presiden. Itu sahaja. Namun beliau juga mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk membebaskan kawannya demi mengetahui lokasi sebenar sebuah beg yang disimpan oleh kawannya itu. Beg itu amat diperlukan kerana rahsia yang dia tidak bersalah berada di dalam beg berkenaan.

    ejen snow, lockout
    Ejen Snow yang ditugaskan menyelamatkan anak perempuan presiden

    Cerita seterusnya korang kena tengok sendiri la.. Nanti marah pulak pengusaha wayang kat aku sebab membocorkan jalan cerita sebelum ia ditayangkan. Siapa yang dalang ataupun penjahat sebenar memang aku tidak sangka “dia” tu. 😉

    Satu lagi, aku suka cerita ni sebab dialognya yang bersahaja dan agak sinis serta kelakar. Terutama dialog yang dituturkan oleh Snow.

    aku rasa cerita ni tak der la memakan bajet yang besar sangat kerana lokasi cerita hampir 90% berkisar di dalam penjara MS1 tu..

    Apa-apa pun daripada 5 bintang, aku bagi 4 bintang untuk LOCKOUT. Berbaloi untuk beli tiket dan tengok bersama kawan-kawan ataupun keluarga. Aku yang dapat tiket free dari Nuffnang ni lagi la berbaloi-baloi. Terima kasih daun keladi Nuffnang!!!

    Dalam cerita ini pun tak der adegan-adegan yang seksi. jadi tak ada hal la kalau nak bawak anak-anak tengok.

    Selamat menonton LOCKOUT!!!

    Ohh ya.. Saksikan Trailer Lockout dulu:

     

     

     

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge