Movie Review: Snow White and the Huntsman

Ticket Movie Screening by Nuffnang

Kisah Snow White dan emak tirinya yang jahat lagi. Macam-macam versi cerita snow white ni. Baru-baru ini, cerita Mirror-mirror pun pasal Snow White jugak. Plot ceritanya lebih kurang sama, cuma cara penceritaannya berbeza. Ditambah tokok sedikit dengan penambahan dan pengurangan watak.

Ok, malam semalam (29/05/2012), aku join event organised by Nuffnang lagi iaitu movie screening. Kali ni cerita Snow White and the Huntsman. Lokasinya di GSC Midvalley.

Aku teruja untuk tengok cerita ni sebab heroin dan heronya adalah Kristen Stewart (Twilight) dan Chris Hemsworth (Thor). Dua-dua pelakon ni aku suka.

Ceritanya adalah mengenai Snow White, puteri raja yang mempunyai rupa paras yang cantik dan hati yang ikhlas serta luhur. Sedari kecil dia dikagumi rakyat jelata kerana sifat-sifat tersebut. Dia ditatang umpama minyak yang penuh oleh ayahanda dan bondanya.

Kekalutan berlaku apabila bondanya meninggal dunia. Ayahandanya sangat bersedih hati. Untuk merawat hatinya yang lara, baginda raja menceburkan diri dalam peperangan. Di dalam satu peperangan melawan kuasa jahat, baginda telah bertemu dengan seorang perempuan (Ravenna) yang cantik yang telah dijadikan tawanan askar lawan. Baginda telah jatuh cinta dan terus menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri dan permaisuri.

Rupanya segala yang terjadi adalah rancangan jahat yang dirancang dengan teliti oleh permaisuri Ravenna untuk menyusup ke dalam istana yang dikawal ketat. Malam pertama perkahwinan menyaksikan raja dibunuh kejam dan Permaisuri Ravenna merampas takhta. Snow White dikurung dipenjara.

Dengan kuasa sihirnya Permaisuri Ravenna kekal menjadi wanita tercantik. Sehinggalah pada suatu hari cermin ajaib memberi khabaran buruk kepada Permaisuri Ravenna bahawa Snow White telah membesar sebagai gadis yang cantik dan dialah wanita tercantik sekarang.

Dari situ bermulalah pemburuan Snow White yang telah berjaya meloloskan diri dari penjara. Snow White kehendaki oleh Permaisuri untuk diambil hatinya untuk dimakan dan menjadikan permaisuri kekal cantik selamanya.

Melarikan diri ke Rimba Kegelapan (Dark Forest), Snow White telah berjumpa dengan Eric, pemburu yang ditugaskan untuk memburunya oleh permaisuri. Eric menjadi kasihan dengan Snow White dan menolong Snow White melarikan diri. Seterusnya membantu Snow White menjadi seorang pemimpin dan memimpin rakyat jelata menentang pemerintahan Permaisuri Ravenna yang kejam. Di Dark Forest tersebut juga mereka mendapat bantuan 7 orang kerdil (dwarf).

Cerita ni secara keseluruhan aku bagi 3.5 daripada 5 sahaja. Di tengah-tengah cerita tu aku menguap beberapa kali. Mungkin kerana jalan ceritanya yang agak perlahan ataupun mungkin juga kerana aku keletihan.

Satu lagi mungkin kerana expectation aku kepada lakonan “Bella Swan” (Kristen Stewart) terlalu tinggi.

Apa-apa pun, cerita ni “ok” la. Boleh la bawa family datang menonton. 🙂

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: