Movie Review: The Avengers

the avengers ticketThe Avengers. Siapa yang tak tau apa dia Avengers ni atau siapakah Avengers ni angkat kaki…!

the avengers

Best tak cerita ni? Kalau ikut review aku, aku kata mantap giller. Mungkin orang yang ikuti cerita Avengers dalam komik kata cerita dia tak sama dengan komik. Tapi aku memang tak ikuti komik dia secara serius. Alaaa, macam cerita X-Men gak. Watak dan ceritanya ada yang diubah sedikit. Mungkin untuk buat cerita lagi menarik, ataupun mungkin sukar untuk ikut plot ataupun watak dalam komik 100 peratus.

Cerita ni mengcakupi semua unsur. Aksi, serius, kecoh, dan lawak. Hahaha. Nak tergelak aku bila ingat aksi gergasi hijau Hulk dengan Ironman. Kecoh pulak bila semua superhero tak sekepala. masing-masing nak ikut plan sendiri. Susah betul! Nasib baik Nick Fury terer main sentimen..! Anda Blur? Eh lupa pulak anda belum tengok.

Ok, The Avengers mengisahkan 6 orang superhero ataupun adiwira yang terpaksa dikumpulkan oleh organisasi S.H.I.E.L.D yang diketuai oleh Nick Fury untuk berdepan dengan serangan Loki dan koncu-koncunya. Korang ingat lagi tak siapa Loki? Loki ialah saudara angkat kepada Thor di Asgard. Loki inilah yang datang ke bumi bertujuan untuk menjadikan manusia sebagai hamba abdinya. Kali ini dia disokong oleh Chitauri, sekumpulan penjenayah dari Bangsa Skrull (salah satu bangsa di angkasa lepas).

Cerita bermula dengan satu kiub, Tesseract yang mempunyai kuasa yang tidak diketahui keupayaannya telah membuka portal yang mana telah membawa Loki ke dunia ini. Loki kemudiannya telah menukar Hawk Eye dan seorang scientist yang mengkaji Kiub Teseract menjadi penyokong setianya dengan menggunakan “senjata”nya. Mereka telah melarikan Tesseract untuk menjadikannya alat untuk membuka portal yang lebih besar untuk membawa Chitauri supaya menyerang bumi.

Oleh kerana keadaan sudah tidak boleh dikawal, Nick Fury telah memanggil adiwira-adiwira yang bermastautin diserata dunia untuk berkumpul sebagai satu pasukan. Black widow yang sememangya ejen SHIELD dipanggil sewaktu dia sedang menjalankan tugas risikannya di Rusia. Dia kemudiannya ditugaskan untuk memanggil Bruce Banner (HULK) yang sedang mengasingkan diri di Calcutta India. Jemputan juga telah dihantar kepada Tony Stark (Ironman) yang ketika itu sedang dalam rangka untuk menyiapkan bangunan terbaru STARK.  Captain Amerika yang sedang mengasingkan diri sejak ditemui terperangkap di dalam ais juga dipanggil untuk misi ini. Mereka ini kemudiannya disertai oleh Thor yang datang untuk menangkap dan menghalang saudara angkatnya Loki daripada melakukan kerosakan kepada bumi.

Keadaan menjadi kecoh apabila masing telah dikumpulkan kerana masing ingin mengikut perancangan sendiri. Captain Amerika dengan strategi perang lamanya. Ironman dengan sikap meninggi diri dan angkuhnya. Hulk dengan sikap berkecuali kerana yang ingin lari daripada tekanan yang dikhuatiri akan menukarkannya menjadi gergasi hijau.

Disini juga terjadinya suasana lucu bilamana masing-masing ingin menonjolkan diri masing dengan mengikut perancangan sendiri.

Mereka memang tidak bersatu sehinggalah seorang ejen S.H.I.E.L.D telah mati kerana melawan Loki. Dia seorang yang amat mengagumi adiwira-adiwara ini terutama Captain Amerika. Sentimen ini telah digunapakai oleh Nick Fury untuk menyatukan mereka. Dan selepas itu, barulah mereka berkerja sebagai satu pasukan untuk melawan Loki dan Chitauri yang sudah pun memasuki bumi melalui portal yang dihasilkan oleh kiub Tessaract.

Untuk kisah aksi dan lucu seterusnya, sila menonton movie ini yang aku beri rating 5 out of 5. Memang mantap dan tidak menghampakan untuk cerita yang aku tunggu sejak sekian lama. Nanti nak ajak anak aku pulak tengok seklai lagi. Jon layan The Avenger. Mesti tak rugi punya!

Nota Sohoque:

Selain daripada aksi-aksi adiwira dan kelucuan yang timbul daripada sikap mereka, aku dapat satu pengajaran. Dan pengajaran ini amat sesuai untuk seorang ketua (leader) dalam mana-mana syarikat, terutamanya dalam bidang unit trust dan takaful yang aku terlibat secara langsung. Sila ke sini untuk pengajaran daripada The Avengers.

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: