Movie Review: Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 di Cathay Cineplex e@Curve

 

Tiket Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ihsan daripada Nuffnang. Terima kasih Nuffnang!

Aku tengok filem ni malam tadi bersama-sama Mr Jocko di Cathay Cineplex e@Curve. Terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi sponsor tiket kami. Sambutan kepada filem ini amat hangat sekali. Pawagam penuh dengan penonton-penonton yang mendapat tiket percuma yang terdiri daripada blogger-blogger dan pemenang-pemenang contest yang lain.

Penonton yang membanjiri pawagam untuk menonton Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 malam tadi

Turut bersama-sama menonton Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 malam tadi ialah blogger hebat REDMUMMY. Sebab dia  Glamer aku kenal dia. Cuma dia je yang tak kenal aku yang picisan ini walaupun aku berjalan sebelah dia sewaktu nak masuk panggung tu 😆 Turut hadir juga ialah deejay-deejay Radio HotFM seperti Suraya dan chad.

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ialah sambungan kepada Breaking Dawn – part 1 sebelum ini. Sequel filem Twilight Saga adalah seperti berikut:

  1. Twilight Saga: Twilight
  2. Twilight Saga: New Moon
  3. Twilight Saga: Eclipse
  4. Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1
  5. Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Jika anda masih ingat di dalam siri Breaking Dawn – Part 1 sebelum ini ceritanya berakhir apabila Bella melahirkan anaknya, Renesmee.  Bella telah pun bertukar menjadi vampire selepas kelahiran tersebut.

gambar renesmee cullen

Renesmee (dua dari kiri) bersama ibu, ayah dan bakal suaminya

Di dalam siri Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini, kisah berkembang di sekeliling Bella Cullen yang mendapat kuasa kekuatan yang luarbiasa selepas bertukar menjadi Vampire. Untuk makluman yang belum menonton mana-mana siri Twilight Saga ini, setiap Vampire dikurniakan keistimewaan tertentu seperti Edward Cullen mempunyai kuasa membaca minda. Alice Cullen mempunyai keupayaan untuk melihat masa depan, Emmet Cullen ada anugerah kekuatan fizikal dan lain-lain Vampire dengan keupayaan masing-masing yang unik. Namun Bella Cullen mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat berbanding Emmet Cullen. Bella juga mempunyai “aura pelindung” yang boleh dihantar dari jarak yang agak jauh untuk melindungi orang lain.

gambar bella cullen kuat

Kekuatan Bella adalah melebihi kkekuatan fizikal Emmet

Siri Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini juga melebarkan lagi watak Renesmee Cullen anak yang lahir dari perkongsian hidup Edward dan Bella. Renesmee agak unik berbanding dengan Vampire lain apabila dia adalah vampire yang dilahirkan, bukan menjadi vampire melalui gigitan. Dia juga mempunyai kuasa yang unik iaitu boleh berkomunikasi melalui sentuhan sahaja. Renesmee juga sebenarnya adalah future wife kepada Jacob Black dan di dalam cerita ini sentiasa di sisinya sebagai pelindung.

Inilah sebenarnya yang menjadi masalah apabila pihak Volturi, golongan yang amat dihormati dan ditakuti oleh kaum vampire kerana kedudukan mereka yang tinggi dan hidup lebih 3000 tahun yang lampau. Mereka telah mendapat berita tentang Renesmee yang dilahirkan sebagai vampire. Mengikut undang-undang vampire anak yang dilahirkan sebagai vampire mesti dimusnahkan kerana mereka ini mempunyai kuasa yang amat kuat dan membahayakan orang lain.

Niat Volturi ini telah dapat dilihat oleh Alice. Bertitik tolak daripada inilah cerita Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini terus berkembang dengan kehadiran vampire dari segenap pelusuk negeri seramai 23 orang untuk menyertai keluarga Cullen melawan Volturi dan menegakkan keadilan.

Dalam peperangan melawan Volturi inilah Carlisle Cullen ayah (angkat) dan ketua keluarga Cullen telah dibunuh oleh Volturi. Oooppps, tersilap cerita pulak. 😆

Jadi sebelum aku tercerita semua, lebih baik aku hentikan dulu review filem Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini. Untuk mengetahui cerita selanjutnya anda semua bolehlah menonton di pawagam berhampiran anda bila ditayangkan kepada umum nanti ya..

Aku bagi 4 bintang kepada filem romantik yang turut diselitkan dengan sedikit unsur aksi ini.

Selamat menonton.

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: