muzium lilin i-city shah alam, The Red Carpet

Muzium Lilin i-City Shah Alam Tarikan Terbaru Pelancong

Muzium Lilin i-City Shah Alam  - replika Mr bean

Replika Mr Bean pun ada di Muzium Lilin i-City Shah Alam

Kalau sesiapa pernah ke Hollywood yang terletak di Amerika Syarikat pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk ke muzium lilin di sana. Muzium lilin yang telah dibina sejak tahun 1965 lagi itu memang didedikasikan khas buat selebriti yang berjaya menjejaki karpet merah di pelbagai anugerah di pelbagai lapangan di sana.

Di muzium lilin ini satu patung akan dibina menyerupai selebriti tersebut. Ia diukir dengan begitu sempurna hampir menyerupai selebriti sebenar.

The Red Carpet muzium lilin i-city shah alam - Albert Einstein

Replika Albert Einstein di The Red Carpet, muzium lilin i-City, Shah Alam

Namun kini, hanya untuk melawat dan melihat muzium lilin dan patung lilin, kita tidak perlu ke sana. Muzium lilin seumpama itu telah ada di Malaysia.

Muzium lilin yang dimaksudkan adalah muzium lilin yang pertama di Malaysia iaitu Muzium Lilin i-City Shah Alam. Ia telah menjadi satu lagi mercu tanda i-City selepas taman tema, Snowalk dan WaterWorldnya.

Taman tema digital i-City yang diberi nama The Red Carpet ini menelan belanja RM25 juta. Ia dijangka dapat menarik 60,000 pelancong setiap bulan. Ia dijangka akan mendapat kunjungan ramai pada tahun melawat Malaysia 2014.

The Red Carpet yang berkeluasan 30,000 kaki persegi mempunyai susunan sama seperti susunan oscar dengan menampilkan 100 personaliti membabitkan tokoh sepanjang sejarah dan personaliti semasa dalam enam tema iaitu World Icons, Celebrities, Sport Stars, World Book of Records, All Stars Café and Interactive.

Pada 15 Ogos baru-baru ini i-City telah memperkenalkan harga tiket The Red Carpet secara promosi iaitu RM40. Tiket The Red Carpet boleh dibeli secara online di www.i-city.my/overview/i-ticket. Sila ke link untuk harga tiket terkini.

Kepada sesiapa yang nak berinteraksi serta merakamkan kenangan dengan replika  tokoh dunia tersebut bolehlah datang ke Muzium Lilin i-City Shah Alam.

14 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: