selamat berpuasa bagi semua ummat Islam. Jangan lupa niat puasa ya!!!

Niat Puasa Ramadhan

Assalamualaikum.

Besok semua ummat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Ibadah puasa ni ada syarat-syaratnya. Bukan boleh buat ikut suka saja ya. Kalau tak cukup syarat, ibadah boleh jadi sia-sia. Jadi, kepada yang ingat-ingat lupa niat tu, bolehlah cari semula ya.

Di bawah aku sediakan lafaz niat untuk puasa bulan Ramadhan:

Ulangkaji niat puasa bulan Ramadhan. Kot-kot ada orang sudah lupa 😀 :

Ada 2 jenis niat:

  • Niat puasa sebelum waktu imsak untuk puasa keesokan harinya.
  • Niat puasa untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Niat ini terpakai jika kita lupa berniat untuk berpuasa untuk keesokan harinya.

Jadi untuk kita “play safe” takut-takut kita terlupa untuk berniat puasa , eloklah diniatkan dengan niat kedua-dua di atas.

niat-puasa-sebelum-sahur

selamat bersahur dan berbuka puasa

 

Niat – lintasan dalam hati

Seperkara lagi, niat adalah lintasan dalam hati untuk melakukan amalan. Bukanlah tidak membaca lafaz di atas bermakna puasa tidak sah. Seseorang yang bangun bersahur namun tidak membaca lafaz niat tetap sah puasanya kerana memang tujuan dia bangun sahur itu adalah untuk melakukan ibadat puasa. Ramai juga orang yang keliru tentang perkara ini.

Moga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh kesabaran. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik pernah kita lalui. Ameen.

Selamat berpuasa dan berbuka puasa!

 

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: